(3)

Sunday, September 21, 2014




"Hai ma." Sapaku apabila terpandangkan  mama yang sedang membetulkan shawl segera ariani di hadapan cermin di ruang makan tersebut. Mama sempat menoleh kearahku seketika seraya melemparkan senyuma manis sebelum mengemaskan lagi letak tudung ariani tersebut. Aku memerhatikan  mama lama dengan kerutan didahi. Shawl Ariani saja pun tapi dari tadi duk betul-betulkan, haih tak paham aku.

"Hai darling."  

"Ma...." Keluhku sambil membuat muka tidak suka dengan panggilan darling tersebut. Mama tergelak-gelak. Tahu yang aku anti- kepada panggilan manja sebegitu. Aku menarik kerusi, dan terus menghenyakkan tubuh diatas kerusi tersebut dengan bersila.

"Matahari dah terpacak, Al baru bangun?" Tegur mama.

Aku tersengih cuma mendengar teguran mama. 

"Penat la ma, semalam angkut barang dari tingkat tiga tau." Semalam, setelah selesai kertas akhir, aku mengangkut barang-barang dari kolej untuk dibawa pulang ke rumah. Seorang-seorang mengangkat barang  dari tingkat tiga ke tingkat paling bawah dan mengulangi beberapa kali kerja tersebut membuatkan aku lenguh satu badan sehinggakan aku rasa malas untuk bangun di awal pagi tadi.

"Eleh, semalam bibi Jah datang tolong kan?"  Mama sudahpun mengambil tempat dihadapanku.

"Memang lah tapi dia tolong masa kat bawah je." Rungutku perlahan sambil tanganku lincah menuang bijirin dan susu didalam mangkuk putih. Kemudian, jus oren yang sudah sedia terhidang, ku teguk perlahan. 

"Ma.. nak pergi mana?" 

"Jumpa kawan lama ma." 

"Kawan lama ma?" Soalku satu persatu. Aneh. Setahu aku, kawan mama hampir semuanya aku kenal. Sebab aku selalu juga menjadi driver mama, hantar mama pergi persatuan itu, kelab ini dan sebagainya. Jadi ,dari situ lah aku mengenal kawan-kawna mama yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Mama mengangguk seraya bangun dari kerusi lalu mencapai beg tangan berjenama braun buffel yang berada diatas meja makan. " Kitaorang jumpa semula dekat facebook." Ujarnya sambil membetulkan letak jubah ombre yang dibei dari imaan butik,

" Ma, kawan ma ni perempuan kan?" Soalku berhati-hati. 

"Yes honey. Apa ingat ma nak jumpa ex-boyfriend ke? You nak mama kena parang dengan babah?"  

"hahahaha! Takut babah cemburu la tu." Usikku. 

"Al..." Bergetar suara mama. 

"Okay ma okay." 

"Nanti nak lunch minta bibi Jah masak okay? Bye" Aku hanya mengangguk dan membiarkan mama mencium kepalaku sebelum meninggalkan aku berdua-duaan dengan bibi Jah yang dari tadi aku langsung tidak nampak kelibatnya pun. 

*****

Selesai bersarapan, aku keluar dari ruang makan dan menuju ke ruang belakang rumah yang lengkap dengan kolam renang dan juga taman mini milik mama. Aku meletakkan telefon dan bungkusan yang diberikan oleh Hail diatas meja bersebelahan dengan kerusi santai. Bungkusan tersebut, kuperhatikan lama sebelum mengoyakkan perlahan-lahan. 

Sebuah buku berkulit putih. 

Aku menyelak helaian kertas kuning yang pertama. 

........................

.......................

........................ | we're not friends, we're strangers with memories | 200913|


Aku tak pernah kenal kau, macam aku kenal kawan-kawan aku yang lain. Aku tak pernah tahu siapa kau yang sebenar, tapi kenapa aku boleh meluahkan apa yang aku rasa pada kau?  Siapa kau yang sebenarnya? 

p/s : Memori yang aku tak kan lupa- makan roti atas bumen-Haha!



Aku senyum saat membaca bait-bait yang ditulis Hail. Dalam hati, aku terasa sayu. Tak tahu kenapa. 



*****























No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.