Short trip Terengganu

Tuesday, June 12, 2012



Assalamualaikum ;)

Baru-baru ni aku ke Kuala Trengganu,Terengganu.Bukan cuti sungguh-sungguh pon.Cuma sambil menyelam minum air ^^ Nak ambik specky yang jadi wakil Perlis utk chess MSSM dekat Terengganu dan sekali gus nak hantar angah balik seseri,KL.


So,aku ambil peluang untuk jalan-jalan sekitar Kuala Trengganu.Dalam otak aku,dah siap buat mind-map lagi nak pegi mana kan.Ahaaa.macamlah aku bercuti seminggu padahal sehari semalam je pon.cisss.


Last aku datang Terengganu,tahun 2009.Masa join PKS jadi Tamu bagi sekolah menengah agama ma'ariff.So tahun 2012 ni aku datang semula dengan satu tekad dan harapan agar aku bisa melihat orang mencanting batik.Wee~
Ni gara-gara aku baca novel Kejora di langit cinta la yang hero dia kerja canting-canting batik.Puihh.Over sungguh.Hahaha.


Aku siap bagi tahu ayah,along nak pergi pasar payang dengan nak tengok orang canting batik tapi kalau along dapat try sekali pon along nak.
Gedik-gedik la aku nak jugak.Esoknya ayah aku bawak aku pergi sekali dengan family aku yang lain.Thanks ayah !


First : Pasar Payang.




Tak banyak gambar aku dekat pasar payang.Bukan tak banyak tapi memang tak dek ;( sebab kejar masa nak shopping baju sutera,kaftan,kopok lekor, kira kalau jadi orang ganu pon tak kisah dah kat pasar payang.Sebab mereka-mereka dah puas pergi tak macam aku yangdatang tiga tahun sekali.Pheww. Vice versa kalau aku tgk orang ganu datang padang besar.Bagi aku biasa ja pon.Lebih kurang je la kan.


Kiranya aku habiskan gaji pertama aku dekat pasar payang.Aku mampu belikan tudung yang awningnya yg ada labuci untuk ibu dan kain pelikat untuk ayah.Hahah.Klasik gile hadiah aku.Dah tu je yang mampu ^^ Nak bagi pada seseorang kena ukur dibandan sendiri eh?! haha.

Second : Noor Arfa



Aku tak pernah pegi Noor Arfa dan sah sah aku tak pernah masuk Noor Arfa.Kali ni aku pegi sebab dengar kata kat sini ada yang canting-canting batik.Heee.Aku pergi jelah.Family aku yang lain masing-masing buat hal sendiri.


Gambar bawah ni menunjukkan seorang kakak yang lengkap dengan uniform Noor Arfa la kot kan? Bagi aku se ape yek.Nak cakap pon aku tak tahu.Yang pastinya tujuanya adalah untuk diwarnakan.Aiseyhh.Aku nak yang cantingII tapi macam tak dek je.Sobs SObs ;( Ni pon boleh la.



So nak conteng2 batik ni kena bayar Rm10.Hmm,tak tahu nak cakap murah atau mahal.Yang penting bagi aku berbaloi dengan pengalaman yang aku dapat.Terasa seperti pencanting batik yang berjaya.keh keh keh ;p


Untuk aktiviti conteng2 suka hati,kena ada berus,air,tiga water colour basic -kuning-biru-dan merah.Nak hijau,korang gabungkan kuning dengan merah. *Teringat masa pendidikan seni dulu.Kalau hitam-campur tiga-tiga colour tu.Kalau tak silap la weh.Lupa dah pon.So boleh la mula contiang contiangg !





Hasil kerja tangan aku yang tak seberapa seni ni.Boleh la kot.Untuk tontonan sendirian berhad.Walaupun tak dapat canting2 batik yang kain panjang berjela tu.Ni pon sudah harus bersyukur.



Kiranya Terengganu,here i come mmg paling pendek punya trip.Peh.Next time aku nak pegi lagi.Haha.Tapi tak tahu bile la kan.Well,benda yang aku boleh cakap from dis trip.Kalau 'keistimewaan' tu ada kat negeri kita,belum tentu kita nak hargai.Warga Terengganu sila hargai keistimewaan negeri anda! ;D


Ok.till meet again.
jauh perjalanan luas pengalaman.
Take care.Salam ;)
Salam.


2 comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.