I.F.T.A.R

Thursday, August 09, 2012
Salam alaik! Salam Ramadhan :D

Jpa Dan Ptptn

Alhamdulillah hari ini aku rasa lebih tenang dan santai berbanding hari-hari sebelum ini.Minggu paling sibuk disebabkan beberapa faktor.Antaranya,aku memaksa jasad dan roh aku bangun tengah malam supaya dapat terjah laman web jpa dan ptptn.Sibuk untuk mengapply secara online.Walaupun aku tahu,aku tak dek la layak sangat ,tapi aku just try and error la.Kalau ada rezeki,Alhamdulillah.Kalau tiada,teruskan hidup *Tenang gila aku waktu tulis benda ni* haha

Aku berani jamin,pelajar-pelajar yang sewaktu dengan aku pon buat benda yang sama.Tak kira la lepasan Stpm,asasi,matrik,semua kalut pulun nak online.Lelaki ke perempuan ke sama je.Tapi ada jugak lelaki yang sempoi ja.

Kalau tanya "Kau dah isi ptptn,jpa?"

"Lepak lu.Masa banyak lagi" Kadang-kadang aku terfikir.Seronok jadi lelaki sebab apa-apa benda pun buat diorang rasa,Tak payahlah nak kelam kabut sangat!hahaha

Tak macam perempuan.

"Awak dah isi jpa dan ptptn?" 
(kalau tak dapat online la)
"Belum.Tahu tak saya tak boleh masuk,bla bla dan bla " (Kelam kelibut)

Lagi sakit otak bila ,tak dapat nak melawat laman web serba memberi manfaat ini.heee *Memang stress* (Aku tak dapat masuk jpa dgn ptptn lagi weyy)Rasa nak hentak kepala dekat dinding pon ade jugak.Tapi Iyalah hidup perlu diteruskan.haha

Selain dari benda yang dekat atas nuh,ada lagi sebab yang membuatkan aku terasa 24 jam itu tak cukup.Padahal Allah buat masa itu cukup lengkap.Haisyh.Manusia manusia.
*Manusia yang dimaksudkan adalah aku* :p

Iftar Warga Emas ( IWE )

Sebelum aku mencoretkan dengan lebih mendalam,baik aku terangkan sikit sebanyak tentang IWE ini.Untuk pengetahuan korang IWE ini satu program gandingan antara Maips dan persatuan mahasiswa dan pelajar islam negeri perlis *Itupun kalau aku tak silap,padah tak datang meeting.huhu* Satu program yang bagi aku sangat sangat bermanfaat.Menjadi bakal aktivis buat pertama kalinya,rasanya sedikit gementar.

Program ini akan diadakan pada hari Sabtu:11 ogos 2012.Bermula pada pukul 4 dan berakhir pada pukul 10 malam bertempat di Rumah Seri Kenangan,Jejawi Perlis.

Program ini antara mahasiswa/wi dengan golongan warga emas (sekitar 60 tahun ke atas)Aktiviti utama sudah semestinya berbuka bersama mereka.Dan akan diselitkan dengan aktiviti yang mampu mengembirakan warga emas itu sendiri.

Nak tahu pengalaman aku?

Tunggu next entry,Insya-Allah.Mohon doa dari pembaca blog,semoga dipermudahkan urusan aktivis-aktivis pada hari tersebut.Amin.

Iftar alumni PPU Smkap

Alhamdulillah,kalau sebelum-sebelum ini,aku yang lepasan Stpm Smkap ini memang akan mengadakan iftar setiap kali datangnya Ramadhan bersama sahabat-sahabat dan guru-guru PPU.Tahun ini,dengarnya PPU Batch 2011/12 pun dah selesai.Jadinya,atas permintaan beberapa orang rakan dan senior,aku rasa tak salah untuk mengadakan iftar sekali lagi :)

Terima kasih untuk cek ma sebab sudi meluangkan masa untuk liqo' pagi tadi.*Hebat tak meeting dua orang je?*haha .Aku bukannya gila kuasa ke apa tapi aku buat untuk memastikan perjalanan Iftar tu berjalan dengan lancar tanpa ada kesesakan lalu lintas.hewhew :p

Perbincangan diteruskan dengan sahabat-sahabat tentang pengagihan tugas dan info-info tambahan menerusi mukabuku.Insya-Allah Iftar tersebut akan diadakan pada hari Isnin 
(13 Ogos 2012).Bermula pada 6 petang.

Iftar dengan member dan cikgu-cikgu mestilah menarik tertarik lagi Bombastik.Next entry,nantikan ye.Mohon doa dari kalian si cantik manis dan si jejaka kacak :') Moga iftar kali ini dipenuhi dengan rahmatNya.

Khalas

Aku mengharapkan setiap apa yang aku buat ini adalah yang terbaik.Mudah-mudahan semuanya diberkati dan dirahmati-Nya.
Sesungguhnya sebaik-baik sedekah adalah sedekah dalam bulan Ramadhan :')

2 comments:

  1. nak tnye ley x?..awk isi jpa tu kan, mcm ne eh y thun pgajian skrg(y ini akan dtg eh?), semester skrg (y akn dtg jgk eh?) n tempoh pgajian tu lak y semua tmpoh pgajian ke tempoh baki pgajian y ttigal?

    ReplyDelete
  2. opss sorry !
    hmm semua itu isi dengan berpandukan surat tawaran kita.Semuanya insya-Allah dah ada.

    ReplyDelete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.