Allah pilih aku sebenarnya !

Sunday, November 18, 2012
                            
 Aku keberatan untuk kesana.
Atas sebab? Aku sendiri bagaikan ingin pecah kepala memikirkan sebab dan alasan yang munasabah.
Tak jumpa.Tapi yang pastinya ,jauh di sudut hatiku,aku merusuh dalam diam.
Aku tak nak sebenarnya.Tak nak.Faham tak? TAK NAK apa?!
TAK nak PERGI 
MANTAP!


Cuti midsem seminggu yang sepatutnya aku habiskan bersama keluarga,aku korbankan untuk ke mantap.Hati meronta-ronta tidak mahu tapi akal memujuk ku untuk pergi.
Mana satu nak ikut ni?Hati atau akal?
Entah.Yang pastinya,aku pergi dalam keterpaksaan.

First time,sampai ALIM aku rasa kosong. "Omg apa yang aku buat dekat sini?"
*sigh*Tanpa disedari oleh orang lain.
Aku hanya senyum pada luarannya tapi dalamannya aku menangis sendu.

Hari pertama sepatutnya,aku lalui dengan perasaan gembira.
Namun ia berlalu dengan perasaan hambar.

Lama aku terdiam sejenak.Buang masa.Sia sia kalau aku pergi tapi aku tak enjoy.
Apa nak buat? Nak berkongsi dengan siapa?Entah.
Dalam keadaan semua happy dengan Mantap,still ada ke yang nak dengar 
masalah aku yang 'nonsense' ni?

come on otak,aku nak buat mcm mana ni?
Ibu.

Nokia dicapai.Jari jemari mula menaip.
"Salam ibu.U tolong doakan i dekat kem  ni. I rasa tak ikhlas langsung nak pergi.
I tak tau kenapa i rasa kem ni tak best sgt.Tapi sebenarnya kem ini best jaa."

Tak sampai lima minit.Nokia bergetar.Sms masuk.
Inbox : 

" Ibu doakan untuk u sekarang.Adik adik semua tengah aminkan.Kenapa u rasa macam tu? 
Sabarlah dakwah memang memerlukan penorbanan.I love u.

Air mata mengalir tanpa ada yang menyedari.
seperti biasa,meluahkan apa yang terbuku dengan orang yang aku sayang.akan memberi kan ketenangan.

Dan selepas hari pertama...
Aku rasa lebih ' free' untuk  kem mantap ini.
Mantap is awesomeeee yaw !
Banyak benda yang aku dapat sebenarnya dan aku sangat bersyukur,
aku berpeluang untuk pergi ke kem ni. 
Sebenarnya ,Allah pilih aku !



Kem ini mendedahkan aku tentang cara-cara untuk menjadi daei yang fleksibel.

Walaupun aku rasa aku tak layak pegang tittle daie itu.Aku meletakan tempat aku sebagai seorang pelajar biasa yang masih memerlukan bimbingan dan didikan.

Tapi aku : 

Teruja dengan modul dakwah yang digunakan
Teruja dapat ketemu sama daie yang mantap dari pelbagai segi.
Teruja dapat ketemu geng2 daie yang stylo,lawakss,dan relax
Teruja jumpa dengan fasi-fasi yang luar biasa.
Teruja dapat melihat kehidupan orang lain.

Pengalaman luar biasa apabila bertemu mad'u di lapangan Kampung Delek.

Aku menghargai setiap detik yang berlalu di kem mantap ini ! :')

Semua yang aku dapat ini berkat doa Ibu dengan izin-Nya.
 I sayang u ibu.Sangat sangat.

___________________________________________________________________________________

Mantap ini program yang :
Bertempat di PULAPES,Jugra Banting
bertarikh 13-16 November 2012

Terima kasih untuk semua yang terlibat.Moga Allah membalas jasa kalian.

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.