Bangkok : Siri 1
Assalamualaikum w.b.t
Sawadee ka/krup
Khob khun na ka/krup for reading this blog!
Sempena semester dua yang baru sahaja terbuka( ter sebab tak sengaja buka kot.hakhak:p) ini,aku ada satu travelog hendak dikongsikan bersama-sama dengan korang.haha.
Nampak tak ayat aku, skima gila.Tapi percayalah ia lebih mudah untuk difahami dari aku menulis ayat-ayat 'rempit'kini :p
Nampak tak ayat aku, skima gila.Tapi percayalah ia lebih mudah untuk difahami dari aku menulis ayat-ayat 'rempit'kini :p
Bangkok,Thailand.Ya!
Alhamdulillah,Minggu lepas aku pergi Bangkok. Dengan siapa?Oh.Sudah tentu dengan keluarga terchenta.Err.Maksud aku, ibu,ayah,angah,izzat dan iddin.Bukan suami dan anak-anak aku.kahkah:p(semua pergi sebab cuti sekolah,paling tak boleh tinggal ayah aku,banker tuu.haha:p)
Alhamdulillah,Minggu lepas aku pergi Bangkok. Dengan siapa?Oh.Sudah tentu dengan keluarga terchenta.Err.Maksud aku, ibu,ayah,angah,izzat dan iddin.Bukan suami dan anak-anak aku.kahkah:p(semua pergi sebab cuti sekolah,paling tak boleh tinggal ayah aku,banker tuu.haha:p)
Trip kali ini ada perbezaan sedikit. Ada dua perbezaan dengan trip-trip kitaorang yang dulu.
Satu : Kali ini ,aku dan keluarga pergi bangkok bawah anjuran Persatuan Pemikiran dan Pengembaraan Islam Perlis.Sebelum ini aku pergi dengan family sahaja.
Dua : Kebiasaanya,pergi mana-mana kitaorang naik apa tuh kenderaan yang ada sayap?Hah! kapal terbang.haha:p Tapi kali ini kitaorang naik bas,dua tingkat dari Thailand.
(Memang sangat-sangat selesa .Boleh main kejar-kejar dalam bas itu kalau korang nak)
Nampak tak bas neh? besar serta luas didalamnya:p
Perjalanan kami bermula pada 10 febuari 2013 bersamaan hari Ahad.Kita bertolak dari Padang besar ke Hatyai,setelah sesi mengecop passport dilaksanakan. Jam 1.00 tgh hari,kita tiba di hatyai untuk makan tengah hari dan solat.Atas sebab tertentu,kita ke Tesco,Hatyai untuk solat.
"Dan ujian pertama aku ,adalah apabila ingin ke tandas aku terpaksa beli mineral water.Takpelah kalau setakat nak beli mineral water itu,aku faham sebab negara bukan negara islam.Tapi yang membuatkan aku rasa panas hati dan rasa terhina,apabila mineral water yang aku ambil dari rak,sampai nak bayar.Cashier thailand tu prong pang prong pang.Satu butir pun aku tak faham.
last-last aku dapat tangkap dia cakap pasal" kod bar" sambil tunjuk-tunjuk pada botol mineral tersebut. Rupa-rupanya dia suruh aku cari kod bar.Ape kejadahnya aku yang kena cari,patutnya kau lah yang cari bukan aku yang kerja kat situ.Demm disitu.dalam hati aku dah mencaci abcdefghijklmn.Nak marah pon tak guna.dia bukan faham.Buat habis air liur aku je.Dan juga mengingatkan aku di thailand bukan tempat aku.kahkah:p jadi aku biarkan saja mineral water tu diatas meja cashier lalu blah begtu saja."
Aku pergi toilet juga selepas berjaya membeli air mineral di farmasi.hambekk kau.Mujur air mineral tu tak rasa ubat.
Selepas beberapa jam kemudian,kami tiba di Surat thani pada jam 7 petang untuk makan malam dan solat maghrib dan isya' ( Solat jama').Time neh,aku makan tomyam seafood.Perghh mabelesss.rasa nak menangis sebab dapat makan tomyam.kahkah:p
Jam 8 malam,kita meneruskan perjalanan ke Phetchaburi yang akhirnya sampai pada jam 3.15 pagi (11 Feb 2013) hari isnin.Mesti korang tertanya-tanya bas ni direct je ke perjalanannya? Ahh.Tak tak. Dari Surat thani ke phetchaburi yang mengambil masa selama tujuh jam lebih kurang,bas telah berhenti dua jam sekali.Maksudnya sapa-sapa yang ada masalah pundi kecing yang lemah jangan risau. Tak kan kena tahan kencing punya.K?hahaha:p.
Di Phetchaburi,kami telah berhenti di sebuah kedai makanan islam yang menyediakan tempat mandi,toilet dan tempat solat yang kadar keselesaannya biasa-biasa sahaja.Sudah tentu lah tak sama selesanya dengan rumah kita.Nama pon pengembaraan,haruslah kena- tak-selesakan-haha:p
Di sini,kami mengalami satu situasi yang agak mengjengkelkan ya.Kenapa?
Kerana kami terpaksa menghadap perangai tuan punya kedai dengan pekerja dia yang ala-ala berlagak ,muka masam,mungkin saraf atau urat untuk senyum tu dah terputuih.Atau pun pada hemat aku,aku rasa memang jenis perangai mereka sebegitu.Apa-apa pun warga bas kuning menganggap itu sebagai satu ujian. Sabar sabar ini tempat orang.haha:p
Pada jam 7.30 pagi,selepas sarapan,perut dah kenyang ,kami meninggalkan muka-masam-depa dekat Phetchaburi,kami meneruskan perjalanan ke bangkok yang masih berbaki dua jam.Selama dua jam,didalam bas kami disajikan dengan cerita-cerita menarik tentang Bangkok oleh ustaz Umaq.kadang-kadang diselang selikan oleh gurau-gurauan atok-atok yang ada dalam bas.hahaha:p
Dalam perjalanan ke Bangkok,kami singgah ke pekan terapung yang dipanggil floating market Damnoensaduak,Ratchaburi. Aku rasa group kitaorang sampai paling awal dan boleh dikatakan family aku orang first yang naik sampan menyelusuri floating market tersebut.Syabas inspektor sahab.haha:p
Kalau tahun 2010,kitaorang naik boat ke sampan entah yang ada enjin,kali ini kitaorang naik yang manual punya.Nampak mak cik yang pegang kayu berbaju kuning yang mukanya diblurkan kerana permintaan dia sendiri.dia habaq" blurkan muka aku noii,nanti ramai orang minta bayaran murah noi oii"kahkah:p.Okay.Aku tipu je.Naik benda alah nih,100 bath seorang.
Gambar dibawah,muka Izzat tiada kerana adikku yang seorang itu teramatlah pemalu >.<
Gambar dekat atas,beli barang sambil mendayung sampan.Malaysia tadak.hahaha :p
Hampir sejam setengah dekat floating market,perjalanan diteruskan ke bangkok dan sepanjang perjalanan ke bangkok,ada bendang garam.Dibawah ini menunjukkan bendang garam.Gambar kurang memuaskan akibat snap dari dalam bas.*Aku dah tak larat turun hoii semata-mata nak ambik gambar cun.Okay,sejujurnya aku memang tak reti nak ambik gambar pon -.-
Ibu dan garam yang tidak juga dibelinya.katanya malaysia pon ada garam.kahkah:p
Gambar dibawah menunjukkan Thammasat Universiti yang terkenal di Bangkok,dan mampu menempatkan sekitar 300 ribu pelajar.Dan fakulti popular ialah fakulti undang-undang.
Gambar dari jarak jauh dari dalam bas lagi.Sorrylah gambar tidak memuaskan.
Gambar dari jarak jauh dari dalam bas lagi.Sorrylah gambar tidak memuaskan.
Gambar pintu gerbang unversiti Thammasat
Padang untuk sebarang perhimpunan atau acara rasmi
Dan terus check in di Chaleena hotel kira-kira jam 2 petang.
Aku tak rasa ini format travelog sebenarnya.haha.Aku main tulis saja ikut sedap hati dan mulut.Ini baru hari pertama dan hari kedua.Hari-hari berikut,akan disambung.Insya-Allah. Untuk pengetahuan korang,trp kali ini dari 10 feb sehingga 14 Feb 2013.Mata wang mereka adalah bath. 100 bath = RM 10. ( tapi sebenarnya duit RM jatuh sikit)
Aku mengharapkan sedikit sebanyak,korang dapat juga melihat dan mengetahui tak banyak pon sikit berkaitan Bangkok dan lain-lain.Tunggu next entry okay? :) K.Salam.
'Jauh perjalanan,luas pemandangan,pengetahuan dan pengalaman'
No comments:
Thank you!