Half Of List

Saturday, February 02, 2013
Assalamualaikum w.b.t


Cuti-cuti semester ini,kalau tak  berfoya-foya dengan kawan satu kepala memang satu kerugian kan? Siapa setuju boleh angguk kepala.Sekali dah cukup kot.Tak payah angguk banyak kali. Aku bukan nampak.

Macam korang juga,aku pun ada kawan sekepala.Kalau dua kepala dah jadi lain.Tapi kali ini,half of list yang datang spendkan masa mereka dekat rumah aku. Sangat terharu.

Thanks for coming :')

Sebenarnya,jauh disudut hati aku yang bersih2.5 ni rasa macam menyusahkan mereka pula.Well,rumah aku dalam kampung,jauh dari bandar. Nak sampai rumah aku pun dekat setengah jam ,kalau tak jammed :p Siapa la yang suka nak pergi kan?

Tapi.Mereka tetap datang walaupun aku tunggu dekat tiga jam kot.hahaha. Dan macam biasa, yang paling kecoh sekali adalah ibu aku.cikpuanmimi.Ibu masak macam ada orang datang nak masuk meminang aku? Tak nampak ke yang mak aku ni memang suka melayan anak-anak dara(kawan-kawan aku) sebab nak feeling feeling muda! ohoooii. 

Sanggup paksa aku pergi pasar sebab nak bagi makan kat tetamu paling hormat ini.Tapi aku tak kisah sebab ibu aku memang sangat mengalu-alukan tetamu.Ibu cakap,tetamu itu membawa berkat.* Tapi aku tak doklah layan mereka first class pon.haha

'Pi pasaq lekaih. Pi beli ayam dua ekoq,udang hak besaq sikit,pastu beli la halia,lengkuas...bla bla.bla.'Dan beberapa jam selepas itu terhidanglah ayam goreng,kari udang dan sayur campur.Hmm,mabeles.

Half of LIST.Interpretasi Angin dan  panorama.

Kenapa half of List? Dan apa itu List? hmm,let me clarify something.List itu singkatan kepada group yang dicreatekan oleh Fathiah . List tu pula singkatan kepada love is bla bla dan bla.Hahaha.Biarlah rahsia*padahal aku pun tak tahu maksud dia apa* :3

Tujuan group ini adalah untuk mereka yang tahanfizikalmental dan rohani.Walaupun semuanya bukanlah meminati perkara yang sama tapi kalau ada something happen tak kira baik atau buruk,kita orang akan share.Minta pendapat,bagi pendapat.Jadikan mereka sebagai rujukan dan bermacam lagi.

Hubungan persahabatan kami tidak sesweet mana pun.
Tapi boleh tahan panas lah :p
Aku suka.


Kali ni,tak semua boleh join,edah,fathiah tak boleh sebab ada hal.So yang ada yang kat atas tu je lah.Aktiviti mereka di rumah aku,nampak gambaq atas tu dah boleh teka. Bergambar tu hobi mereka.kalau tak dek gambar,itu ternyata bukan mereka.

Malamnya,lepak sambil berkongsi macam-macam.Yang banyaknya pasal kehidupan dekat u masing-masing.Aku boleh konklusikan bahawa aku sahaja yang tak berapa gembira dekat u.sob sobss.Dan lepas itu layan movie,konon nak hantu-hantu sangatlah.Tapi semua ngantuk,tidoq awai.Hantu kemana?Undefined! -.-

Pagi tadi,ikut rancangan mereka nak baliklepas breakfast tapi terkandas bila ibu aku feeling feeling nak bergossip dengan anak-anak dara ini kan,so layan kan je lah.Dekat pukul satu jugak,baru mereka balik.

Setelah apa yang berlaku,satu benda ja yang aku dapat konklud kan.Sesungguhnya nak cari kawan satu kepala macam ni memang payah.Susah dan senang diberesin bersama-sama.Terlalu sukar untuk ditemui!Hanya mereka.Ya!


2 comments:

  1. cuweett ngat...hehe...tq tirah jemput we ols... mai la sni plak nnt..tp xdak udg besaq :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah nak cuwit ngat la.Geli aku -.-
      Esok aku g sana.Insya-Allah. hahaha =p

      Delete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.