Peraduan Review Novel

Saturday, March 23, 2013
 Salam alaik !

copy paste dari HNAMF

Ambil kesempatan,menaip dimalam hari.Nak share something related to novel.Yippy!Aku masuk peraduan review novel bersama HNAMF (Hantu Novel Alam Maya Fanpage) Selama ini aku memang tak pernah masuk peraduan-peraduan camginih.hewhew

Aku cuma nak bagitahu la,macam mana aku boleh terjebak dengan peraduan nih.Sebenaqnya poster dia nih dah lama keluaq,tapi aku yg hesitate nak join ke dak kan.Ini disebabkan level kekonfidenan aku berada ditakat yang amat rendah.Aku selalu rasa mcm,aku tak layak nak join something.Dush!

So lepas,aku tengok balik cara-cara peserta  lain review,so semangat aku bertambah-tambah la nak join.Kalau menang,dapat hadiah misteri nusantara.hekhek.Aku tak kisah pasal hadiah misteri tu,cuma aku nak cuba serlahkan bakat penulisan (tak daklah menulis sangat,just review pasal novel yang kita baca je pon) yang aku rasa aku dah rendam lama kot since aku sekolah rendah.Macam biasa,bila aku start menulis,aku rasa macam tulisan aku macam sampah la kan.Kan dah cakap tadi,keyakinan aku mmg rendah.pheww~

Biasanya,aku review jugak tapi dekat blog ini jelah.Kali ini aku,hantar review sebagai peraduan.Well,benefit pada orang lain, orang lain boleh tahu sedikit sebanyak lah tentang pandangan kita tentang novel yang kita review.So review,biarlah jujur dari hati yang suci lagi murni.ehehehehe :)

So, are you interested nak join peraduan nih?Jom-jom,pergi dekat link atas tuh,then klik.Baca syarat-syarat peraduan ! Dan jom join sesama.Mari semarakan budaya membaca! Eh!

Copy and paste dari : http://www.facebook.com/HNAMfanpage

Peraduan ini di adakan sekadar untuk menceritakan keseronokan kita bila membaca satu2 novel. Mungkin dengan info yg diberi dapat membantu hantu2 novel lain untuk mencari novel kegemaran mereka dan boleh kita berkongsi dan menarik minat pembaca yang lain untuk turut sama membeli dan membaca buku berkenaan. Sama2 kita memeriahkan industri penulisan Malaysia…
Jangan lepaskan peluang cuba mengasah bakat anda.. Pastikan anda fahami terma & syarat di bawah.. ♥

Syarat-Syarat Peraduan:

1. Terbuka pada semua Geng Hantu Novel & pada semua yang minat membaca. Termasuk admin2 page & group.
2. Like Page HNAMF : https://www.facebook.com/HNAMfanpage 
3. Peraduan bermula Januari 2013 – Disember 2013.
4. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan ulasan (review) tanpa had. (lagi banyak hantar lagi peluang cerah untuk menang.)
5. Setiap review/ulasan mestilah kreatif, asli matang dan jujur.Tidak dibenarkan mengutuk atau cuba menjatuhkan mana2 novel atau penulis atau syarikat penerbitan melainkan kritikan membina dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
6. Minimum sekurang-kurangnya 100 patah perkataan atau lebih.
7. Hantar review/ulasan anda berserta gambar novel yang ingin di review ke inbox page : https://www.facebook.com/HNAMfanpage ( admin akan memasukkan penyertaan anda di dalam album peraduan) 
8. Pemilihan pemenang akan di pilih berdasarkan secara random ( Cabutan Bertuah setiap 3 bulan sekali. Hanya seorang sahaja yang akan menjadi pemenang dalam masa 3 bulan) lagi banyak review/ulasan novel yang di hantar lagi banyak nombor cabutan yang akan memberi peluang untuk anda memenangi.)
9. Admin HNAMF akan memilih pemenang & membuat pengumuman pemenang peraduan ini pada tarikh-tarikh berikut:
31 Mac 2013
30 Jun 2013 
30 September 2013
31 Disember 2013

Pemenang akan memenangi: ♥ HADIAH MISTERI ♥

Keputusan pemenang adalah muktamad. Sebarang bantahan sama ada melalui surat, emel, telefon, faks, Facebook, blog dan lain-lain tidak akan dilayan..

Selamat Mencuba!! (n_n)

Salah satu review aku.Nah! Karya Rania Firdaus Okay peeps! Selamat mencuba :) K.Terima Kasih sudi singgah dan baca!
Salam.


No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.