HAT YAI 2013
Assalamualaikum :) Ramadhan Kareem
Salam Ramadhan buat semua yang membaca blog aku. Ramadhan kali ini,aku masih diberi kesempatan untuk menunaikan badah dirumah,Alhamdulillah :) Angah yang baru je masuk Uitm Melaka pun gagah balik juga sebab dapat cuti 5 hari.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dar Ramadhan yang lalu. Mungkin amalan yang kita lakukan masih ditahap minima tapi ia tetap bermakna sekiranya kita istiqamah dalam melakukannya :)
Sebenarnya entry kali ini,aku nak share pengalaman aku ke Hat Yai.Jalan-jalan cari makan sebelum Ramadhan menjelma.
Aku ke Hat Yai dengan geng-geng ibu. Pergi pun sehari je. Kita orang pergi pukul 10 pagi,balik lebih kurang jam 10 malam.
Perjalanan ke Hat Yai mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam.Tak terasa pun,sebab dalam van mak cik makcik tu semua kaki sembang.Aku yang muda nih senyap je lah.Orang gelak,aku gelak.Orang tidur ,aku tidur.haha :p
Tempat menarik pertama yang kitaorang singgah ialah Samila Beach.Sebenarnya ,pantai Samila ini ada sejarah sendiri berkaitan Duyung so adalah replika duyung tapi sejarah duyung secara total tu aku tak tahu pula.hewhew
Ni namanya Ais Tin.Haha Aku pun taksure la kan.Sebenarnya dia gabungan ais krim vanilla,isi kelapa,jelly, kacang dan pulut. Aku tak tahu rasa dia mcm mana.haha.Tapi kalau sampai ke Samila Beach nih try la.
Seterusnya, kitaorang makan tengah hari sekejap di Sami Kitchen Restaurant. Makanan Halal sudah pasti.Restauran ini juga beroperasi ketika bulan Ramadhan :)
Selepas makan tengah hari, van membawa kitaorang ke chang puak camp. Gajah oh orang thai cakap gayah hokayhh!
Sian ke mak cik gayah melesia.uhuk uhuk
Aku ke Hat Yai dengan ibu,so banyaklah gambar kami dua.hehe.Mula-mula ingat nak tengok gayah ja tapi rugi pula tak try kan. 1km= rm50.
Nama anak gajah ini Uwak.Dia sangat comel.Masa aku naik mak uwak ini,aku terfikir yang anak gajah ni macam anak manusia juga. Uwak ini akan jalan,kadang-kadang dia berhenti main pasir,makan daun, dan paling buat aku terkesan, mak uwak ini akan berhenti ikut si uwak. ini sebiji macam manusia. kalau binatang pon tahu sayangkan anak,kenapa ada manusia yang sanggup mendera anak? Sungguh aku tak paham.
Lama jugak lah duk atas gajah tuh.Tapi aku rasa macam pening ja.Naik rollercoaster pun tak pening macam naik gajah. Okay habeh cerita pasal gajah.Kita pi muslim floating market.Dekat Bangkok ada, dekat hat Yai pon ada,cuma kat Hat Yai ,banyak jual makanan.Makanan Halal
Sebelum nak sampai floating market,kitaorang jalan-jalan.Nampak diorang sangat kreatif kan? haha. Bunga pon bunga lah.
Makan telur dadar satu.haha.AKu tak order lah,Tengok ja.
Weweet.Makan sotong rebussss.Sedap :) Yummy yummy.
Tapi aku terkilan tak dapat makan keropok lekor.huhu.
No comments:
Thank you!