Langkawi : Trip last minute.

Saturday, August 31, 2013




Hye yaa people! 
Assalamualaikum :) 

Langkawi trip untuk dua hari satu malam memang gempak la. Seronok bukan main,budak-budak separuh remaja separuh dewasa neh. A million thanks : Azwa & Hani. Sebab depa dua neh yang contact sana sini. Haha. Depa dua neh memang terbaiklah. Next trip aku volunteerkan diri.heh. 

Naik ferri pukul 9.30 a.m dari jeti Kuala Perlis. Sampai Jeti langkawi dalam pukul 10. 30a.m. Tiket pergi balik rm36.Then tunggu pak cik Azhar, manusia yang bertanggungjawab untuk bagi kereta sewa. Disebabkan kitaorang pi enam orang so, avanza
 ( rm180) okay  la untuk bawa jenjalan. *Tapi bengang juga sebab pak cik mai hantaq keta lambat :3 dah wasting time *

Driver untuk sesi jelajah ke Langkawi, yang paling gagah perkasa piqah dan azwa.haha. gamat dalam keta sebab depa dua neh. Aku jadi co-driver paling lembab baca peta. sorry.eheh.

Tempat pertama kitaorang pergi, Nusntara minyak gamat, sebabnya pak cik aku pesan beli minyak gamat, lagipun tempat ni otw nak ke Langkapuri inn, tempat penginapan kitaorang, so tade hal lah. Dapatlah rasa celup tangan dalam kuali minyak gamat. 

Check in dekat Langkapuri Inn, area pantai Chenang.Bilik superior rm160. Semua tempat dekat. Pantai yang memutih dan membiru, tempat makan, chenang mall dan lain-lain lagi. Lepas zohor, gamble pergi cable car, sebab ada yang cakap rabu dia bersihkan cable car, lagi satu sebab hujan. Kalau hujan,selalunya depa tak bagi naik. and alhamdulillah, kita orang berjaya naik jugawalaupun dalam cable car itu, dengaq depa jerit macam orang sawan akibat gayat yang melampau.kahkah


@view dari stesen cable car


 @muka penat habeh menapak 

Sebelum balik, singgah Makam Mahsuri. Perghh sejarah gila kan.haha. Dulu pi (time aku form one)tak kena duet. La ni pi, dah kena rm7. Mungkin sekali dengan acara muzik yang ada dalam tu kot. Sebenaqnya kami tak masuk pon. heh. Dah tu, pi balik langkapuri inn teroih..


Lepas Asaq, kami pi mandi laut. Yeayyy. Momen terindah dan paling menggila. Mandi sambil menjerit macam orang terencat.haha. Tapi best lah. Sabit aku pon dah lama tak mandi manda kat pantai. nampak seperti sijejakun la pule.hewhew. Lepas maghrib kitaorang keluaq cari makan.sebelum tu, piqah dah survey tempat makan,area pantai chenang,ada restauran haji ramli. kalau ikut review pelancong yang datang makan kat situ, depa kata okaylah. Then, kami pon kata okay lah.haha

Keesokkan harinya, jelajah langkawi kami start jam 9 pagi. Abang van datang ambil bawa pi awana jeti untuk aktiviti island hopping. 1 boat = Rm250. Ala-ala private boat. *kononnyelah* Tapi kalau korang nak pergi, aku suggestkan tempat baru. Kilim geoforest. Nampak gaya macam lagi mengancam, sebab berhenti dekat kelong boleh bagi ikan pari makan. huii.

@awana jeti

Tasik dayang bunting (TDB) yang mempunyai mitos tersendiri. Hamoihh meleleh peloh nak sampai ke tasik dayang bunting. Walking-walking.kekekeke. Ayaq satu botoi pon tak bawak,



Disebabkan dekat TDB ada masa sampai satu jam, jadi untuk mengisi masa, marilah kita mentadabbur alam, dengan mengayuh paddle boat. Rasa macam nak tercabut kaki.



@ Stop. Eagle feeding.


Next, kitaorang g Pulau Beras basah. Haa. Dekat sini memang basah lejut. Hujan baq hangg. Cuaca teruk.Stay sejam, lepas itu masa nak balik, doa tak putuih putuih takut kandas tengah laut.pheww. Alhamdulillah sampai semula dekat awana jet dengan selamatnya :D

Jam 7 ,kami selamat sampai jeti kuala perlis. yeay. Itupon lepas shopin cekelat dekat hj ismail. Cekelat je lah yang mampu nak shopping pon.kahkah :P 

@begtakmaubalik dari syafqahnajib.haa


Credit : Azwa dan hani sebab depa dua ni yang contact sana sini. Nak sewa kereta nak check inn hotel nak nak main island hopping,depa yang uruskan. Kiranya boleh jadi tourist guide yang berdedikasi. haha ;DD

Thanks pikah dengan azwa sebab jadi driver. Syafinar dan Nadia, camerawoman, time kami empat mandi pantai.heh. Rugi woo tak main sekali. Terima kasih untuk trip yang best gila neh. Next trip pulau pangkor plak. Misi mari menabung dimulakan dari sekarang.
- aku malaih nak edit.ejaan salah. mohon abaikan.

# Semua perbelanjaan ditanggung sama rata :) 


No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.