KOREA. BE INSPIRED. DAY 2

Friday, November 15, 2013


Assalamualaikum! Hey you you! Yes you. Apa khabar? 
Alhamdulillah,fine? Cool ;) 

Aku rasa malam ni jiwa aku terkacau atau pun terkesan sikit sehingga ia menimbulkan kestressan dibenakku. Aku pernah dengar,kalau kita tengah stress,hold dulu dengan benda yang rumit yang kita sedang buat sebaliknya kita buatlah perkara yang boleh buat kita enjoy. Macam sekarang,aku tengah update blog, ini disebabkan dengan update blog,sedikit sebnayak,stress aku bagaikan melambai-lambai untuk pergi.Heh.

"Macam tipu jerp... macam tipu jerp.." Haha! Gurau ja lah =p


Bagi mengcoolkan balik jiwa aku, aku nak bentangkan pengalaman aku bercuti ke Korea. Mungkin tak semua tempat aku pergi,  Dan mungkin juga hati aku tak recover sepenuhnya dengan entry useless nih tapi sikit sebanyak korang boleh rasa macam korang dah pergi lah. 

Honestly, bila aku pergi Korea,aku tak rasa teruja sebagaimana perasaan aku pergi ke Istanbul,Turki walaupun tika itu aku seakan -akan mempunyai konflik dengan ayahnda tercinta. Namun, seperti teguran kawan baikku " Haha... Bersyukur itu perlu.. berapa juta rakyat nak pi korea mpa tataw.hahaa" Aku akui aku kena bersyukur sebab tak semua orang berpeluang. Alhamdulillah aku ada peluang dan ruang untuk kesana dengan keluarga tercinta. Aku doakan korang yang nak pergi Korea itu pun, insya-Allah akan termakbul.

@Last day. Incheon.

Okay, let me introduce our ( refer :  kitaorang pergi by group ) tourist guide there. Miss Jang Yumi. Seorang yang belum berkahwin ,aku beranggapan sebab  living cost agak tinggi dan dia seorang yang sangat punctual. Lambat sikit, siaplah. Haha. Yumi juga seorang yang boleh berbahasa melayu tapi tak terlalu fasih. Aku selalu confuse bila dia sebut ichi. dengan lidah dia yang macam tergeliat sikit,ak selalu dengar ichi .rupanya dia cakap easy, what? Hahaha! Aku panggil Yumi sebab dia suruh. Yumi ni dia bersemangat nasionalistime. Eh? I mean dia seorang yang sangat banggakan negara dia,Korea lah! Sikit-sikit Korea lah yang bagus. Bandinglah dengan negara mana pon, dia akan cakap Korea paling bagus.Hehe. Satu sikap yang aku rasa perlu ada dalam  kalangan rakyat Malaysia yang semakin pudar kukira.

Sepanjang kitaorang dekat Korea,Yumilah yang banyak guide kitaorang.bawak pergi tempat-tempat yang telah ditetapkan oleh group POTO dan juga terangkan apa yang patut. Oh disini,aku nak tegaskan bahawa Yumi seorang yang jujur. Misalnya, Dia akan guide kita untuk shopping.Kalau nak beli souvenir mana yang murah. Kalau nak beli brooch,winter coat and ect ,dia akan bagitau. Dia tak deklah letak kita kat tempat yang konfem sembelih leher! Aku boleh letak cop SIRIM sebab dia tak menipu. Oh dia juga yang ajar kitaorang makan pakai chopstick! hehe 

Hari pertama, kitaorang ke Nami Island, korang boleh click here untuk baca! Nami Island ni Pulau Nami lah.haha. Disebabkan time kitaorang datang adalah musim autumn. So dapatlah kitaorang nikmati salah satu ciptaan Allah. Daun-daun bertukar warna. Kalau dekat Malaysia, dedaun kebanyakannya hijau tapi musim autumn di Korea, daun warna oren-cokelat-ataupun jingga! Gila cantik! Dekat Nami ISland juga, korang boleh abadikan kenangan korang dengan bapak besar punya rak buku. Yang ni memang awesome gila. Bagi aku, rak buku yang besar dan unic itu simbolik pada rakyat Korea yang sangat suka membaca. You can read anything. Dengan membaca,kita boleh dapat input. Dengan input yang ada kita boleh majukan sesuatu. Misalnya, Korea sendiri masa p&p ,menurut Yumi, primary school akan tamat jam 8 malam.secondary school akan habis jam 10 dan university akan tamat jam 12. dan kebanyakkan rakyat Korea memegang dengan kata-kata 

" Empat jam tidur, Berjaya. Lima jam tidur, Gagal! "

Well,no wonder lah. Aku tak nampak  student diorang melepaksana sini  tepi jalan, bercouple, merempit.heh dan sebagainya. sebab boleh dikatakan 24 hours, ada dekat sekolah. Sekejapan,aku kagum. Kat sini, je pon aku boleh tidoq lapan jam straight lagi-lagi bertambah gagal ke idak?Hiksss. Kena muhasabah balik neh. 

Seterusnya,aku nak bawak korang pergi Everland. Everland ataupun kalau dekat Malaysia boleh la kornag bayangkan Genting Highland, takpon Legoland dan seangkatan dengannya. Dia salah seuah taman tema. yang luasnya Masya-Allah. Mengah aku dibuatnya.

Namun begitu, ketika aku disini, gambar tidak mampu untuk dicapture dengan kadar gemilang atas faktor, aku dan angah  telah diberi kebebasan untuk lenjan roller coster plus segala benda yang gayat dan  parents aku pula bawak adik-adik aku tengok safari. So gambau  macam nan hado ajelah! 

@ Untuk ke tempat-tempat game, korang kena naik sky cruise dulu. itupon,
Kalau korang tak nak patah kaki la.Haha


Dalam masa tak sampai dua jam, dengan keluasan yang skala bapa besaq, aku memang tak mampu la untuk main semua permainan yang ada. Jadi untuk melihat panorama keseluruhannya, elok korang naik tatrataratata. Aku tak tau lah nama dia. Bauncing chair mungkin? Gasaklah.Hahaha. Malangnya aku pon tak naik benda neh.


@KPOP Hologram.
Aku tak masuk pun.haha! 

Secara zahirnya, aku ingin menegaskan yang kenikmatan atau kemeriahan Everland dapat dirasa apabila korang spend whole one day. Bukan hanya dua jam. Serius ni. Satu hari pergi, baru rasa syok sampai tak nak balik. Tapi keadaan ini memang akan terjadi kalau korang travel by group. or sendiri sendiri. Hehe. 

GROUP phhh!



Selepas penat berjalan kaki di Everland, Yumi telah membawa kami ke tempat peginapan untuk hari pertama dan juga hari kedua. Masa ini apa yang terlintas hanyalah bantal dan katil.Wiki wiki! Hotel pertama, S-Hotel Seoul. Bila tengok lobi alahai macam cikai je macam cikai je. haha! Tapi bila dah masuk bilik. macam errr. Design bilik dia yang sangat muda-mudi memang aku tidur pon ada feel lah.Haha! Setiap bilik dalam hotel ini, decoration dan interior design yang berbeza. Macam bilik parents aku ala-ala mewah. Ala aje. dan Hidup dekat Korea memanglah terasa kemajuannya. Wifi  boleh dikatakan 24 hours. Dekat hotel ni pun sama. Cuba ko tengok jamban dia. Peh macam canggih je. *mungkin aku jelah yang jakun* kiki.Okay. Good nite.


Keesokan harinya, seawal jam 8.30 pagi Yumi telah membawa kami ke Folk museum dan Changdeuk Palace. Okay biasalah, kalau datang negara orang mesti nak tau juga khazanah yang mereka ada! Folk museum tempat,ala-ala tempat sejarah. Dan chandeuk palace itu seuah istana lama yang ada 'secret garden'

@Folk museum 



@chanddeuk palace

gagal untuk menggunakan rules of third -_-




A little bit boring  kan tempat-tempat macam museum, palace yang  dah bekrurun lamanya :3 Tapi 
Apa boleh buat, aku nak juga tulis.kekekkeke =p  Next, aku update lagi bila aku rasa aku stress pula wakakaka!Aku tinggalkan korang dengan pic, My lil bro tengah menganjing snow shite. If lah kann, snow white tu hidup,mennagis terjun banguan aku rasa! hahaha =D



Good Nites. Have a nice day silent readers! 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.