Berubah. Sebab kita sendiri nak berubah.

Friday, July 04, 2014





Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali
 kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka [ Ar-ra'd :11]


Kepada kawan saya yang tak dikenali,

Happy ramadhan.semoga Allah permudahkan urusan awak :)  


Saya buat entry ni khas untuk awak. Walaupun tak pernah tahu nama, apatah lagi betemu empat mata, tapi saya tetap nak berkongsi sesuatu yang bagi saya sangat berharga tapi bagi orang yang tak mengalami , mungkin tiada apa apa nilai tentang dilema yang awak hadapi. Jangan risau, bukan hanya awak yang berperasaan macam itu, saya pun pernah.Orang lain pun pernah. Mahu menjadi lebih baik?Siapa yang tak mahukan?

Kalau awak sudi baca,awak bacalah dengan berlapang dada.  (Ia bukanlah satu perkara yang wajib untuk diikuti cumanya ia sedikit pencerahan)Apa yang saya cuba kongsi adalah apa yang pernah saya buat  ketika merangkak dalam mengubah diri dari segi luaran mahupun dalaman supaya menjadi orang yang lebih baik ( dari dulu sampai sekarang pun). Bila saya buat entry ni tak bermakna saya dah super duper perfect, Tak! tapi bagi saya perubahan itu memang perlu berlaku dalam setiap manusia.

Sebelum itu, cuba bayangkan kronologi ini. (sorry memang failed nak buat kronologi bagai tapi nak bagi awak faham ,penghijaran kita susah nak buat kalau kita tak faham benda benda tertentu. Awak dah setkan goal untuk berhijrah lebih baik dari segi penampilan.Dan awak mula menapak dengan bismillah.Sedari awak melangkah (melakukan hijrah) Akan ada ramai orang berkata-kata (sama ada yang positif mahupun yang negatif) tapi kalau ada seorang yang menjadi pendukung yang sentiasa mengalu alukan perubahan awak, insya allah awak akan terus kuat untuk melangkah dengan lebih gagah dan terus menghampiri target awak. (Saya tak pasti kalau awak faham kronolgi kanak-kanak saya ni.ahakss :) Tapi itulah realitinya.






Berbalik pada persoalan awak, bagaimana nak motivasikan diri? Waktu saya tersedar seperti awak, saya masih ditingkatan tiga, dah la pelajar sekolah  agama tapi tak macam sekolah agama pun tapi perubahan yang saya buat bukan atas sebab itu, tapi atas sebab saya sendiri. Dan saya sedar pun bila terdengar ceramah yang sekolah saya buat,apa yang saya ingat 

"Kalau nak berubah, kena selalu doa pada Allah supaya diberikan hidayah, 
hidayah supaya kita jadi manusia yang lebih baik. dan bila diberikan hidayah , 
berdoalah supaya tidak di pesongkan hati kita."

Cakap nak berubah memang senang tapi nak buat itu yang payah.Sangat. Saya pernah rasa. 

Benda paling penting. Awak kena tanya diri awak, (1) tujuan awak nak berubah. Nak ikut orang semata-mata atau pun kenapa?Tapi jangan risau kalau tujuan awal kadang-kadang belum cukup sempurna. Ye lah, kadang-kadang kita nak berubah supaya kita nampak lebih dihormati atau apa saja, tapi akhir nanti awak akan tahu kenapa awak nak berubah :) 

Bila awak nak berubah, awak kena ada ilmu. Ye. (2) Ilmu supaya awak tak rasa buat perkara yang sia-sia..Awak tak kan mengubah diri awak saja saja je tanpa sebab kan? Contohlah kan, awak cakap pakai jubah pakai tudung labuh,nampak lebih dihormati?Tapi nanti ada orang yang kondem cakap tak semestinya, yg berjubah bertudung labuh itu baik bla bla dan bla. dan yang pakai jeans tee dan tudung biasa tak baik bla bla. Ilmu tambahan :) ,awak kena baca. Dan selalulah pergi majlis ilmu :)

(3) Suri teladan. Siapa pun boleh jadi role model awak. Pensyarah awak.Coursemate awak.Roomate awak.Jadikan mereka sumber inspirasi awak untuk berubah,kalau mereka boleh buat tak kan diri kita tak boleh kan? :) 

(4) Elakkan dengar kata-kata negatif dari orang lain.Selalunya kalau kita nak berubah, benda paling common yang akan berlegar-legar dalam kepala kita,adalah pandangan orang pada kita. 'kalau aku tukar penampilan aku, mesti orang cakap aku poyo kan?' kalau aku pakai tudung labuh sikit, nanti ornag ingat aku ustazah kan?' dan macam-macam la. So,saya nasihat tak payah dengar langsung. Tak rugi pon kalau tak dengar benda negatif. Ingatlah 'kalau bukan aku yang mengubah diri aku, tak kan orang luar pulak kan? Diri kita tanggungjawab diri kita la:)

(5) perkara paling sukar kita nak buat adalah istiqamah. Mana taknya, baru berubah dua tiga hari, dah ada orang duk perlekeh kita, pertikai apa yang kita buat, apa yang saya nak cakap, family dan kawan terdekat kadnag-kadaag boleh jadi golongan yang sukar menerima perubahan kita. Macam saya dulu, ibu saya selalu tanya, 'sure nak pakai macam ni?' Betul ke ?Atau sekejap je nih?' (saya tak cakap untuk menilai siapa ibu saya, infact sekarang ibu saya pun dah lebih baik dari sebelum ni) Haha. Waktu tu siapa tak sedih. Tapi kena kuatkan diri lah. Kena buat lillahitala. Kuatkan diri sendiri. Macam mana nak kuatkan diri,selalu lah cakap dengan diri sendiri. cakap depan cermin.(kalau ikut psikologi cakap depan cermin boleh mendatangkan keyakinan yang lebih (cakaplah pada diri sendiri bagi kekuatan pada diri kita, tak jadi orang gila punya :) Selalu lah sebut, kita buat sebab kita nak berubah, kita tak berubah untuk dapat pengiktiragfan manusia lain tapi untuk dapat redha Allah :) Abaikan perkataan hipokrit bila kita nak berubah. Ada perkara kita kena paksa buat baru kita boleh istiqamah.

(6) Terpaksa cakap, kita tak kan boleh buat sesuatu kalau kita tak bergantung pada pencipta kita. kena selalu berdoa selepas solat supaya diberikan kekuatan diri dan diberikan hidayah untuk berubah. Dan berdoalah setiap perubahan itu berterusan. Doa itu senjata orang mu'min :)

"Hidayah dan petunjuk itu datang dari Allah. Dan Allah melihat pada usaha  dan niat kita."


Sekadar perkongsian.Yang baik itu datang dari pencipta kita, yang buruk itu datang dari yang dicipta
Ramadhan Akram! :) 


No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.