#Hijab4Ukhwah by Telekung Project



Assalamualaikum & hai :) 

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah masuk hari kesebelas kita menjalani ibadah puasa dalam bulan yang penuh mulia. Ramadhan akram! (sorry2 baru nak wish.ehehe) Ramadhan terasa makin laju meninggalkan kita, kalau dulu-dulu waktu tahun 1999 punya ramadhan pehh, puasa tu terasa sikit punya lama lah.. dan sekarang puasa tahun 2014, terasa cepat semacam lah pula. Tak apalah,apa-apa pun, doakan supaya setiap apa yang kita buat didalam ramadhan tahun ini, diterima Allah,dan menjadikan kita manusia yang lebih baik dari sebelum-sebelum ini.




Di kesempatan ini,  ai nak share something yang ai rasa baguslah kalau kita dapat buat, sekaligus nak ajak awak-awak semua untuk membantu mereka yang memerlukan. Ai, walaupun bulan ramadhan, aktiviti menskroll fb tetap no satu. ihikss. Setiap kali ai skroll fb, ai nampak banyak project ramadhan yang jelas tujuan mereka untuk bantu golongan yang memerlukan especially, bila tiba lebaran nanti. Ai akan share project yang ada deadline dulu okay?

Tenang-tenang dan sambung baca :)


Kita bertuah sebab  hidup kita dilimpahi dengan kesenangan, dengan nikmat Allah yang tak terkira, so apa kata kita fikirkan keadaan kawan-kawan yang kurang bernasib baik. Dan dalam kita menikmati kesenangan yang Allah bagi, rasanya kita perlu ingat bahawa dalam kesenangan kita, terselit hak-hak mereka juga.Makanya, sebelum terlambat, marilah kiat hulurkan bantuan, hadiah, sedeqah jariah untuk mereka! 

Salah satu project yang ai terasa nak share pada hari ini ialah project #Hijab4Ukhwah. Project ni under Telekung Project. Kalau sesiapa yang tak familiar project yang selalu menghulurkan bantuan ini , bolehlah usha and klik link TP. (Baca bagi faham tujuan project ni okay?:)

"Admin TP berhasrat untuk mengumpul hijab-hijab yang masih BARU untuk dihadiahkan kepada penduduk-penduduk wanita di Pulau Perhentian supaya mereka dapat memanfaatkannya. Admin TP akan ke Pulau Perhentian seminggu sebelum lebaran untuk majlis Iftar bersama mereka.

Makanya, bermula saat ini sehingga 15 JULAI 2014,admin TP akan mengumpul hijab-hijab yang MASIH BARU atau BARU untuk dimanfaatkan.

Kepada yang mahu menghulurkan bantuan/hadiah/sedeqah hijab-hijab, boleh lah pos hijab-hijab tersebut  ke alamat berikut : 

THE TELEKUNG PROJECT
NO 4, JALAN ELEKTRON, U16/96 H
DENAI ALAM,
 40150 SHAH ALAM,SELANGOR.


dan pesanan admin TP ini buatkan ai rasa nak share,nak join,

"project ni admin laksanakan atas dasar kasih sayang,admin pada semua sahabat wanita yang dikasihi, daripada kita didakwa oleh hijab-hijab yang  tidak dipakai diakhirat kelak, lebih baik kita berikan kepada yang lebih memerlukan yang akan memanfaatkannya. Pada kita mungkin mudah untuk bertukar ganti tudung/hijab  tapi bagi mereka yang kekurangan? 

Sedikit pesanan dari admin TP, admin hanya mahukan TUDUNG SAHAJA. Jadi admin minta maaf kalau ada yang tersinggung, admin hanya melakukan apa yang termampu.Semoga Allah menerima amalan yang kita lakukan ini.Insya-Allah.

*****

Ai rasa terpanggil untuk menyelitkan nasihat, kalau kita ada niat nak bagi hijab tersebut, silalah melihat kondisi hijab tersbeut. Kalau masih (good condition) teruskan. Kalau rasa tak, jangan lah bagi , kasihan pada yang menerima nanti. Mereka juga ada perasaan dan berhak untuk merasa gembira. Kalau kita yang diberikan yang tidak elok adakah kita terima? ( Tepuk dada tanya diri anda?) 

Kenapa admin TP mahukan tudung sahaja? Sebab nama dia pun #Hijab4Ukhwah.HiksTry usha link TP, kebanyakan TP buat project mengikut apa yang diperlukan mengikut keadaan semasa. Bukan kerana Tp demand atau apa. 

Ai share project ni dulu sebab ada deadline dia. 15 JULAI uolss. Jangan lupa, janga  ketinggalan buat amalan baik! Dan bila ai share ni, ai share sebab ai nak share bukan sebab dapat apa-apa komisen ke apa okay? Heee :) 

 *****

sesungguhnya, orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka akan dilipatkan gandakan (gajarannya ) kepada mereka: dan bagi mereka pahala yang banyak  [ Al-Hadid : 18 ]



No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.