# Singapore pt2 ( Masjid Sultan. Arab Steet & Geylang )


Selasa ( 19/8/14 )

Habis meronda di Gardens By The Bay, kami ke Restauran Hajah Maimunah untuk makan tengah hari. Restauran yang mesti pergi kalau datang Singapore. Kalau tanya pasal harga mestilah aku cakap depends pd apa yang korang makan. Aku,pikah dengan farah kira beruntung berkali ganda sebab cik hanafi & cik kamariah belanja kitaorang. Alhamdulillah. 

Dari Stesen Mrt atau bas yek (aku lupa lagi!haha) , kitaorang jalan kaki ke restauran Hajah Maimunah. Jalan kaki ramai-ramai memang langsung tak rasa letih. Infact boleh ambik gambar kat tepi tepi jalan lagi. Mihmih 


sementara tunggu trafic light ....

Setibanya kami di Restauran Hajah Maimunah, makanan sudah pun terhidang. Ada macam-macam. Dalam hati boleh ke habis kan? Tapi sebab beringat  tuan rumah dah sediakan, wajib habiskan! Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.Ahah!

So antara menu yang ada, of course lah ada nasi putih, sup sayur, ikan asam pedas, sambal goreng singapore (rasa macam rendang siket) bergedel, ikan goreng tepung plus sos masam manis dan favourite aku adalah ikan bawal goreng yang dijiruskan sambal kicap kat atas ikan tuh!! Alhamdulillah sedap gilos!



Muka orang lapar! Haha!




Perut sudah kenyang. Maka jalan lagi mencari tempat solat. Kami berjalan kaki lagi ke  Masjid Sultan iaitu masjid warisan dan juga tarikan pelancong.Memang ramai sangat yang datang ke Masjid Sultan untuk melihat sendiri keadaan masjid itu. Selepas zolat jamak, kitaorang jalan-jalan di Arab Street pula.





Di Arab Street banyak kedai-kedai jual kain yang belum dijahit, macam kain nak buat baju kurung ke, baju pengantin ke memang banyak gila dia punya material yang best best. Aku tengok dari luar la, tak masuk pun kedai-kedai itu. Tapi dari luar pun dah boleh agak jenis  kain yang cun cun. Design lelawa habis. Kalau nak cari kain buat baju pengantin ke, boleh ahh shopping dekat Arab Street. Hehe.


Lagi dekat Arab street, kalau datang sini boleh lah nak beli souviner macam keychain ke, tshirt i love Singapore ke, shawl ke, benda-benda kecik untuk dijadikan buah tangan untuk ahli keluarga boleh beli dekat sini . Sini banyak pilihan dari Mustafa Centre. Aku rasa la. Selain itu, aku suka dengan bangunan- bangunan lama yang ada dekat area sini sumpah cool & unik gila. 






Kebetulan, nak dijadikan cerita, aku kenal dengan Syahida sebab jubah hareem,  pernahlah aku minta tolong dia belikan, sebab kalau aku nak beli di Malaysia// online harga dia agak mahal la. So dia bawa lah aku ke kedai 120Arab Street yang menjual pelbagai jenis jubah//blouse hareem yang terkini. Corak -corak dia memang unik!  Aku suka pakai jubah//blouse hareem ni sebab kain dia ringan, bila basuh cepat kering plus nak pakai pergi kelas pun tak lah rasa vouge//over sangat. Kira sederhanalah! 


candid by Syahidah! 

Banyak sangat design, banyak sangat pilihan warna sampai aku pun rambang biji mata nak pilih yang mana satu. Perempuan kan biasa la tu. Ahakss. Kalau boleh,semua itu aku nak rembat. Haha. Tapi pikir la sama, bawak beg pon backpack yang besar satu tak lebih 7 kilo, sabar sabar! So aku capai 3 helai jubah hareem// satu blouse. ( 3 jubah = 50 Sg dollar Satu blouse = 12 Sg dollar) 

Lepas dah habis shopping, kitaorang jalan jalan lagi sekitar Arab Street. Aku syak Arab Street memang syurga shopping la. Tapi dekat sini pon ada tempat makanan halal,dan juga bookstore.& money changer. So kalau datang sini tak cukup duit, boleh tukar lagi. Muahaha.




Next, kami ke Geylang. Geylang tempat ramai melayu dan geylang tempat shopping juga. ehehe. Kalau gambarannya macam kita pergi pasar payang. Di bawah tempat pasar basah diatas tempat baju baju, gerai makan. Ke Geylang kami naik bas double decker.  Kalau nak kemana pun di Singapore, memang naik bas dua tingkat.







Kami tiba di Geylang lewat petang. Jadi banyak juga kedai -kedai yang sudah tutup. Mana yang sempat, aku pergi je lah kedai yang jual telekung dibawah. Satu habit aku,  aku akan cari telekung yang tak serupa macam di Malaysia. Di Indonesia, corak telekungnya berbeza, Di Bali, Vietnam pon berbeza. Di Singapore ada style telekung instant yang sarung terus maknanya dia tak dek kain. So Aku beli tiga telekung  untuk ibu, aku dan angah. Sepasang telekung tu  10 Sg dollar. 





Habis lah hari kedua kami. Dari Gardens By The Bay ke  Restauran Hajah Maimunah, Lepas itu pula ke Masjid Sultan, Arab Street dan Geylang. Satu hari yang penuh dengan warna warni. Super awesome cter dia. Di Arab Street dan Geylang lah kita boleh melihat muka muka melayu * apa yang aku perasan la* Selain dari dua tempat ini. Susah nak nampak. Kalau nak pergi sini, korang boleh la usha Hotel 81. Aku tak ingat siapa  yang cakap, tapi kebanyakkan orang kita akan stay hotel 81 sebab dia area geylang so senang nak cari makanan Halal :) Di Singapore nih, agak sukar lah nak cari makanan halal. So pandai-pandai lah :)




Next entry, insya-Allah. Kena cepat-cepat update sebab aku ni jenis pelupa. biasalah *masalah ingatan* Haha. Love from Singapore! Oh Setiap gambar yang ada dalam entry di capture sendiri. Tapi aku tak sempat buat watermark . Malas.  Watermark itu memerlukan kesabaran. So please be nice dengan hak  orang lain.



Terima kasih sudi baca entry nih  XOXO



No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.