1.0

Monday, September 15, 2014







Tamat saja kuliah, aku berlari-lari menaiki  tangga yang disediakan untuk sampai ke atas bukit sana. Nama saja bukit tapi sudah bersimen dari bawah sampai atas. Orang kata tempat itu tempat larangan,sebab bahaya. Takut jatuh,kalau hujan memang licin ya amat. Tapi itulah satu-satunya tempat yang sesuai untuk orang macam aku, bersendirian. 

Aku termengah-mengah. Saat kaki tiba di atas, aku mengerutkan dahi. Setahu aku, tiada siapa yang suka melepak ditempat ni melainkan aku. Tapi sekarang sudah ada seseorang yang asing bagi aku sedang duduk membelakangkan aku sedang merenung jauh. 

Mahu turun semula, aku dah penat-penat naik tangga sampai basah belakang baju.  Akhirnya,aku menghampiri lelaki tersebut juga. Takut-takut berani,kata orang. Buatnya orang jahat, tolak aku jatuh bukit, memang kes niaya, masuk paper muka depan jawabnya.

" Roti?" Sepaket roti kuunjukkan kepada lelaki tersebut. 

Lelaki yang berkemeja ungu itu mendongak kearahku tapi tiada senyuman diwajahnya. Dia hanya melihat bungkusan roti ditanganku sekilas sebelum kembali menghalakan wajahnya ke hadapan . Roti tersebut, ku letak ditepi sila lelaki itu. 

"Aku bukan datang sini untuk makan." Eh eh. Kerek betul.

Aku hanya mengangkat bahu tanda aku tidak kisah dengan kenyataannya. Tidak penting pun.

"Kalau ye pun, jangan cantas pahala aku." Senyumku sinis  ketika lelaki itu menoleh kearahku.

Sebungkus roti lagi,aku keluarkan dari tote bag aku yang penuh dengan button badge. Bungkusan roti tersebut ku koyakkan dengan cermat. Roti yang berintikan coklat itu kugigit perlahan-lahan. 

"Iyalah. Kalau kau ambik je roti ni, kau makan, kau kenyang. Kalau kau kenyang, aku dapat pahala mengenyangkan  orang. Faham?" 

Lelaki itu diam. Roti di atas simen itu dicapai juga dengan rasa terpaksa. "Thanks...."  Lelaki tersebut memandang aku,sebab nak tahu nama. 

" Panggil aku Al.Kau?" 

"Hail"

"What the he..." Tidak jadi untuk meneruskan kata 'hell' itu apabila lelaki disebelahku ini mencerun semacam saja. Tarik balik, tarik balik sebelum dia humban aku kebawah. Tragedi pula karang. Aku tersengih lalu mengankat tangan bagi menutupi kesalahanku.

"Kau buat apa kat sini?" Aku menyoal setelah roti didalam mulut selamat mendarat kedalam perut. 

"Kau rasa?" 

Haih. Main soal-soal ni sungguhlah aku tak berkenan. Dia tak tau ke soalan itu memerlukan jawapan?
Aku sengaja memandang wajah lelaki disebelahku. Dia masih lagi menebarkan pandangan ke sekitar bukit yang bersimen itu. Langsung tidak menghiraukan aku yang sibuk mencari wajahnya. Sengaja.

"Nak bunuh diri kot." 

Jawapan selambaku mendapat jelingan pertama darinya. Jelingan tajam itu membuatkan aku terpaksa simpan senyum dan gelak sekaligus.Jawapan aku kira logik apa. Tak kan orang naik bukit bersimen ni sebab saja-saja nak tukar baju. 

" Gurau sajo." 

"Setahu aku ni tempat yang orang jarang nak naik,sebab kata orang bahaya. Selama ni aku je yang salalu naik sini. So bila aku nampak kau, aku macam tak percaya dan.....  tempat yang kau duduk tu tempat favourite aku." Jelasku panjang lebar.

Hail memandang simen yang dia sedang duduk itu. Kemudian,dia mengalih pandangan kearahku.

"Kau ingat aku kisah ke bila kau kata ni  tempat duduk favourite kau?"  Aku menggeleng laju. Roti kuhabiskan masuk kedalam mulut. Aku mengunyah roti perlahan-lahan sambil mengelap bibirku yang comot dengan coklat dengan belakang tangan. 

"Aku saja nak bagitahu kau." Tanpa mempedulikan Hail yang masih termenung jauh itu, aku mengeluarkan  sebuah buku pendek dari dalam tote bag lalu kucoretkan apa -apa sahaja tentang hari yang aku lalui. 

"Kau buat apa?" Hail cuba mencuri pandang kearah tulisanku yang sudah tercatat diatas buku pendek berwarna hitam itu. Aku segera menutup catatatanku dengan tangan kiriku. "Jangan sibuk. Sambung je termenung kau tu." 

Hail mencebik.

Lima minit kemudian, 

"Kau akan rasa terbeban tak,kalau parents kau paksa buat sesuatu yang kau tak suka?" 

Aku mengerutkan dahi apabila soalan tersebut disuarakan. Tanpa memandang kewajah Hail, aku membaling batu-batu kecil di tepi-tepiku, kebawah.  Aku tak menjawab sebaliknya diam dan terus membisu. Aku sudahlah tak kenal dia.Malas pula nak jadi kaunselor tak bertauliah kat sini.

"Sem ni sem terakhir aku kat sini. Hampir empat tahun,aku  study benda yang aku tak minat langsung." Beritahu Hail lagi. 

Kepala kuanggukan bagai burung belatuk. Aku macam boleh dapat tangkap apa yang Hail cuba sampaikan. Telingaku mendegar tapi tanganku juga masih laju menulis sesuatu diatas line-line kertas kuning.

 "Parents aku tak pernah tanya aku, apa yang aku minat nak buat, apa kesukaan aku."

"Kau nak cakap yang kau rasa terbeban study apa yang parents kau suruh?"  Aku cuba menyimpulkan sesuatu dari ayat-ayat Hail tadi. Hail hanya menggumam. Kemudian, dia mengangguk.

"Kadang-kadang aku fikir, aku ni macam tiada kuasa langsung nak tentukan apa yang aku suka, apa yang aku tak suka.Impian aku dengan impian keluarga aku berbeza sangat. Kawan aku cakap aku tak dek pendirian, tapi  bukan itu masalahnya. Masalahnya aku tak sampai hati nak tolak kehendak mereka.

"Kau anak yang baik." Pujiku jujur. Hail tersenyum nipis 

" Kau rasa aku anak yang baik?"

Aku mengangguk. 

" Pertama kali aku dengar benda  positif lepas aku ceritakan masalah aku."

"Well, aku memang dilahirkan untuk berkata yang positif-positif saja." Tergelak Hail dengan kata-kataku. 

" Aku tabik dekat kau, walaupun kau rasa terbeban dengan apa yang kau buat sekarang, tapi kau tetap teruskan sampai dah nak grad dah pun. Boleh aku tau tak,  kau study dalam bidang apa eh?" 

"IT." 

"Parents kau ada kilang komputer?Atau makmal komputer?" Hail diam sambil matanya terarah kepadaku. Aku menyangkan gigi putih mungkin ada terselit coklat sedikit.haha!

"Okay soalan itu abaikan."

******

Mula daripada hari itu, aku dan Hail berkongsi bukit simen itu bersama. Kadang-kadang aku naik berseorangan. Kadang-kadang, aku naik bersama dia. Tapi aku tak pernah berjanji untuk berjumpa dia di bukit sana. Hanya berjumpa secara kebetulan atau sebenarnya ia sudah ditakdirkan?






No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.