Persepsi |1| terhadap student pengajian agama

Friday, September 19, 2014



Persepsi orang sekeliling terhadap student agama melalui | pemakaian |


hari itu,aku sembang dengan seorang member kolej. aku kenal dia masa orientasi. tapi tak lah rapat sangat.  lepas orientasi masing-masing sibuk dengan kelas di fakulti masing-masing. kalau jumpa pun, setakat pandang say hai! dan senyum. setakat itu je la. so baru-baru ni, jumpa balik, dan sembang banyak la juga, pasal kolej, pasal backpakers bagai. tetiba dia tanya aku, 

"kau budak sains kan?"

 nak kata melopong tak la, tapi mulut aku ternganga kejap la.

"tak ah, aku budak api. | akademi pengajian islam|"

"eh ye ke? asal kau macam budak sains je?" budak sains camno, budak api camno?  Krik krik!

Itu tahan lagi, masa aku jumpa mak cik sorang ni kat jayajasko, dia tanya aku

 " dik, awak budak medic eh?" Kahkahkah! ni memang tak agak-agak kan.

logiknya : kebanyakkan  budak api pakai jubah/baju kurung/ tudung labuh (ditekankan)/ dan aku tak pakai tudung labuh. the end. semua orang dah pakukan dalam otak memasing, kalau budakagama mesti pakai jubah besar gedabak, baju kurung dan tudung  labuh. haru juga kalau budakapi seme kena pakai dresscode mengikut apa yang orang luar faham. kau budak agama, kena pakai tudung labuh tau!  come on gais, semua orang wajib tutup aurat bukan budakapi sajo.  dan pemakaian itu tak leh nak jadikan satu benchmark untuk korang judge budakapi ni camne,camne.  entah aku pun tak paham, apa kaitan pemakaian dengan jurusan yang kau amik.







No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.