Review Travelog : Kembara Afghanistan

Tuesday, November 10, 2015



Woots! :)

Hari ini aku share sedikit travelog yang patut korang semua baca!





Travelog pertama yang aku baca,dan ternyata tak sia-sia. satu penemuan baru buat aku yang selama ini hanya membaca (love story) Hasil pengalaman dan pengetahuan seorang penulis meredah mencari sesuatu yang bernilai. dia memepertaruhkan keberanian dia, dan paling penting dia menyerahkan segala-galanya kepada sang pencipta, setelah berusaha.

Baca saja travelog ini buatkan rasa seolah-olah aku yang pergi. Dan sudah pasti 'rasa' yang aku rasa tak sama dengan rasa si penulis. Bahaya yang diredah, seram sejuk yang menggigit diri, Keseronokan pabila bertemu sesuatu yang dicari, keindahan Afghanistan disebalik momokan keganasan dan ketidakamana, ternyata berbaloi-baloi. kekecewaan diri tatkala perancangan tidak menjadi, semuanya di olah dengan baik.

Tiga jam pembacaan yang berlalu, berlalu dengan penuh rasa teruja, rasa ingin tahu, rasa seronok. Rasa yang tak dapat dirasa dengan pancaindera sendiri. bertuah penulis mendapat kepercayaan dari keluarga dan bertekad untuk kembara Afghanistan.

kadang-kadang wanita itu lebih 'berani' untuk sesuatu yang dia inginkan.

---

sedikit sebanyak yang aku boleh berkongsi tentang apa yang ada didalam travelog ini adalah perjalanan musafir seorang wanita, seorang diri meredah beberapa kawasan di Afghanistan, mengharungi pelbagai peristiwa- Ada pahit ada manis. Ada yang sukar di letak di kepala, ada yang tidak mustahil akan berlaku.

di tahan ketika baru saja menjejak ke tanah Afghanistan. Siapa mampu?*Senyum nipis*

---

membaca travelog ini, buat aku tersedar tittle backpackers sebenarnya mempunyai maksud yang lebig luas.

untuk para backpackers,musafir, traveller, buku ini sesuai untuk anda. dan sekiranya anda juga musafir melalui aksara,anda juga harus baca!

---
Kagum dari jauh. tahniah buat Sis Siti Noridah Ab Rahaman atas keberanian dan tekad yang mungkin tak ada dalam diri,saya? *Gelak kecil*

---

Pesanan ibu :

"Kau jangan nak jadikan  backpackers tu sebagai inspirasi dan idola "

Aku cuma gelak sahaja. Dalam hati punah sedikit harapan. Haha.Well. meman dah terinspirasi pun.



---



2 comments:

  1. Sis rasa sis dah inspire sangat dengan tulisan sis tirah..teruskan berkarya eh sis.. sebab sis rasa sis mampu untuk pergi jauh..
    Dakwahlah bil kitabah..Semoga sis menjadi sesuatu untuk ummah..kalo x sekarang bila lagi kan sis..
    Dakwah media baru sis. Sis bangga dengan hang..
    *jelirface*

    ReplyDelete
  2. Sis rasa sis dah inspire sangat dengan tulisan sis tirah..teruskan berkarya eh sis.. sebab sis rasa sis mampu untuk pergi jauh..
    Dakwahlah bil kitabah..Semoga sis menjadi sesuatu untuk ummah..kalo x sekarang bila lagi kan sis..
    Dakwah media baru sis. Sis bangga dengan hang..
    *jelirface*

    ReplyDelete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.