#Perth, Australia 2016 | pt 1

Wednesday, February 10, 2016









Alhamdulillah. 

9 Feb 15, jam 9.30 malam,
bila dengar kapten Nadishah announce ' kepada warganegara Malaysia, selamat pulang ke tanah air dan bla bla bla' otak aku terus teringat nak singah kedai mamak nak tapau nasi putih dengan kari ayam. hahahaha| perut melayu yang tak boleh nak antarabangsa langsung! 

6 Hari 5 Malam di Perth,




alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Perth telah menyimpan seribu kenangan buat aku, hehe. final result keluaq time aku dekat Perth, alhamdulillah. menangis aku masa check result! *walaupun orang cakap, apalah sangat ,4 flat bagai* tapi kalau result mcm tu mampu buat parents ak happy! then, aku tak menyesal. aku teringat abg aras pesan : atas dunia ini  restu dan kegembiraan parents akan buat kau pergi lebih jauh. 

*celebrate birthday aku pun dekat Perth, alhamdulillah untuk tiap-tiap saat quality time bersama keluarga tercinta. <3


---

4 Feb 2015, 

mcm biasa. setiap trip yang berlaku dalam keluarga en.amri adalah trip last minit.  dimana, beliau akan tanya anak-anak (ala-ala mesyuarat keluarga) nak pergi mana? pilihan majoriti Australia. Tapi australia belah mana? melbourne? sydney? goal coast? tasmania? bla-bla. so bila checked tiket. tiket ke perth agak murah berbanding yang lain. aku sendiri tak dek masalah. mana mana pon ok. :) 

flight dari malaysia jam 9.30 pagi. selepas 5 jam setengah, kami tiba di Perth International airport. yeehu! kami solat di surau yang disediakan. dan ni adalah kali pertama aku terpaksa bersolat didalam satu ruangan yang sama dengan manusia bernama lelaki. maksudnya 

kira share laki perempuan lah!. tapi tak jadi hal lah. bisa di atur. surau tu pun baru siap enam bulan sudah. alhamdulillah ada juga surau untuk memudahkan muslim menunaikan ibadah! 

okay sebelum aku sembang dengan lebih panjang , dengan lebih lebar. aku just nak inform yang trip kali ini ayah decide untuk ambik private tour.  Berurusan dengan En. Hamzah dari XploreVIC Private Tour  dan perkenalkan tour guide kitaorang di Perth ialah abg Arazz dari Deeply Oz . dua - dua nih highly recomended gais. kalau korang perlukan private tour. 

tengok gambaq ni pon ja dah tau dah sapa tour guide kami kan? BAHAHA @ Rottmest Island 
Next, lepas dah ice breaking bagai, abg Araz bawak kami ke woolworths. macam giant la. untuk groceries shopping.  kalau tak dekat woolworths pon, boleh pi dekat coles. mana-mana pon boleh. cuma nak beli ayam yang halal. pembekal ayam halal terbesar, cari ayam brand steggles. Insya-Allah. lain-lain tu kami beli roti, susu, pisang untuk breakfast. beli ayam, telur, beras, kicap, sos, garam gula, bawang-bawang untuk makan malam. Lunch dah termasuk dalam pakej :) tapi woolworths lebih banyak pilihan dari coles. ehe.





selesai groceries shopping, terus check-in apartment. Quest South Perth, area Mill Point Road.  3 km je untuk ke bandar perth. apartment 3 bilik ni memang superb :) dan sesuai untuk family ramai. deco yang minimal dan lengkap dengan dapur, mesin basuh baju. kering baju, mesin basuh pinggan pun ada. memang kewl gilehhh lah ~ 

aktiviti untuk petang sampai lah malam itu cuma lepak dekat swimming pool dan makan malam dan simpan tenaga , get ready untuk berjalan esok hari! jyeahh! Tak sabar. so petang itu, izzuddin lah yang jadi raja swimming pool! sebab tak dak orang. ok. 




swimming time :)

p/s: sepanjang sehari dekat perth, aku enjoy dengan view rumah-rumah yang tidak berpagar 'ketat', jalan tak sesak, lengang. sekali imbas macam duk dekat pekan kangaq. hahaha! orang-orang local yang very friendly! dan hari- hari seterusnya macam itu juga. alhamdulillah :) haiv a gudaiyy * cuba untuk guna esen depa' tapi macam failehh! hahahaha!


we do not remember days, we remember moments - cesare Pavese 



No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.