Review Novel : Signal Hati Oleh Sha Ibrahim

Friday, February 12, 2016







novel sha ibrahim setakat ni tak pernah mengecewakan aku. dulu sha & shah , sekarang signal hati. tema tentang persahabatan dan keluarga yang digarapkan oleh sha ibrahim sememangnya mampu memberi kesan kepada pembaca. aku tak tahu orang lain. tapi aku suka gaya penulisan dan penggunaan ayat yang satu persatu menceritakan seseorang atau sesuatu peristiwa. 


walaupun tema yang diguna adalah sama, namun cerita sha ibrahim di olah dengan sedikit kelainan. kalau sha dan shah persahabatan berakhir dengan perkahwinan. kali ini persahabatan berakhir dengan perkahwinan sementara sebelum masing-masing membawa haluan masing-masing. 


konflik antara keluarga Qaisara yang lepas satu satu. menambah rencah. Bagi aku, ia sesuatu yang boleh di kaitkan dengan kehidupan kita. tambah lagi bintang, apabila watak gelap yang diketengahkan bukan seperti 'watak perempuan jahat' yang sering di gambarkan di dalam novel2 lain. bagi aku ia hanya selingan untuk menyedapkan rasa. 


lebih menarik watak Naqib yang diketengahkan dapat menarik hati aku untuk terus baca sampai habis. bagi aku kalau aku baca non stop. novel itu boleh di- consider sebagai novel yang baik dan ada mesej tertentu. 


Tahniah untuk Sha Ibrahim. Semoga terus maju dalam penulisan novel. 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.