Window & shopping di Kaison!

Wednesday, November 16, 2016




semalam aku terfikir nak kemas-kemas sikit lemari buku dekat ruang tengah,
hari ni terus drive pergi setapak dengan ibu. pergi mana lagi kan, tempat jual barang yang cecantiks, lelawo gila, dan yang sedap mata memandang dengan harga yang murah kalau nak di bandingkan dengan tempat lain.

mana?

Kaison la! haha


aku tak boleh tengok barang ceceomel. aku terus rasa nak beli semua! haha


Aku tak pernah tahu kewujudan Kaison sampai lah member aku bagitahu dua tiga bulan lepas. haha. lepas aku dah tahu ni aku mula la menyesal. aku dah dapat bayangkan dah bulan-bulan kedepan duit aku habis dekat mana je. hewhew. 

disebabkan aku cuti menganggur, aku punya inisiatif nak kemas sikit-sikit bookshelf dkt ruang tengah, tapi takde lah beriya sangat, sebab aku pun bukannya handal sangat bab-bab mengemas ni, tapi boleh la nak sedapkan mata. haha

aku juga yang nak tengok 24/7 kan. haha

tapi memandangkan, bajet aku memang ciput, so aku dah buat keputusan siap-siap. aku patut beli apa je.

tak boleh lebih tak boleh kurang.
sudahlah duit aku tercicir. huhu tp tu part lain, nanti lah aku cerita. takmau pikir sangat. satgi aku tak redha, duk teringat-ingat pulak!

sampai dekat kaison je, aku dah rambang mata. semua benda aku nak rembat! semua benda aku nampak comel, cantik, sweet, dari pokok kecik-kecik, pasu kecik-kecik, canvas yang macam-macam design, 

ahhh

TOLONGG TOLONGG!  haha

tapi last-last aku beli beberapa item jelah dah bajet pun ciput, untuk letak dekat lemari, aku pilih artificial plant, print yang macam canvas tapi bukan canvas, apa tah nama, aku pun taktahu. huhu





so lepas beberapa jam aku bertapa dekat ruang tengah hasilnya, tararararara! kk tak terkejut pun. haha. 

sebelum :


selepas : 



jadi itu je lah untuk entry malam ni. okay ahh nak tidur, esok kena gerak awal pagi pergi airport, nak hantar sepupu kesayangan nak pi umrah!

12.24 pagi,
12 November 2016, Kuala Lumpur. 




No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.