Review Novel : Lelaki Bona Fide, Xenia Zidane





" Xenia Zidane melakar kisah cinta Azri dan Dayana yang penuh liku dengan 
bahasa yang baik dan menarik"




Salam alaik! 

hai gais. Haha. malam ini aku nak review sebuah novel yang di terbitkan oleh jemari seni pulak. tajuk, lelaki bona fide yang ditulis oleh xenia zidane. novel ini aku beli dah lama, dan dah baca separuh bab. tapi boleh pula terberhenti sekerat jalan. apa cerita kan?

tapi

semalam, aku di seru semangat-membaca-di-bulan-november.

apalagi, aku pulun lah habiskan. dah jadi kerja, aku sambung baca sampai tamat, lepas tu aku baca semula dari bab awal sampai bab yang aku dah terberhenti tu. (semata nak recall) haha. caca merba betul cara aku baca lelaki bona fide ni. 


-----


aku suka tajuk dia. aku takde reason tertentu melainkan perkataan suka tu sendiri. bagi aku tajuk dia itu menarik perhatian seorang perempuan seperti aku. eceh. aku terasa nak tahu, apa yang  penulis cuba nak sampaikan. ye lah selama ni, novel ni orang relate dengan kaum hawa saja kan. 

okay okay, sebelum apa-apa meh aku kasi cerita sikit secara ringkas, 

Azri sudah jatuh cinta dengan Dayana sejak sekolah, tapi Dayana tak pernah 'nampak' Azri. mungkin dayana sendiri cuba jarakkan diri disebakan faktor lain. Dayana pilih untuk bersama Hadi. Bila menginjak dewasa, Azri ditakdirkan bertemu dengan Dayana sekali lagi, dan dia cuba untuk meluahkan perasaannya, tapi dia terpaksa bagi peluang pada kawan baiknya Benedict, disebabkan Benedict lebih cepat buat keputusan dan ambil tindakan, tanpa mengetahui yang Azri pun suka kan Dayana. (Kesemua watak ni berkait rapat disebabkan mereka dulu satu sekolah) 

dia macam, jodoh itu depan mata, atau dekat saja dengan kita tapi, ada banyak perkara yang kita tak sangka, sedang menghalang kita. 

faham tak? 

jalan cerita dia okay-okay saja bagi aku. sejujurnya aku tak tahu main character dia siapa. Tajuk tu macam nak highlight seorang lelaki, tapi yang menonjol dalam cerita ini adalah watak Dayana. Aku punya expectation adalah seperti mana aku membaca 'Aku Bukan Billy Milligan'

tapi tidak berlaku.

jadi tak apalah. 

Aku rasa penulis cuba nak highlightkan watak Azri, yang dari pembacaan aku, tentang seorang lelaki yang sudah lama jatuh cinta kepada seorang gadis. tapi perasaan suka dan cinta Azri itu tidak terluah disebabkan beberapa halangan,Azri  seorang pemerhati, juga seorang yang sedikit terdesak, kurang pandai berkata-kata, tapi dia tahu apa yang dia mahu, dia serius dan ikhlas cuma itu la,

Dayana pula, sejenis perempuan yang cepat buat konklusi sendiri, tidak mahu mencuba untuk kali kedua, insiden yang berlaku antara dia dan hadi, dia dan Bendecit buat dia jadi lebih takut untuk menerima Azri. 

tapi dalam masa yang sama, perasaan untukAzri itu tetap ada. cuma dia takut untuk sesuatu yang tidak pasti. 


oh ya part yang menyentuh perasaan aku adalah bab dayana dan ayah dia. aku memang tak boleh tahan air mata kalau ada part-part berkaitan ayah. Maybe sebab rapat dengan ayah, so aku jadi terus imagine, kalau ayah jadi macam ni, macam ni, apa aku boleh terima ke? 


----


keseluruhannya, cerita ini okay. cuma pengolahan dia agak tidak tersusun sebab ada bab-bab yang main lompat-lompat. salah satunya part, dayana dan benedict berjumpa, lepas itu bab, benedict mati, penceritaan dia macam surface je la. aku sebagai pembaca tak nampak, hal itu menyebabkan dayana rasa serba salah, boleh rasa tertekan sampai takut... untuk terima orang lain dalam hidup dia. 

kepada penulis, ini hanyalah review peribadi, semoga menghasilkan novel yang lebih baik! Fighting! 



10 September 2016,
12.56 pagi, Kuala Lumpur. 











No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.