Lepak-ing na. na.na . na

Thursday, January 12, 2017


petang tadi. dalam kereta. 

ada lagu apa tah dekat radio. tiba-tiba nana " bla bla bla what the hell.."
aku cam kerut dahi "Na, betul ke lirik dia camtu?"
Aku pandang nana, nana pandang aku. "Aku hentam je."
"GELAK BESAR* bengong tau dia ni. 


selain masakan dia sedap, aku suka deco Xpress Pinang yang simple.

note:  gambar ni semua menipuuuu. kalau jumpa depan-depan tak deknya macam ni punya gaya. Haha. 
.

dua hari lepas, nana tidur rumah. satu hal yang aku selalu nanti-nantikan. sama ada sebulan sekali atau dua bulan sekali, nana akan  whatssapp. 

"Woots, aku nak lepak rumah kau ni." 

Apa lagi, macam-macam benda la plan. nak buat itu, nak buat ini. dari jogging, window shopping, melepak atas katil sambil pakai mask, sembang pasal novel, plan nak masak itu ini dan satu aktiviti wajib adalah melepak dekat uptown. Haha. tapi malam semalam, dia kecundang. so takdek ahh aktivti uptown.

oh ya tak lupa kita dua juga bersembang tentang masa depan. 😪 aha aha.  *cliche*
.

nana ni umur sama baya je dengan aku, tapi dia lebih matang berbanding aku.  ahaks ahask. dia study nursing dan sekarang SN dekat salah sebuah hospital kerajaan. Aku banyak belajar dari nana pasal sabar dan nikmat sihat. Ya lah, mungkin sebab dia kerja sebagai nurse. so banyak gak ah pengalaman yang dia cerita tu buat aku fikir panjang. 

lagi satu aku pernah la macam komplen," kalau pasal basuh 💩 pt, bersihkan bedridden pt, lepas tu macam-macam lagi kau buat, kau ok?" 

memang jawapan dia buat aku kagum la weh. kalau aku ditempatkan di posisi dia, aku boleh angkat bendera putih. surrender. 

"Once kau dah sarung uniform nurse tu, kau memang akan boleh buat semua benda, sebab semua tu tanggungjawab.

aku rasa macam kena 👊  sedas. power gila. serius, aku selalu salute dengan nana dan semua nurse. bagi aku kerja yang diorang galas itu memang mulia dan sangat istimewa. ok. 

cukup lah aku kenalkan korang dengan nana. 

.

ada satu benda yang memang tak boleh dipisahkan dengan nana. nana dan tertinggal barang berpisah tiada. 

dalam duk ingatkan dia. "Na, kau jangan ada tinggal barang pulak... dulu, purse, handphone..."

"Iya, iya. Takdenya tinggal."

Tapi bila sampai terminal  putra. "Weh, stoking aku tertinggal."

👊 NAAAAAA! 

*GELAK BESAR* 




No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.