Sumpah Setia, Aisya Sofea


Sumpah setia merupakan novel ke -18 dari Asiya Sofea, salah seorang penulis kegemaran aku. Gaya penulisan dan olahan Aisya Sofea tak perlu dipertikaikan lagi, tak pernah mengecewakan.
Setiap ayat, setiap perenggan yang diolah cukup memikat dan membuatkan pembaca betul-betul menghayati.

Aisya Sofea sangat berpengalaman dan masih berbisa menghasilkankan cerita bertemakan cinta dan keluarga dan dalam Sumpah Setia, Aisya Sofea mengetengahkan cinta dua budaya dan agama (Islam & Dutch Baba Nyonya)

Pada aku, perbezaaan budaya yang diketengahkan ini lah yang menjadikan cerita ini lebih menarik untuk diterokai. Seorang bapa yang terlalu berpegang kuat dengan adat dan budaya melayu, bersikap tertutup, Syed Umar yang 'menggelinjang' hendak menumpang kesenangan dan kemewahan keluarga Dr. Mizan dan Nur Suria Anissa, ketenangan dan kebijaksanaan Elias Lim Li Jun mendapatkan restu Dr. Mizan, dan beberapa peristiwa lain buatkan emosi aku berubah-ubah.

Islam pada nama atau mualaf mencari redha-Nya, siapa yang korang akan pilih?

"Kalau apa-apa jadi dengan kita berdua, I tetap Islam di mata Allah, di mata keluarga I dan di mata masyarakat. Sebab I masuk Islam bukan kerana you, tapi kerana Allah." <3 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.