2020! Love yourself no matter what...
2020 sudah melabuhkan tirai dan aku baru berkesempatan nak buat 2020 Highlights untuk catatan peribadi.
2020 adalah tahun aku belajar banyak perkara baru dan aku harap keinginan untuk belajar ni tak kan pernah pudar dalam diri aku dan juga goal aku nak aktif di bookstagram, aku kira terlaksana yeay!
2020 Highlights @athirah_bookstagram
1. Aku berjaya memenuhi Reading Challenge : 48/30. Aku cuba untuk kejar 50 😂 Saja la nak bagi drama sikit tapi kecundang bila balik bercuti (Spent time dengan keluarga lagi bermakna buat masa ni) ♥️
2. Tahun ni juga bacaan aku pelbagai ya. Mesti yang follow aku dari awal akan terkejut bila tengok aku dah mula baca non-fiction. Oh my god kak tirah baca non-fiction. Kita perlu celebrate ke macam mana ya? 😆 Iyalah dah makin tua ni kena cuba juga lah, baru lah tak nampak macam student lepas STPM sangat 🤪 Tapi sebenarnya kalau buku non-fiction yang kita pilih tu, ‘kena’’ dengan kita, insyaAllah boleh jadi addicted macam baca fiction juga
3. Aku mula cuba dan terima apabila diberi ruang dan peluang untuk collab dengan publishers dan juga komuniti buku, walaupun sebenarnya jauh di sudut hati, rasa takut, rasa macam aku ni boleh ke? Tapi sebab aku fikir peluang tak datang selalu, buat silap itu adalah pengajaran untuk kedepan, so aku grab saja lah untuk develop new skills & melalui peluang-peluang yang ada, aku kenal dengan individu- individu yang sangat baik, tak lokek ilmu & memudahkan urusan masing-masing ♥️
4. Tahun 2020 juga aku lebih serius menawarkan servis free & paid book review. Yang penting #honestreview 🙏🏻
Alhamdulillah alla kulli hal. 2020 tahun bermakna untuk @athirah_bookstagram guna semaksima tenaga, masa, idea & duit (lol) untuk membeli buku, membaca, review dan membuat perkongsian.
aku nak juga berterima kasih kepada semua bookstagrammers yang aku pernah sapa mealui DM, di komen atau mana-mana sekalipun sebab aku banyak belajar sesuatu dari korang ♥️ Teruskan membaca & berkongsi 🥰
Dan bagi kawan-kawan yang baru follow, harap korang tak menyesal 😂 dan moga perkongsian aku ada sikit manfaat untuk korang.
Khalas 2020. Alhamdulillah. Welcome 2021.Bismillah
No comments:
Thank you!