For Ramadhan 16 [ BERPAGI- PAGIAN ]

Saturday, August 20, 2011
Assalamualaikum  !


"Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:
Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan
sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap
tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf
adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha."




Alhamdulillah , sbb hari ni aku masih boleh bernafas * nikmat yg jarang disedari oleh segelintir manusia.dan meneruskan ibadah puasa utk hari yg ke 20. harap2 readers pun same yea. so hari ni aku nak share sedikit manfaat, Insya-Allah tentang nikmat solat sunat Dhuha. mungkin ramai yg dah tau.dan mungkin  ramai jugak yg tak tahu. *termasuk lah aku.

ilmu yg kita dpt seelok-eloknya kita kena kongsi kan? sbb bila kite share ilmu , ilmu itu akan bertambah. tak percaya try okeyh. kita toksah bangga dgn ilmu yg kita ada sbb ilmu itu nur .nur itu cahaya yg pada hakikatnya milik Allah.kita hanya diberi pinjaman. sampai masa Allah nak tarik balik then , Dia akan tarik balik. -enough for mukadimah.* berjela ya amat.

so, based on riwayat di ats, secara kasarnya aku dapat satu rumus bhwa sedekah itu bukan hanya melalui wang. * diulang ini hanya pendapat aku. Banyak manusia ingt bila nak sedekah kita hanye kena sedekah duit, wang , money,okeyh . *mesti korang ckp haisy bile die nak start gtau psl solat dhuha ni,,

Teruskan membaca . terima kasih. so, apa yg bakal kita dpt kalau kita buat solat dhuha?mcmmcm buley dpt . kat dunia dapat kat akhirat pun dapat. Insyaa-Allah.

yang pertama,kita boleh mengelakkan diri drpd terlalai.terlalai tu kalau ikut definisi student2 setahun jangung mcm aku ni lebih kurang mcm nak buat perkara baik tapi gagal dilaksanakan sbb byk halangan dan alasan yg kureng relevan. 

yang kedua, seolah-olah seluruh anggota tubuh badan kita melakukan kebaikan. Perasan atau tidak , bila kita solat tak dek anggota yg tidak terlibat. sbb tu , kalau org ckp nak sihat tok sah susah payah nak cari pusat fitness segala bagai. buat solat fardhu + solat sunat .then, insya-Allah kita sihat. tak caye try buat .

yang ketiga,doa yg kita mintak insya-Allah diperkenankan-Nya. walaupun kita  tahu nak berdoa tidak ada had2 mase bila, tempat kat mane,Tapi ambillah peluang utk berdoa slps solat sunat dhuha. sbb doa itu senjata org mu'min.

yang keempat, dimurahkan rezeki. bermohon supaya kita diberikan rezeki yang diberkati . tidak kira rezeki itu dr segi ape. lulus cemerlang dlm exam juga rezeki. penentuan utk ke u pun dikira rezeki. dll. * contoh mmg  contoh stok bebudak sekolah. harap maklum.

yang kelima,dipelihara oleh Allah. setiap apa yg kita buat Allah tahu sbb Allah itu maha mengetahui. Jadi, kalau kita nak buat something yg agak kejam, tapi tetiba ja kita rasa tak mau buat pulak. then, ingat Allah sentiasa memerhati dan memelihara kita. Analogi paling senang.nak sorok selipar jepun kwn kan. tetiba ja kita pikiaq balik, "oh satgi kesian kat die nak kena carik merata tempat."

yang keenam dan yg terakhir, * mesti nak ckp akhirnya habeh pun coretan ni,.haha
dihapuskan dosa. yang aku tahu dari aku masuk form 1 dekat sekolah aku ni, ustzh selalu tekankan, Allah sentiasa memaafkan hamba-hambanya dan menghapuskan dosa-dosa hambanya selagi mana kita tidak mensyirikkan Allah.

Akhir kata dari meja penulis*muahaha . Buatlah kebaikan yg kita tahu ada ganjarannya di akhirat sana . kalau kita tak boleh buat setiap hari, then kita buat la seminggu sekali, kalau tak boleh juga, kita buat sebulan sekali, kalau tak buleh juga setahun sekali. kalau tak boleh juga, sekali dlm seumur hidup kita,dan kalau tak boleh jugak jugak. mati lebih baik. sbb Allah jadikan kita sbgi khalifah diats muka bumi ini adalah untuk beribadat kepada-Nya. 
manfaat ini utk aku khususnya dan kalau kalian di luar sana dpt manfaat jugak .Alhamdulilah.

p/s: waktu pagi lebih indah disinari nikmat dhuha =)
       ade kekhilafan ??, tell me .kthanks.

2 comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.