Cinta Dari Jauh 4

Sunday, March 25, 2012
Kepala di angguk-angguk perlahan mengikut rentak muzik menerusi Ipad yang dipasangnya.Lirik paradise nyanyian Coldplay meniti di bibirnya.Telinga harus bersumbat dengan earphone.Novel Si mangkuk tingkat karya Faziela kubelek perlahan.Novel keluaran Jemari Seni ini menarik perhatianku ketika keluar bersama mama dan Sofee petang tadi.Apa taknya,sepupunya yang tersayang sudah membuat review berkaitan novel ni di ruangan Goodreads.Katanya lemak berkrim disukai ramai.Dan haruslah aku cepat-cepat ke MPH dan membeli novel tersebut.


Aku sedap-sedap bersantai atas katil sambil membaca novel.Mama sibuk dekat dapur.Failed betul jadi anak dara .Haha.Sofee masih di ruangan bawah,mengambil fail-fail kerjanya di dalam kereta mama.Aku yang meniarap dengan posisi badan diletak atas bantal peluk masih meneruskan pembacaan.Dari bab ke bab yang lain.Leka .


"Pap!"Adeh ! Terasa belakang badannya di tampar seseorang.Sah sah kerja si Sofee ni.
Segera aku berpaling sambil melibas tuala Good morning kearah belakang.Senyum sudah kuukir sinis.Nak main lepuk-lepuk sangat dengan aku kan?Rasakan.


"Hoi! sakitlah Iman. Tak agak-agak nak karate aku pon" Tangan Sofee yang belum sempat mengelak menyebabkan towel tersebut terkena rambutnya .Habis kusut masai jadinya.


Iman sudah mengekek-ngekek gelakan Sofee.Ni makan dia. Sengaja cari masalah.Macam tak boleh sapa dengan cara yang lain ?Sofee sudah duduk dihujung katil Iman.Mengurai rambutnya yang kusut perlahan-lahan dengan wajah yang masam.


Iman memeluk tubuh sahabat baiknya sambil menunjukan gaya peace.Mama mengambil mereka berdua di UKM  tengah hari tadi. Kebetula,Iman terlibat dengan program Kelab Bimbingan dan kerjaya dan Sofee sememangnya belajar disitu.Sofee menjeling.Saja la tu.Dah buat aku sakit ,konon nak pujuk la tu.Hampeh punya kawan.


"Kau ni ganas tau tak?Mana tau aku tak lepuk kau?" Aku sudah tergelak senang.Soalan.


"Aku pulak.Kau je yang suka buat kerja melepuk orang.Tangan tak reti duduk diam kan? Dah tu masuk bilik tak ketuk pintu pulak.Bukan salah aku.Mama masuk selalu ketuk pintu tau dan tak deknya dia nak tampar bahu ke ape ke.Kau dulu ambil syariah sekali dengan aku kan? " soal Iman selamba.Yelah Masa tingkatan empat dan lima ,ambil syariah SPM.Tak pon pendidikan islam.Silibus mesti ada sentuh pasal adab meminta izin dan memasuki bilik kan kan kan ?Aku rasa aku tak lupa lagi.


"Yelah .Aku ambil syariah tapi lupa nak praktis.Faham?" Inilah padahnya bila tak praktiskan.Dah dapat obat penangan jinbara.hikhik


"Ape daa.Belajar syariah sampai empat tahun tapi tak amalkan .Baik sedekah je buku syariah tu kat kanak-kanak ribena." Iman masih lagi mengusik Sofee yang ternyata sedang bebal.Empat tahun termasuk silibus ketika tingkatan enam dulu.


"Kau ni kan kalau aku lempang kot,sebulan bisu." Aku tergelak kuat dengar ugutan Sofee.Seketika kemudian terdengar Sofee gelak sama.


Setelah selesai makan malam bersama.Aku dan Sofee ke bilikku semula.Banyak benda ingin dikongsikan bersama.Perkongsian hidup di UKM akan dibalas dengan kehidupan di UNisza.Selalunya macam tu lah.Berkongsi pengalaman dan pengetahuan.Nampak macam tak best kan? Tapi yang tu la yang terbaik.Kawan ni bukan medium untuk kita lagha tak tentu pasal.Kawan yang baik akan berkongsi segala kegembiraan dan kesedihan.

"Rizman tu memang perangainya suka kenakan orang.Tapi masih dalam tahap kawalan laa.Apesal kau dah jatuh cinta pulak?" teka Sofee.Respon Sofee tatkala aku bertanyakan tentang Rizman,iaitu salah seorang fasilitator program yang aku sertai.

Mata Sofee dihalakan kearah televisyen milik Iman.Harry Potter and the death hallows part two sedang dimainkan.Otaknya masih membayangkan wajah Rizman yang merupakan senior di UKM.Nak ikutkan tak kenal sangat senior -senior setiap fakulti.Banyak fakulti kot.Memang bukan akulah orangnya yang nak menghafal nama-nama senior.heh~Tapi memandangkan Rizman seorang senior yang aktif dan peramah.Maka aku mengenalinya melalui cerita -cerita pelajar lain.

" kau ni dah kenapa?Aku tanya je pon .Tak deknya aku nak jatuh jatuh cinta sembarangan.Bukannya Rizman tu Skandar Keynes pon" 

Skandar keynes? Haha.Muka jambu kot.Hikhik.Tapi okay je kan ? Skandar Keynes tu kan aktor yang dikenali menerusi The chronicles of Narnia.Cerita ni memang dah lapuk.Aku tak peduli,lepas tengok je rasa teruja tengok muka Skandar Keynes yang sweet tu.haha.



********

Jam dinding sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi.Aku dan Sofee sedang menyiapkan diri untuk ke walimah anak kawan mama. Aku selesa dengan abaya hitam dan selendang hitam.Malas nak gosok baju sebenarnya.Haha.Failed lagi jadi anak dara.AKu tak peduli janji aku selesa dan menutup aurat.Krim BB disapu lembut di permukaan wajahku sebagai pelindung dari terik matahari.Sofee yang sudah kemas dengan baju kurung moden duduk di birai katil sambil jarinya ligat dilarikan di atas samsung galaxy note.Clutch bag yang berwarna hitam milik Sofee dikepit di celah ketiak kanannya.


Kereta di parkir di suatu sudut yang dikhaskan oleh tuan rumah untuk para jemputan.
Dari jauh, rumah Semi D-Taman Tropika 2 sudah di kunjungi ramai tetamu.Nampak meriah dengan manusia yang memakai baju pelbagai warna.Dah macam pelangi la pulak.Haha.
Tema hitam dan silver menjadi pilihan.Nampak elegan.
Aku ni dah kenapa pulak?Bila nampak Hitam je elegan.Masalah masalah.
Aku yang mengenakan cermin mata hitam sudah mengikuti langkah mama dan papa.
Sofee menyaingiku.Tiba-tiba Sofee berhenti.


"Kau ni kenapa? Pakai spek mata hitam.Nak kata sakit mata ,aku tengok sihat je mata tu".
soal Sofee pelik.Dahinya berkerut.Matanya masih merenungku lama.


"Ni namanya menjaga pandangan.Tau ? Dah jum..." Aku segera menarik lengannya supaya dapat membuntuti langkah mama dan papa yang sudah berada di hadapan kanopi yang sarat dengan tetamu.Sofee yang terpinga-pinga dengan jawapanku  mengikut sahaja langkahku.Abaya kutarik sedikit ke paras buku lali supaya langkahku lebih laju.Mujur aku memakai jeans di dalamnya.Mama sudah melambai-lambai kearahku.


SMS -  Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada di alam ini.

4 comments:

  1. bestt tirah ! episode seterusnya ?? xsbr nk baca...

    ReplyDelete
  2. #Nadya - episod seterusnya dlm proses :)
    terima kasih sbb sudi baca.huahuahua

    ReplyDelete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.