Review Novel : Hati Kita Satu Oleh Rania Firdaus

Wednesday, March 13, 2013

Stress menjelma,
Disaat esaimen tiba.

Tatkala minda kelu,
HKS menjadi terapi bagiku.


Wah wahh wahh pantun dua kerat,dua kerat giteww! haha:p saja saja mencuba bakat yang dah lama terendam.So malam ini,disebabkan aku stress dengan esaimen aku yang berlambak.Jadi ,aku ingin menulis review, khas untuk HKS.
Sebelum tu, u guysss nak tahu esaimen aku ada berapa?

Sikit je.0fficially ada tujuh.officially teww,kemain lagi.kah kah kah :p Tapi aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas mendepani hari hari ku... Alhamdulillah.Dan aku masih mempunyai kesempatan dan kelapangan untuk menulis review.Aku memang hebat kan?Tau tau!(ni riak tipu-tipu.keh keh :p)

Okay okay.Mesti you guyss dah tak sabau kan nak tahu review kali neh.Hemmmm..Okay let me introduce, novel ke enam untuk tahun ini,taraaaaaaa.....

' HATI KITA SATU '

Hati memang satu weh.
         Yang satu itulah yang sukar untuk dijaga.
                         Penuh maksiat,hitam.Penuh amal,jernih. :')




Cerita ini mungkin digarap mengikut pemahaman  dan pengalaman penulis sendiri.Tapi sebagai pembaca, tak salah bukan kalau saya memberi  sedikit komen yang saya kira membina lah.Bukan saya orangnya untuk menyatakan komen-komen yang menjahanamkan.Penulis itu manusia.Manusia itu dilahirkan ada kelebihan dan kekurangan.

"Hye kak Rania,ehehehe ;)

Untuk kali ini,sejujurnya saya merasakan bahawa cover novel HKS sangat menarik.Menarik kerana mungkin ia berlatarkan pepohon hijau dengan kotak yang penuh dengan gambar-gambar,dan kalau tak silap saya, gambar-gambar tersebut sebagai simbolik kepada jalan cerita yang digarapkan oleh akak. (tapi cover novel sebelum sebelum ini pun tak pernah mengecewakan saya :))

Saya tertarik membaca kisah Sara kerana disifatkan dirinya yang sangat dingin dan beku terhadap lelaki.Malang nya korang yang bernama lelaki. keh keh keh. Hanya ada dua lelaki yang boleh di terima nya, Anas ,anak saudaranya dan arwah tok. 

Hati Sara benci tatkala mengenangkan peel ayahnya..... meninggalkan dia,kakak dan uminya suatu ketika dahulu. Setelah bertahun-tahun si ayah mencari sara dan kakak untuk memohon maaf dan menyesali atas kekhilafannya.Sara cuba lari dari berhadapan dengan ayahnya tapi bak pepatah melayu, air yang dicencang tak akan putus .

Menyelusuri cerita ini,buat saya faham sedikit perasaan kawan-kawan saya yang mempunyai masalah seperti ini.tak semua datang dari keluarga yang bahagia dan harmoni.


Dan hati saya bertambah riang ria di pagi raya apabila dapat meneruskan bacaan pada part,Sara jumpa Kuz Kusyairi  dan lelaki itu menegurnya memakai baju terbalik! 
* part ini memang lawakss.Gila first day kerja,pakai baju terbalik.keh keh :p*


Dengan Luthfi,dia tetap beku.Tapi dengan Kuz boleh pula bercerita,berkisah! Ajaibnya Kuz.ehehehhe Saya memang suka Kuz dari awal (walaupun tak baca lagi..)so ini dikira bias.haha.

Bagi saya,ego stat Sara tak stabil kerena didescribekan sebagai seorang yang degil,keras kepala dan lain lain dan sehingga sanggup mempergunakan Kuz untuk kepentingan diri.Ya bila kita terpaksa,apa sahaja yang terbentang dihadapan kita,kita gamble saja.Masa ni tak kira dah betoi ke tak tindakan yang diambil.Mungkin dia lebih bersifat IB kritikal dan KK menentang disebabkan hidup dia yang lepaskann...

Well, macam mana kita tak suka lelaki pun, kena terima juga suatu hari nanti kita tetap akan berdampingan dengan lelaki juga kalau tak nak jadi eljibiti lahh.ehehhe.

Kuz Kusyairi pula saya pandang seolah-olah dia mirip dengan Izhar.Mungkin sebab dia sangat natural kot.Natural?(mungkin akak kena cipta watak lelaki yang lain lain sikit?ehehe)Entah tak dapat nak describekan sebab macam payah nak jumpa lelaki yang macam ni,hmm.Kuz yang rasional walaupun pernah kehilangan Misya dan keluarga tapi dia meneruskan hidup tanpa menoleh kebelakang.Kuz yang sangat memahami dan pada yang sama egonya tidak tinggi melangit walaupun dia dipergunakan tanpa sedar dalam perkahwinannya.

Luthfi  pula pada perkiraan saya,terlalu takut untuk cuba meluahkan perasaan hanya kerana sifat dingin sara.Cepat mengalah ,dan hanya tersedar untuk berterus terang disaat Sara dan Kuz bakal diijabkabulkan.Kan dah terlepas.eheheh(Mohon lepas ni,buat novel pasal luthfi pula.eheheh).

Dan saya rasa sifat berterusterang,memahami dan saling menerima antara satu sama lain yang digarapkan dalam cerita ini merupakan elemen -elemen yang sangat penting bila dah berumahtangga ya..Kalau tak de memang,cepat roboh 'rumah' tu.

Seikhlasnya,saya seronok membaca HKS dan tahniah untuk kak Rania Firdaus atas hasil kejayaan melahirkan baby baru ini.ahakzzz :) Semoga akak terus sukses dalam menghasilkan karya-karya yang berkualiti ^^ 

Okay, for those yang tak baca lagi,hatta tak beli lagi sila dapatkan di bookstore berhampiran anda.haha.Rugi tau kalau tak baca.Happy ending yaww...

Minta maaf.Ini semua adalah review dari hati saya sendiri setelah membaca HKS.Jangan berat  lagi memberatkan okay? :)Terima Kasih kerana singgah baca ! Salam.



4 comments:

  1. salam, laling... tengkiyu utk review yg sangat luvly ni... alhamdulillah, syukur sbb HKS diterima dgn begitu baik... tengkiyu... insya-ALLAH, cerita Luthfi akan ada nanti (tp tatau lagi la bila - kesinambungan TMD tak siap lagi ni adehhh)... huhu. oh, psl watak lelaki tu ada akak try kelainan skit utk mss ke-5 akak ngah hadap skrg ni... tunggggguuu... hehehehe. insya-ALLAH akak akan terus berusaha yeeeha... kekekeke. once again tengkiyu ya laling... m so glad... =D

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. oh... hampir je terlupa... suka ati sgt bc review... kekekeke. all the best dlm semua yg dilakukan, esp dlm studi... jgn tangguh2 wat esaimen tau... t bertimbun susah... hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm :) Hee.My pleasure. Sy mmg suka review2 neh.Tapi sorry kalau ada yg negatif , it just pandangan saya sbgi pembaca je :)

      Wait !! 'Tak Mungkin Dia' ada sambungan? whoaaaaa~ Can't wait :D

      Agak-agaknya Mss ke5 ni,watak hero dia mcm mana eh? hehehehheeh ;) *Suspen.haha

      Thanks utk nasihat ikhlas :) Heee,Insya-Allah sem dua ini tak tangguh dah buat esaimen :)

      Delete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.