Review Novel : Kekasih Halal Oleh Orkid Edyliyne

Sunday, March 24, 2013




Sejak kebelakangan nih,aku selalu je dengar sok sek sok sek pasal kawen awal.Tak kiralah  guna term kawen awal ke,kawen muda ke,kawen masa belajar ke apa-apa yang sama waktu dengannya dan sudah tentu la yang nak kawen itu muda,kalau dah tua memang taklah nak panggil kawen muda.kalau panggil juga itu namanya,perasan muda.lalalalla~

First of all, nak lah tanya korang,Kenal Orkid Edyliyne?Kenal?Good! Eh ada yang tak kenal?Okay kalau korang tak kenal dan tak familiar dengan nama penulis Fajar Pakeer ni,then korang boleh google lah.Malas nak google untuk korang.ngeh ngeh ngeh =p(Eh tak tak,just klik nama penuh orkid dekat atas tu) tengok.. baik kan hambah allah yang seorang neh :3 siap link kan lagi. *muntah*

Hye Orkid, (suka hati je aku panggil orkid kan?harhar)

Okay,ini adalah review pertama dari saya.Walaupun saya pernah membaca 'Tuan rumah Pembantu rumah' yang ohsemm tu suatu ketika dahulu,tapi saya tak mempunyai kesempatan untuk review.Apa-apa pun TRPR memang ada kelasss hokeyhh! 

Kekasih Halal.Walaupun tittle dia cathcy tapi still saya tak teruja nak baca.(apa neh,kata catchy ,pastu tak teruja lah.haha.pening)So bila saya belek-belek novel lain yang ada dekat rak  MPH Midvalley,still macam "oh i dah baca semua tu ollss" then,saya  patah balik ke rak dan mengambil kekasih halal.Lalu membaca sinopsis.Dan tatkala membaca beberapa bab sebelum ending dan endingnya.kikiki.Saya rasa macam ommjayyy.Apesal macam best? Haaa.




Mungkin jalan cerita KH (kekasih halal bukan kemahiran hidup kayy.haha)dia yang buat saya rasa novel ni masyukk kot.Hmm, jalan cerita yang mengisahkan pelajar universiti yang membina 'mesjid'.Terpaksa atau tak,saya  tak nak sentuhlah.Yang pastinya,dua-dua ikutkan keputusan parents mereka sebab tak nak kecilkan hati.Hmm.Yang saya tahu jalan cerita seperti ini lah yang saya idam-idamkan.Mengisahkan tentang perkahwinan semasa belajar.*ehem*

Feroz Ejaz dan Lutfa Shirin Mawar watak utama yang saya kira sangat kontra antara satu sama lain.Feroz yang macam caring,bila dah kawen,feroz yang romantik bila dah kawen,feroz yang bertimbang rasa bila dah kawen.Feroz yang ajarkan Lutfa  memasak.Memang itulah yang sepatutnya dilakukan oleh lelaki lelaki diluar sana.Suami mendidik isteri Inche soami tak boleh menggunakan kuasa veto dan berlagak macam bos bagi perintah aje kayy.

Lutfa pula,bagi saya watak seorang yang pendiam kadang-kadang macam naif pula,Lutfa  yang menerima Feroz seadanya,kemudian jatuh cinta yang sangat-sangat,ibaratkan hatinya diserahkan semua pada Feroz which is not good sebenarnya.Saya pernah dengar ,kalau kita bercinta,jangan serahkan hati kita 100 % pada our spouse.Sebab incase ada ombak yang melanda hubungan,still boleh berfikir dgn waras dan teruskan hidup.


Pada awal penulisan, saya rasa saya faham cerita yang disampaikan sampailah waktu Lutfa mendapati bahawa Feroz tak pernah menerimanya.Okay.Time nih macam pending seketika.

What the hell yaw?! Dah kahwen,sampai Lutfa pregnant,then Feroz boleh declare 'terlanjur' kalau Feroz ni ada dialam realiti memang terasa nak bagi penyepak je.*emo emo* haha

Kasihan pada Lutfa yang mencintai Feroz sangat-sangat ,bila dalam diam, Feroz tak mencintai dia dengan kata lain still cintakan Irin.Mana dia tahu,selama ini semua yang Feroz lakukan untuknya hanyalah sebuah lakonan.Ya! Masa ni saya cuba kaitkan dengan kehidup an realiti.

Sebenarnya kawen muda ini ada pros and cons, unless dua-dua memang kenal hati budi (sy tak menyokong hal-hal dating dua-duan,pegang-pegang tangan semua tu.maksud saya,kenal bawa jumpa parents then istikharah,.)dan nak kahwen atas kemahuan diri sendiri,then should be okay lah.Kalau lelaki tak dek kekasih gelap dan perempuan pun sama tak dek kekasih gelap juga.Insya-Allah,ikatan tu kuat lah kut.

Lain hal,kahwen muda ini banyak tanggungjawab.Ya! kawen muda atau tua atau tak kawen pun still bergelumang dengan tanggungjawab.Tak dinafikan.Cuma kalau dah kawen muda ni,kau kena berlapang dada lah nak bertanggungjwb sbgi anak,menantu,ipar,pelajar dan bla bla bla.Oh ! menjaga hati pelbagai pihak jangan dilupakan.huuu.

Kisah yang berpanjangan tapi tak dek istilah boring,sampailah Feroz tersedar yang Irin  sebenarnya bukan jodoh dia.Feroz mula mendekati Lutfa semula.Dalam rajuk Lutfa,dia tetap menyayangi Feroz.Dalam marah lutfa,dia tetap memerlukan Feroz.Hmm mungkin sebab Lutfa isteri mithali lagi taat?haha,

End  of  this story, happy ending ! Suka tak suka tak?! haha So,sapa-sapa yang tak tahu KH ni,tak baca Kh lagi,boleh terjah kedai berhampiran. Tak rugi :) eh manfaatkan lah baucer buku teww.kikikiki.

Congrats OE sebab hasilkan novel yang menarik! Moga terus sukses dalam bidang penulisan.weee

Review ikhlas dari saya.Jangan berat lagi memberatkan.
Terima kasih sudi singgah dan baca.! K.Salam.



4 comments:

  1. seronok baca review athirah. akak ada buku ni tapi sampai la tak berkesempatan nak baca.

    ReplyDelete
  2. hehe... boleh je panggil OE dengan Orkid....
    oh thanks atas review-nye dear... hargai sangat... senyum2 OE dibuatnya... ^^
    OE ambil link untuk letak dekat blog OE nanti ye...

    ReplyDelete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.