Homemaker, i love you.

Monday, August 26, 2013


Athirah kau memang cool gila kan.Cool sangat tu athirah Cool sangat. Pergi pasar batu bertangkup,bukan batu belah batu bertangkup dengan membawa purse yang tiada duit sebarang dua ringgit pun.Cool sangat tu.Well Done.*Tepuk tangan* Kau bangun pagi-pagi, nak pergi pasar dan kau tak bawak sikit pon duit melainkan purse yang kosong. Inilah padahnya, kalau semua benda ibu yang buat.

Unbelieveable.

Susah ya bila ibu takde kat rumah,semua benda aku kena arrange.Wah dah macam nak arrange music pulak. Padahal ibu pergi kursus kejap je. Walaupun kursus 'shoppinggg' (sebut macam Megan dengan Heather Vandegerld dalam cerita White Chicks) ja.Tujuh tolak tiga sama dengan empat. Empat hari je ibu tinggal rumah,aku dah macam orang bingai tak tau nak fikir. 

Siapa kata jadi suri rumah ini 'heaven', tahu goyang kaki je. Ye lah. Dengar pun, duduk kat rumah,apelah sangat  kerja yang nak kena buat. Tak weh. Wrong perception lagi unvalid. Aku rasa suri rumah kerja lagi berat dari orang bekerja atau sebenarnya sama berat atau ada pros and cons.Aku rasa statement tu kena tukar la lepas aku jadi suri rumah sekejap neh :3 

Tengok ibu je sudah, bangun solat subuh, kejut budak dua orang yang sorang nak bangun bapak punya liat,sorang lagi slow and steady siap genyeh genyeh mata. Lepas tu siapkan breakfast dan tunggu diorang pergi sekolah. Then,get ready dengan  bapak budak,ayah aku la tu. Breakfast sesama tak pun minum je, then ayah pergi kerja with love kiss dekat pipi ibu. auhh so sweet.heh.

Then, ibu akan mula lah merewang dalam rumah,nak buat itu,nak buat ini. Kejap dia kemas ruang tamu, kalau tak kena mata dia mula nak menyusun atur ala-ala Deko bersama Eric.* ha, terkejut tak terkejut tak* Lepas tu kang, ibu start basuh baju except baju aku,sebab aku reti je nak basuh sendiri.Undang-undang dalam rumah, sampai je umur  12 tahun, harap basuh baju sendiri kalau tak nak kena bebel sebab tak hantar baju ke mesen basuh.Dan aku lebih rela basuh baju sendiri dalam perkiraan seminggu sekali,aku basuh le daripada kena bebel,pftt boleh bernanah telinga.

Dah basuh kena jemur, karang bau hapak pula. Ibu juga yang buat masa aku pergi sekolah dulu except cuti,aku la yang buat. Sekarang bila aku dengan angah dekat u, sapa lagi yang buat,ibu juga. Cuti, ayah akan buat pula kalau tak ke luar daerah. Nak harapkan budak dua orang tu,cakap apa je suruh apa je, semua ya. Tapi ya takdek titiklah.Sekarang ada ampunnya lagi, sebab ada mesin pengering.heh

Kejap lagi kang, dia buka peti ais, tengok benda apa nak masak bagi budak dengan bapak budak makan,kalau takde lauk basah, dia berkejar ke pasar batu bertangkup tu hah,tapi sure bawak purse dengan terisinya duit.Tak macam aku tadi.Ngee :I tak pun kalau nak cuci mata,dia pergi pasar lagi jauh dekat kangaq nun.

Kadang-kadang, nak masak hari isnin, hari sabtu ,dia dah fikir nak masak apa. Memang macam ni eh? Masak memang bukan feveret aku la, gaya masak pon dah ' auh bengong, kena minyak,' auh,ahh.. dan segala-galanya menampakan aku fail didapur. Ibu lagi suka membebel kalau aku dekat dapur, daripada aku duduk dalam blik tak buat apa.ha.

" Apa lah kau ni long, umur dah 20  goreng ikan pon hancur. "

" Apalah long, sotong dah masak pon tak tahu"

" Goreng keropok, goreng ikan pakai minyak lain"

" bawang tu tumbuk lumat, jangan jadi selumut. bla bla bla" 

and the rest 

" Ibu dulu, umur dua puluh dah kawen dengan ayah tahu. Siapkan makan tengah hari untuk ayah" 

" Okay, kalau macam itu cepatlah, carikan calon menantu. Mesti lepas ni along pandai masak".

Senyap.

Lepas masak, bersihkan dapur. Aku sure yang tu penting kalau tak dapur busuk pula. Tapi since aku cuti dekat tiga bulan neh, aku la punya kerja kemas membasuh,menghilangkan daki dekat singki tu.Kerja aku la tu.hah.Tapi bila aku takde,ibu yang buat.Ibu lagi,suri rumah lagi.

Petang karang, ibu lepak kejap means (tak a nap) itupun kalau sempat, kalau tak dek meeting puspanita.kalau tak dek talk atau ceramah. Petang pula, ibu selalunya nak bermesra dengan pokok bunga. Bagikan je lah. Orang cakap, kalau kita stress tak leh bebel banyak-banyak, sila cakap dengan pokok-pokok. Sumpah setia depa tu. Tapi jangan cakap benda negatif, sebab depa akan layu serta merta tanpa notis. Tak percaya cuba try.

Malam, ibu akan hantar budak berdua itu pergi mengaji. Dulu sebelum,aku masuk um, aku ajar. Lepas itu depa give up. Sebab aku garang sangat. Belum apa-apa aku dah balun.Haha. Sorry.Balik amik depa, ibu sambung lipat kain. Lipat kain, benda paling horror bagi aku lah. Gi.la. Nak lipat kain memang lah senang tapi kalau berbakul dan pulak tu kena duduk membongkok,tak ke dah berlaku zalim pada si tulang belakang. 

heh,Iron baju jangan lupa. Dulu aku, darjah lima dah start belajar iron sendiri. Dapat ke dua budak tu, yang sorang tu memang fail logik lagi, yang sorang lagi kalau bagi,memang jahanam la. Hari tu suruh iron, iron terhempas. Sekali lagi bagi chance gosok sendiri, seluar baju melayu koyak,hadoi. Ibu cakap, bak sini ijat ibu buat, bagi kau buat, kau kerja nak bagi kaya tokey kedai letrik,kedai apek dekat bazar.hahaha. Sabar je lah ibu,anak lelaki memang macam itu. Cuti ni, part gosok baju masuk pasrtime aku juga, baju budak dua orang tu dengan baju ayah. Ha, baju ayah ,aku ada ampunnya lagi, boleh gosok sambil tersenyum, gosok slack,warghhh,aku rasa muka aku macam kena cuka kot.Slack memang susah ke nak gosok? 

" Buuu, along memang tak suka gosok slack neh.Serius susah. Nah ibu buat lah"

" Heh,nanti kau kawen,laki kau gosok sendiri?"

"boleh juga,nanti along deal dengan dia awal-awal. Semua along boleh buat dalam erti kadar(sederhanalah) janji boleh buat tu,boleh tapi dak lah sesempurna mana. Tapi bab yang satu neh,along surrender! " 

" Cakap tak leh blah.Tungguh la kau kawen nanti ibu nak tengok"

Okay.Dan lepas itu,baru ibu lepak sikit lah. Ibu akan tidur selepas, dah habis mengaji. Itulah ibu dan rutinnya. 

Dan aku kagum lah. Bukan setakat kagum dengan ibu sendiri tapi kagum dengan wanita yang spesis homemaker dalam erti kata sebenar , kagum dengan ibu yang surirumah plus bekerja sama ada secara profesional ataupun bekerja menoreh, lagi hebat kot depa punya letih,lelah semua.,lagi haru dan lebih lebih lagi, ibu tunggal. Ibu tunggal lagi la kena respect with love sebab depa lah emak yang menguruskan hal rumah, depa jugalah bapak yang uruskan hal kerja dapat gaji nak sara orang-orang dalam rumah.

Appreciate and love your mother. Jangan sesekali membelakangkannya dalam buat apa-apa keputusan pun, Nak buat apa pun, let her know so that, dia restu,dia redha. Keredhaan ibu,doa ibu itu 'kuasa sakti' tu. 


untuk aku. Sayanglah ibu kau thirah, jangan degil sangat walaupun 
( ibu cakap kat kawan-kawan dia,akulah anak yang paling menurut kata.kah.perasan.)Ibu tu sorang je dunia dan akhirat. Jangan nak melawan je walaupun kau berlawan kata nak menegakkan kebenaran,sikit je lagi kau nak menang, akhirnya goalll!! ibu  yang menang juga.hah. Err sayang ayah jugak thirah, karang dia baca merajuk lak tak mention sayang dia.haha. 

Homemaker, I love you.
Very much.





2 comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.