PREVIOUS SEMESTER : DINNER B.I.G 14

Thursday, February 05, 2015



Aku tak tahu nak start macam mana entry ini, tapi ni entry untuk korang yang tak dek life, yang suka baca entry entah apa-apa,boring macam entry aku ni. dah aku bagitahu entry aku boring, enkorang  tetap baca jugak kan.hahhaahaha. memang aa korang x dek life macam,aku. 

benda dah lama, aku nak perah otak supaya ingat semula memang payah. so aku tulis apa yang aku tahu dan ingat je lah. well entry kali ini tentang majlis makan malam jdpi. which is aku lah pengarah die. sememangnya aku tak dek pengalaman sekecil hama pun, dalam bab-bab nak jadi pengarah ni seme, tapi atas niat nak tolong member ,aku pun ambik keputusan nak buat jugak dinner ni. walaupun masa tinggal sebulan. kengkonon nak challenge diri sendiri lah.. tabah ke tidak? heh.

selepas perjumpaan , dan keputusan di buat sebulat suara sebulat meja makan,sebulat muka aku, so kitaorang watlek watpis pilih tema black & gold. Hitam dengan emas. nak dijadikan citer, tempat yang kitaorang decide tu pun tema dia ala-ala kekuningan so macam ngam aahh. kalau korang tahu tempat ni kat mana, bagus ahh tapi aku nasihatkan korang cari tempat lain k, bukan apa dinner ni kan setahun sekali jew, alang-alang nak buat, buat la kat tempat yang gah sikek. 

sebab aku yakin, korang pun malas nak baca pajang-panjang, aku short cut je lah. gambar bawah : gambar doorgift dengan photobooth. doorgift aku nak jimat ,nak cut bajet so aku decide untuk tempah biskut rainbow dengan bagi button badge.

 1.Rainbow cookies , korang boleh je terjah instagram uolss, then cari : @tiptopcookies
aku tawakal je masa minta tolong lela order rainbow cookies, ye lah takut keras kejung makan kang, bersepai gigi, tak pun lembik lunyai ke, tapi alhamdulillah, masa testing sumpah sedap gila babeng, 
so kesimpulannya sedap aaa biskut kaler-kaler ni. titew suke sangot.

2. button badge : korang cari kat pasar seni, cari lah kedai yang paling murah sekali. hahahaha. 

3. photobooth-  nak jimat, aku serah pada yang pakar, lela yang buat dengan dia hangkut bebudak under ajk cenderahati, yang tak dek keje waktu itu, memang selamat kena push dengan lela.kehkeh. seme barang recycle beb. 






caption : tujuan dinner diadakan adalah untuk senior senior yang dah nak grad.haha babai



1. gambar yang aku paling menyampah adalah gambar aku yang kena bagi ucapan. benda paling aku tak suka buat. bagi ucapan atau lebih tepat lagi, kena hadap audien seyes, sapalah yang buat rules kalau jadi pengarah kena bagi ucapan bagai, haihhh . aku rasa tak nak datang malam itu pon ada jugak.. iya aa kalau aku bagi ucapan, kalau aku tak nangis, orang lain yang akan nangis. hahahahahaha . gambar membuktikan !  (x dak ahh. gambar ni tak ready lagi, photographer shoot pun agak-agak ahh,puan tak ready lagi kut. hihi)

2. dari awal ,aku pening nak buat dinner ni, aku tak dek orang lain yang support aku melainkan depa empat ni. yang ni aa boleh dikatakan yg amik tau pasal bajet tak cukup, yang salurkan pendapat dan juga bagi idea, tolong aku cari barang, deal dengan orang makanan, cari barang hadiah bagai, semua tu , aku kongsi rasa dengan depa. terima kasih berjuta-juta lemon, nanti aku kasi free lemon keyh. hihi


3. aku decide untuk bagi lecturer, makanan yang dihidangkan tapi malam itu teknikal problem so, semua aku kasi buffet senang citer, amiklah nak amik banyak mana pun, hampa nak tapau pon okeh whattt. pheww.makan free, sedap ke dak ka, hampa pulon bagi habis jugak nahh.

4. menu makan malam : nasi putih, tomyam , sayur campur, ikan, ayam, daging.. sebenaqnya macam macam jenih lagi  tapi aku dah lupa,serius aku lupaaaaaa. buah betik, tembikai, puding roti, ayaq sirap, bandung...





dah settle makan, persembahan, cabutan bertuah dan semua benda so apa lagi tunggu, bergambaq laaa semuanya.gambaq banyak tapi aku buh collage je lah, mau nak buh semua, macam kijam ja buat aku. heh alhamdulillah, semua orang  pon aku nampak happy ja even banyak gila problem yang datang baik dari sebelum majlis atau semasa majlis. nasihat aku, kalau nak buat dinner ke event ke, make sure ajk yang terlibat bagi full comitment, jangan ambik ajk yang so-so je . hahaha. lepas itu, make sure aa deal tempat makan/dewan yang betul-betul kondusif., buat testing food,pastu pastikan pa sistem mikrofon, semua dalam keadaan yang tiptop. bukan sat bole guna sat tak bole. haha. aku nasihat ni siapa-siapa yang jadi pengarah .ajk dinner , sebab end up kalau majlis banyak tak betul, teknikal problem memanjang, pengarah jugak yang malu.aher aher. takpe malu itu sifat yang mulia.ahahahaha.


bagi pihak , terima kasih juta-juta gula getah untuk team kat bawah ni sebab tanpa diorang takdek aaa dinner , tanpa diorang tak dek aaa banner kat belakang, sapa yang berkejar ke bangi nak ambik banner semata. hahaha. tak dek diorang, tak makan aaa kite, tak dek diorang sapa, nak decorate semua benda, haha. pokok bunga daun sekali, tanpa mereka siapalah aku.ehhh.mengarut sungguh!.Bila dha mengarut banyak snagat. itu tandanya entry dah tamat. k bai.





3 comments:

  1. Kerusi kat dalam dewan tu memang kuning itam atau korang yang request? tepat ngan temaaa betull lahhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ummu - memang camtu la kaler dia. hahaha ikot tema sangot. haha

      Delete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.