Jakarta : 2nd visit after 10 years?
Assalamualaikum!
18 hb feb hari itu, aku sempat ke jakarta dengan family dan family (kawan ayah) dan semua benda itu adalah last minute punya plan, setelah mendapati tiket ke jakarta agak murah, jadi kami semua pun ke sana dengan rasa gembira.ehe. gamble je lah. haha. (something yang aku suka. free and easy) tak suka kalau kena ikut tourist guide bagai, pestu kena pi tempat yang memberi keuntungan kepada mereka. ahaksss!
sampai airport soekarno hatta pun dah malam, so tak de apa pun yg boleh buat melainkan aktiviti tdo. ahahaha!
Di jakarta, kitaorang menginap di ibis mangga dua,jakarta. hotel yang dekat gila dengan pasar pagi- mangga dua (of course tempat shopping) tahniah la sbb ibu berjaya memberi cadangan bernas kpd ayah untuk stay hotel situ. ( cdgn dan agenda tertentu!) =p ibis ni juga best , sbb bila malam ada pasar malam dekat tepi-tepi jalan, so nak jamu mata, tengok org tempatan boleh la, tengok life diorang macam mana, lagipun, dekat nak cari barang/makanan/ dan area situ juga ada old java cafe- so kalau korang nak lepak ala-ala hipster cafe boleh la kot. kahkah
cuti kali ni, aku rasa orang paling happy ialah ibu. sebab lima hari empat malam dekat jakarta, 2 hari penuh- ibu shopping sakan! dari pagi sampai petang... dan malangnya aku bukanlah kaki shopping ,sbb aku jenis cepat pancit. so aku tukang angkat barang dan penasihat imej sajalah.
tempat shopping yang pertama :
disebabkan aku tak bawak dlsr, so i kenot take picture. phone iols phone cap ayam so kenot ahh.. ni gambar ehsan dari angah. dan malangnya time kitaorang pergi pasar pagi itu, mereka lagi imlek CNY. seme pakat cuti. so datang nganga je lah. memang free and easy sungguh! haha.
sebelum ke tempat shopping seterusnya, kitaorang pegi makan dekat garuda. kalau bab makan, aku suka laaaa. sbb jenis kaki makan. lagi kalau nasi dengan jenis lauk-lauk ni. diorang panggil nasi padang. aku rasa rata-rata orang dah tau cara nak makan nasi padang, tak payah pergi jakarta , dekat gombak area nak ke sungai pusu tu berlambak restoran nasi padang.
nasi padang : diorang akan letak banyak gila lauk pauk depan korang sampai korang tak tau nak makan yang mana satu. tapi korang kena pilih yang korang nak makan je lah, dan korang akan bayar mengikut apa yang korang bayar. itu saja. selamat menjamu selera~
cakap pasal makanan, indonesia banyak je tempat makan yang best best, cuma kena konfem kan yang makanan itu halal, kebiasaanya nasi padang memang halal. dan restauran yang menjual nasi padang yang bagi aku okey, nat rabu, #garuda. yang lain tak pasti. sebab sri bundo bagi aku rasa dia kureng siket. tapi as long as aku dapat makan nasi dan ayam pop, i'm okayyyy bebeh. =p
depan restauran garuda! jadi jugak. haha |
selepas menjamu selera,
credit : google |
dengan bantuan kwn kpd kwn ayah, pak wili dan mbak if, diorang bwk kami ke thamrin city. okay. thamrin city, bagi aku memang best untuk shopping! dari segi harga best- material dia memang terbaik dari segi kualiti! kalau korang datang jakarta, shopping dekat thamrin city pon dah keren banget. selamat pun selamat.tanah abang orang dah jarang pergi sebab faktor keselamatan. thamrin city,barang banyak untuk perempuan mostly baju-baju yg dah siap / jubah/ kebaya/ kain palembang/ pokoknya semua buat untuk mbak/ ibuk ibuk dan bunda aja ya...
selepas seharian shopping , kitaorang balik hotel dan rehattttttt selayaknya. sebab besoknya mahu ke bandung. ho yeahhh!
disebabkan pergi dua family, so bapak-bapak lagi siapin bas mini ini. hahaha. nak main lari-lari pon boleh dalam bas mini. sebab keselesaan itu penting, dari jakarta ke bandung mengambil masa selama tiga jam. ko bayangkan, tiga jam di sana tak sama dengan tiga jam disini, ( faktor jalan dan macet) tiga jam pergi dan tiga jam balik- memang lunyai la badan kejap. haha
aku duduk belakang ni naya. sekejap terangkat habis badan bila supir main redah je semua bonggol
time tuh aku rasa nak jerit " oi bawak la berhemah siket" haha
lagi 45 minit nak sampai bandung, supir berhenti di pertamina ( tempat isi minyak) so turun kejap, amik gambar. kekdahnya amik gambar dekat tempat isi minyak? sungguh tidak bermotif. haha. btw, thanks ayah sebab bawak kitaorang jenjalan,even tak lama tapi kitaornag really appreciate it!
tengok kepsyen : selalu hadir melayani. gittuhhh.
kalau sampai di bandung, haruslah ke pasar pagi bandung yang femes dengan maneka kain. kau cakap je nak lace ke, kerawang ke, apa ke, insya allah ko tak kecewa. semua pun cecantik! tapi seperti biasa, aku bukanlah kaki shopping tegar.so aku serahkan pada yang pakar iaitu ibu dan adik aku!. diorang memang nampak kagum dekat situ.bahahaha.
bandung lebih femes dengan kain ela- or orang panggil kain tak jahit lagi ke? entah aku pun tak reti sangat nak bagi nama. sebab aku jenis beli baju dah siap.rambang mata? of course ahh.. tapi memang cecantik ahh. ibu aku cari kain lace- style ibu adalah dia pegang satu jenis, dia pandang jenis lain, nampak tak bertapa rambangnya beliau disitu? bahaha. dekat sini juga, kalau nak beli telekung ,memang aku rekemen sangat lah. sebut je bajet kau banyak mana, mesti tokeh itu bagi yang the best! selalunya, orang nak kawen datang sini, sebab berbaloi-baloi. ahaha.
ibu pun sempat berpesan : " along, nanti kau nak kawen, kita cari barang dekat sini je ye." haaaa. gitu.
hobi aku adalah shopping telekung, ehe. so aku beli jenis candy merhana. kaler dia sweet gituhh. tak mahal- dlm 100 ribu rupiah. maybe dalam rm 30 kot.
dari tengah hari sampai la petang ,kitaorang dekat sini, dan sikit pun tak pernah lengang pasar pagi ni. orang sentiasa ramai. yang bestnya tak rasa macam dekat indonesia, sebab ko boleh jumpa malaysian punya la ramai, ala jalan dua tiga langkah,eh orang malaysia la,
dekat bandung ada foodcourt, incase lepas shopping baru terasa kebulur tapi ada satu restoran dekat luar pasar pagi, korang kena jalan sikit untuk ke #rumah makan ampera - makanan dekat situ lebih kepada goreng-goreng dan ulam-ulaman, tapi not bad la. paru goreng dia the best! hahaha.
next day, kitaorang ke pasar pagi mangga dua sekali lagi bagi menghabiskan rupiah yang ado. haha.eceh. tapi sekejap je lah- lepas tengah hari, kitaorang pergi DUFAN- anchol taman tema la untuk bebudak, kalau di singapore dulu ,aku pergi USS so lebih kurang la. tapi aku rasa USS lagi best kot. =p
oh sebenarnya bukan kitaorang tapi diorang kecuali aku dan angah je yang tak pergi disebabkan masalah teknikal. lols. lagi pun 10 tahun yang lalu, aku dan angah udah lewati anchol itu. aku rasa tak banyak berubah kot.
sbb bila tanya ayah :
"Ayah, yang buaian tinggi2 tepi pokok besar itu ada lagi tak?"
"Ada lagi la. " so memang tak berubah banyak la kan =p poyo je padahal sedeh juga sbb tak dpt pergi. ahahah!
malam terakhir, makan malam di sri bundo- gambar feveret sebab aku ada dalam gambaq. kahkah.
aku dengan angah tak makan sangat sebab gaduh nak order ayaq sirap tapi tak sure nak order ke tak. sebab dah terkena order fresh oren, tapi dpt yang memang fresh oren yang memang fresh yang rasa dia MASAM nak mam... haha
shopping dah, nasi padang pon dah pekena, kepala pon dah relax, hati pun dah tenang, jom balik. sem dah start. hoho.
satu-satunya gambar kenangan.
well, jakarta merupakan syurga shopping dan syurga makanan. tapi sebenarnya banyak tempat lain yang lebih menarik untuk di lawati cumanya di kesempatan ini, holiday pon bersama family, mesti lah buat cara holiday bersama family.
kalau aku, aku tak puas lagi di jakarta ni sebab aku jenis suka tengok scenery, tempat tarikan tugu or apa-apa je yang kita boleh faham sejarah /budaya masyarakat mereka, tapi sebab tak kesmapaian. maybe next time kot. aku backpacker. acah-acah. =p
hahahaha.
p/s: enrty ni tak boleh guide korang sangat pun, sebab tak banyak tempat pon yang pergi, tapi harap boleh la belajaq sesuatu. kehkeh. banyak gila typo. halal la nah. malaih nak edit. haha
No comments:
Thank you!