#Krabi |3H2M| Border Thai - Malaysia

Sunday, September 20, 2015



Jadi di sini, saya yang bernama syafiqah telah diberi tugas untuk mengemaskini atau bercerita apa yang terjadi lepas kami semua dah berambus dari emerald pool. Berbekalkan tenaga yang tak seberapa, kami berpatah balik ke pintu masuk meskipun bau peluh masing-masing boleh tahan cari gadoh. Lalu, kami pun menaiki kembali kereta vios yang mampu memuatkan manusia seramai 5 orang walaupun size kami semua boleh tahan seperti seekor dolphin.


Berbekalkan semangat kemerdekaan yang baru kita sambut pada 31 ogos tempoh hari, kami semua sanggup duduk dalam kereta tersebut selama sejam ke Krabi Bus Station. Dari dalam kereta lagi, lima manusia ini telah merancang strategi macam mana nak berebut seat selesa dalam van. Cukup lah trauma yang kami rasai semasa perjalanan pergi. Tulang yang bengkok pun mampu kembali tegak 90 darjah kalau hampa semua duduk seat belakang van tourist tersebut.




Dalam pukul 12 p.m lebih kurang waktu Thailand, kami sampai di Krabi Bus Station. Bayaq tiket apa semua, kami pun chill jalan ke van tersebut sebab kami semua yakin van tersebut masih kosong. Chill punya chill, celaka namatey bila pakcik van tu tetapkan seat kami  iaitu Masya auloh izinkan sis berzikir, kami semua dapat seat belakang lagi! Ini mungkin takdir yang telah ditetapkan Allah swt supaya kami semua belajar erti kesusahan semasa bermusafir. 


Rasa sedap ja time berjalan-jalan tak best jugak kan?. Kami masih lagi positif cakap, “takpa-takpa, kita tahan ja untuk 4 jam setengah ni”. Dugaan kembali bertaut kepada kami semua bila aircond van tak berfungsi. Bukan takat rasa panaih kat luaq badan, dalam hati pun boleh tahan panaih jugak. Ikotkan hati ni nak ja jerit cakap aircond van rosak, tapi gua ditampar reality sekarang gua kat Thailand maynnnn. Pakcik tu mana paham cakap utara. Mulut memang rasa nak mencarut, tapi berbekal iman yang tak berapa nak ada, gua teruskan tidur dalam keadaan beriman meskipun dah rasa mual, nak muntah semua. Tinggal tak terberanak ja. Hmm hambar. 

Lepas dua jam dalam perjalanan, pakcik driver berhenti di sebuah rnr yang menyajikan makanan yang tak halal. Sekali lagi kita diuji oleh Allah swt. Gua sempat grab teh ais saja. Tu pun tak pasti halal ka dak. Dah minum baru terasa nak taw benda tu halal ka dak. Nanti mesti orang cakap “ eee perempuan ni, patotlah perangai macam ni, selalu makan makanan  dari sumber yang syubhah!” suka hati la bitch. Hahaha.

Teh ais halal gaiss. 

Sebenaqnya kami semua bajet untuk sampai di Hadyai sebelum pukul 4.30 untuk kejaq train ke padang besaq. Tapi kami semua tak pasti last train ke Padang Besaq pukul berapa sebab trip kami ni trip aci redah. Tak boleh jalan ni, kami guna jalan lain. Nak dijadikan tragik lagi kisah perjalanan pulang kami pada hari terakhir ni, kami sampai di Hadyai pada waktu yang agak lewat dari perancangan. Pakcik van tu pulak buat perangai macam budak tadika bila dia tak berhentikan kami di train station Hadyai. Kami mula gelabah seperti kucing betina mahu mengawan ditambah pula dengan hujan renyai-renyai yang nak ke arah lebat. Situasi begini memaksa kami semua berfikir dengan lincah cemana nak sampai ke Train station. 


disinilah tuktuk menanti kehadiran sis farah dan sis pikah dengan berita dukacita train dah habehhhhhhhh!

Kemudian, disebabkan kegelabahan yang amat teruk, kegelabahan kami semua turut dirasai oleh seorang pakcik tuktuk . beliau mempelawa untuk menghantar kami ke Train station. Kena bayaq la walaupun dia pelawa. Takkan tu pun nak kena habaq. Hahaha. Banyak sungguh cabaran yang kami lalui harini sampai nak naik tuktuk pun ada cabaran. Time nak naik tuktuk tu pun kami semua boleh tersangkut kat bumbung sebab memasing bawak beg galaih besaq nak mampus. Hahaha.

Kami ingat perjalanan penuh liku-liku cabaran ini akan berakhir bila kami tiba di Train Station. Namun, itu semuanya angan-angan yang tak kesampaian. Syafiqah dan farah telah menerjah ke kaunter tiket, dannnnnnn! 

When is the last train to Padang Besar? 
“the last train is at 4 p.m”

masa tu dah pukul  5.30 p.m. Syafiqah tengok Farah, farah tengok syafiqah. Kami lalu mengambil kata putus untuk lari pecut ke tuktuk walaupun tak lah pecut mana. 

Pakcik tuktuk bagi cadangan untuk naik bas persiaran lalu kami pun setuju. Namun, tak sempat pakcik tuktuk nak tekan minyak untuk meneruskan perjalanan ke station bus hadyai, tuktuk kami telah dihentikan oleh beberapa manusia yang membuat bisnes prebet sapu. Orang-orang prebet sapu tu meyakinkan kami semua bahawa depa boleh hantaq kami semua sampai border Thailand seterusnya ke border Malaysia. Kami semua pun turun dari tuktuk dan berjalan masuk ke kedai prebet sapu tersebut. Kira punya kira, depa letak harga untuk satu kepala 300 baht. Jadi untuk lima orang 1500 baht. Masa tu, semua muka pucat sebab duit dah tak berapa nak ada, ada jugak yang dah tadak langsung duit siam. Selain itu, kami juga dah buat bajet untuk spent tiket balek dalam 130 baht sahaja untuk balek. Tadi masa kat emerald pool, semua beli makanan tak beringat time kecemasan begini haha.

Tiba-tiba pakcik tu kata boleh pakai duit Malaysia. Masya auloh, rasa macam nak buat sujud syukur tapi takdak wudhuk time tu.  Berkat kata sepakat semua orang, kami bersetuju untuk naik prebet sapu tersebut. Dia guna kereta Honda jazz. Sekali lagi kami take a deep breath bila tengok keta kecik tersebut. Dia tak nampak ka size kami semua ni cemana. Dalam kereta, abang tu pasang lagu siam dengan paras volume yang boleh cari gadoh. Kalau lagu best takpa, ni lagu macam panggil hantu. Masa abang tu drive, dia lalu sebatang jalan di mana persekitarannya amat menakutkan hati rapuh semua manusia. Ada uncle perut buncit dengan rantai besi sedang duduk di luar rumah, ada jalan mati. Omaigod omaigod. Masa ni,  pelbagai keadaan bermain di fikiran syafiqah, adakah kami bakal bermalam di hadyai, adakah kami bakal dipancung kepala, adakah organ badan kami bakal dirobek dan dijual?

Selepas perjalanan hampir sejam, pada pukul 7.30 p.m waktu Malaysia, kami berjaya menjejakkan kaki ke border Malaysia. Selepas melalui proses imigresen, kami terpaksa berjalan kaki dari border Thailand ke border Malaysia yang memakan jarak 700 meter. Alhamdulillah, semua selamat. 
Pengakhiran, trip kali ni agak mencabar sebab banyak jugak la benda yang tak dirancang terjadi. Masa ni la kita nak berlatih buat keputusan. Bila kita travel dengan kawan-kawan, satu benda nak nasihat, jangan gelabah. Yugais relax okay?tolong kawan kita cari penyelesaian. Jangan lagi tambah masalah.







berjalan penuh Sabr. janji sampaiborder Malaysia. haha


Travelbuddies yang Awesome. 


-------
Tulisan Asal : Sis Pikah.
Ihsan Gmabr : Semua sis-lah penat nak tulis satu satu.
Edit - Sis Tirah


dengan kegelabahan kami semua yang kena tinggai train, kena juga amik prebet sapu yang kencing kami, van yang tak berhenti dekat train station , hujan bagai, kami nak jugak sampai border Malaysia before 10 (sbb border tutup waktu tu) Sebabnya kejar kan sis Tirah flight pagi besoknya awal pagi. Kalau dak, stranded lagi kat mana-mana pon boleh ja. Cewah. Tapi bila pikiaq balik, border Thai nak sampai border Malaysia, tu boleh tahan jugak nah jauh dia. Tapi sebab visi dan misi , mampu kami redahi.kahkah. padahai cuak nak mati.

Maka tripbp ke Krabi tama disini. So kami sudahi, dengan 'bacalah blog kami untuk dapat kan info, yang baik ambik, yang tak baik tu, boleh tauk buang kot.' Jumpa lagi. Hahahaha! 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.