#Krabi | 3H2M | JHOTEL
Alhamdulillah.
Semester baru dah pun bermula. wuhuu dah final sem dah aku haha insya-Allah. Doakan lah bagi settle this semester dengan penuh bergaya.aha. So sebelum neoron-neuron aku membeku, dek kebizian semester ni, elok lah kiranya aku menulis sedikit sebanyak pengalaman, bajet, tips sewaktu ke Krabi beberapa minggu selepas kes bom di Bangkok. Walaupun ada parents sis-sis kental dah start " eh kau tak payah pegi la. bom kot." Memasing dengan nekadnya untuk redah juga. Iyalah dah booked hotel bagai, beli tiket flight dan sebagainya. hati pun dah eksaited.
Sedikit peringatan mesra : Entry ini berbentuk pengalaman aku sendiri yang subjektif. Bukanlah sesuatu yang berbentuk fakta yang tidak boleh ubah. *peace* so mana-mana kau rasa, eh kenapa blog lain macam ni, macam ni, so mesti lah tak smaa ye dak?
korang juga boleh #bpathirah dekat instagram, so korang boleh usha gambar plus caption untuk bagi panduan kepada sesiapa yang nak ke Krabi untuk 3 hari 2 malam. nothing interesting ponggg! haha
Tips dan persediaan.
Boleh dikatakan , persediaan penuh di lakukan oleh seorang farah. hahaha. *apresiasi entrykau* disebabkan sis-sis kental yang lain berada di dalam zon, kuliah tak habis lagi, internship pon belum settle. so berbaloi tau minta tolong seorang farah untuk dapatkan info tentang krabi. Syabasbetei. iloveyou farah.mihmih So semua berkaitan Krabi adalah daripada hasil risikan seorang farah. *muahciked* haha
cuma ditambah/kurang oleh sis-sis lain :
pikah
zek
edah
aku.
Disebabkan aku dari Kl. So aku decide datang sehari awal sebelum ke Krabi. Aku pilih untuk naik ETS. Tiket dari KL Sentral - Padang Besaq =Rm 80. (Aku beli tiket seminngu sebelum pergi, nasib ada tiket weih. hiho)
2 Sept 2015
Aku naik ETS jam 9.30 pagi di Kl Sentral. Sampai di Padang besaq lewat sejam. Sebab stranded dekat bukit mertajam. berdebaunye hati aku usah cerita la. Dekat setengah jam stranded. Lepas dah gerak semula, tetiba hangit la. haha. Tapi okaylah. pengalaman. Tak dek la aku serik ke apa. lepas ni aku memang akan pastikan ETS jadi pilihan aku. Hahaha. Tade benda yang aku boleh buat dalam train melainkan makan,baca novel,tdoq dan usha pemandangan dekat luaq. okay. Jam 4.40 petang aku sampai stesen padang besaq. Thankyou kepada seorang farah,pikah,fathiah dan kak hani.haha sebab tunggu aku dengan penuh sabr. wahaha! Dan nasib berlambak kengkwan dekat Perlis, so malam tu aku merempat dekat rumah pikah.wuuuu. Maceh pikah&family.
3 Sept 2015
Jam 10.15 naik train dari Arau ( train paling awal untuk ke Hadyai).Tiket train Arau ke Hadyai = Rm 13 . Stop dekat Padang Besar untuk cop imegresen dan isi arrival and departure card, sebelum terus ke Hadyai (40 minit) Di Hadyai, dengan bantuan pak cik mail, kitaorang ke Hadyai Transportation hub 2, untuk beli tiket mini bus ke Krabi town. Tiket ke Krabi town ( Di hantar sehingga ke hotel) = 330 Bath
Sepanjang perjalanan ke Krabi Town yang mengambil masa selama 4 jam 30 minit lebih kurang. Tidak ada aktiviti yang boleh dibuat kerana kedudukan seat yang sangat padat-sendat-dan maha mampat! duduk 90 darjah- tak bergerak. Kau rasa?
Dari Hadyai ke Krabi, minibus akan berhenti di Trang (ala-ala RNR kitalah), untuk rehat 15 minit. So dekat sini, aku makan pulut ayam : 25 Bath dan mineral water :12Bath =37 Bath. Dari Trang ke Krabi Town terus ke Ao Nang.Lebih kurang jam 5 petang, akhirnya kitaorang selamat sampai di J Hotel bersebelahan Ao Nang Smile Hotel, hew. J Hotel, memang awesome ahh bagi aku,sebab harga dia yang affordable+wifi+ dekat dengan kedai makan muslim + kedai tour + pantai Ao Nang. Di sebab kan kitaorang pergi 5 orang-so kitaorang ambik family room = 2600 Bath untuk dua malam. Bilik dia sumpah luas gila babeng. nak main zero point pon bole. ihiks
Hadyai Transportation hub 2 |
pulut ayam + air mineral yang aku tak sempat makan. bila makan dalam van- free-free aku kena marah dengan driver- terus kejung mulut aku dari meneruskan suapan. ciss. |
J Hotel sebelah kiri Aonang Smile Hotel ni jew.hiks
family room @Jhotel
lepas checked in, kitaorang rehatkan diri+ solat+ dan bersiap untuk keluar pulak. Tak kan datang bercuti nak tdoq pulak kan. so lepas solat maghrib, kitaorang keluar untuk cari makan dan survey harga island hoping. wuhuu! Di sebabkan Farah dah baca review manusia-manusia yang sudah ke Krabi,katanya kalau island hoping 1000 Bath pon dah okay, So makanya, Sebaik saja keluar dari Jhotel, ada kedai tour, depan jalan besar,tanya punya tanya, tawar punya tawar- dapatlah pakej 7 pulau+ 2 snorkelling+ lunch di Phi Phi island- 1000 Bath. (Tapi aku percaya kalau korang jenis yang pandai tawar nak mampss,mungkin boleh dapat harga yang lebih murah kot.)
muka-serius-gileh |
nampak macam sedap tapi tak. tapi alhamdulilah. |
Malam itu, free je lah waktu. jalan-jalan sekitar Ao nang beach tu pon okay. release stress. kononnnn. haha! Ao Nang Beach ni ada ala-ala Bali, area pantai Kuta tapi Kuta lagi meriah dari Ao Nang aku rasa hmm. well itu je kot untuk first enrty nih. mihmih!
Next entry, pasal island hoping & Ao Nang Night Market. featuring seorang farah dan seorang pikah. Hahaha!
okay bai. esok kuliah.
cepat lah sis abeskan entry krabi ni!kehkehkeh
ReplyDeleteHmm, siapakah gerangan nya ini? #siscuba hahaha
DeleteOoooo sis........ belnja vacation skaliiii
ReplyDeleteSis bukan kerja cop duet. harap maklongg. haha
DeleteHai. Saya nak tanya. Boleh tak stay utk 3 orang per room kat j hotel tu? Or kena max 2 person per room?
ReplyDeleteHai. Setahu saya, ia bergantung kpd bilik. Kalau amik bilik utk 2 org, masih boleh stay utk 3 org.
DeleteHai. Saya nak tanya. Boleh tak stay utk 3 orang per room kat j hotel tu? Or kena max 2 person per room?
ReplyDelete