#Idea : Bilik Tidur Simple + Bookshelves

Saturday, June 25, 2016
       

Assalamualaikum & hai! ðŸ’•

Beberapa hari yang lepas, bila aku bangun je dari tidur aku tetiba terfikir nak share pasal idea nak deco bilik tidur untuk si penggemar buku dan pengumpul buku. hahahaha! tetiba sangat nih. So gais, semoga kalian dapat idea dari perkongsian aku okeng?

okeng lah :)




(Gambar di atas di petik dari @pinterest. )

Pinterest ni merupakan medium yang paling best la bagi aku, untuk usha apa-apa saja berkenaan decorations/ diy dan macam -macam lah. sebab idea yang dia bagi tu fresh gileh. 



Okaylah bebel panjang pun tak guna. 
marilah kita mulakan... 

---


Sebelum bilik aku menjadi, bilik aku sekarang, bilik aku dahulu sedikit sempit yang mana muat untuk single bed, satu almari baju, dan meja solek ( bukan penuh dgn make up stuff pun tapi penuh dgn buku dan juga novel).tapi alhamdulillah aku okay je.

sampailah

hujung tahun lepas, bilik aku di besarkan. walaupun ia tidaklah seluas mana tapi cukuplah untuk aku abadikan kesemua buku dan novel yang aku sayang.

so, entry kali ini, aku nak share berkenaan deco bilik yang mana ruang dia tak besar sangat tak sempit sangat tapi dalam bilik mesti ada bookshelves! untuk si penggemar buku mesti suka gile kan bilik yang lengkap dengan rak buku. atau ada yang tak suka? 

terpulang lah. perkiraan masing-masing. 

Tapi aku lebih suka ada rakbuku di dalam bilik, so buku dan novel aku terpelihara dari gangguan gangguan yang tidak bererikemanusiaan. wahahah!. Okay. Mungkin aku bukan orang yang sesuai nak berkongsi tentang bilik dan decoration dan lain-lain tapi hmm.

aku nak share jugak! jyeahhh!hahaha.


  bismillah...

dengan sedikit pembacaan dan pemerhatian menerusi blog,  +Pinterest ,  alhamdulillah aku dapat idea untuk hias bilik secara minima. tak terlalu penuh dengan hiasan,sebab, aku suka yang simple simple  dan aku pulak bukan jenis yang kreatif kan. so, so- so je lah.

Untuk warna bilik, aku  decide untuk letak dua colour, light green dan juga cream. tapi kalau dah namanya cat, kau tak boleh assume warna yang ada dalam katalog sama dengan warna cat bila dia dah siap tercat dekat dinding.

 entah eh.

 dia cam, kalau kau beli baju ke tudung ke melalui online, selalunya penjual online letak caption :

                  "Actual colour might be slightly different due to
 lighting and different screen settings bla bla & bla." -_-





1. Rak-Buku-Pasang- Siap. 

Kelebihan nya, adalah, kau tak perlu ubah dah. Biar je dekat situ. (aku sejenis yang malas. haha)
Kelemahannya, adalah kau akan rasa sedikit boring sebab dia tak dapat diubah. Tapi aku bagi idea, untuk korang cantik kan dengan letak apa-apa sahaja hiasan. Terpulang lah pada korang. Setakat ni aku tak rasa boring lagi, so aku biar macam itu je lah.


2. Canvas Prints 

Perasan atau tak canvas prints yang berquote "Be Your Own Happiness" dekat belakang aku tu? Okay aku dapat idea untuk letak canvas dari Ig shop. Haha tapi aku takmampu lah nak beli kat ig shop, pasal harga dia boleh tahan. Dan kalau aku tak silap aku beli dekat Kaison. harga dia depends on design , quotes , size dan lain-lain.

aku terfikir untuk tukar canvas prints yang lain, cuma tengah fikir apa yang best. hmm okay nanti aku sambung fikir lain.

3. Gambar Polaroid

Perasan tak dekat tepi rak buku warna putih itu, ada gambar polaroid?

Perasan?
Bagus. Gambar Polaroid itu acah-acah je. Aku (diy) je. Guna Glossy paper untuk print gambar yang terpilih. potong dan tampal. Siap. haha.

4 Meja Belajar

Untuk meja belajar pulak. (yang berselerak kat tepi tu) Yang ada sekarang adalah meja yang aku pinjam dari family aku untuk buat makan-makan, letak lauk pauk masa kenduri tuh kahkah. Sebab aku rembat meja tersebut, adalah meja itu bersaiz besar, senang aku nak buat kerja menulis, baca buku dan #bookphotography. luls.

dan aku baru terfikir untuk tukar meja tersebut dengan table pliante dari ikea atau memana je lah. untuk kecilkan sikit meja belajar tu dan boleh jimatkan ruang,  supaya bila aku nak menulis je aku pakai meja, dan kalau aku tak nak aku tutup. tapi tengok ah cane. bajet tahun depan la pulak kot. hmm

5. Khat Kufi 

Masa aku hias bilik ni, khat kufi adalah trend terkini untuk ruangan bilik. so aku decide untuk dapatkan satu. Ayat qursi khat kufi ni aku beli dari kedai khat la kan, tak kan kedai tayar pulak. aku beli dekat area sentul, kalau tak silap. Harga dia aku tak ingat tapi aku rasa affordable lah.

Khat kufi ini satu trend yang lebih fresh untuk ruangan bilik tak kira umur. Gabungan frame yang moden  dan colour tulisan tu buatkan kita rasa seronok nak tengok. dan baca.

6.  Wardrobe

Aku tak dek gambar wardrobe. Pasal wardrobe aku biasa je. Macam aku kata tadi, ruang bilik aku adalah terhad. So wardrobe aku jenis pasang siap dan tak boleh ubah. haha. Kedudukan wardrobe aku adalah di depan katil. Nampak aku pandang apa? Aku pandang cermin wardrobe. Haha.




final result seperti di bawah : 

gambar blur tapi boleh la eh. yang penting idea. kalau korang nak lagi yang best, korang usha je pinterest. okeng? 

sebenaqnya aku prefer single bed utk dptkan ruang yang lebih luas supaya aku dpaat  buat lompat bintang. kahkah. 

me : ibu, kasi katil single je lah. 
ibu: beli besaq terus. senang nanti, hang nak kawen. tak payah beli dah. 
me: -_- *penjimatan




hmm okay itu ja.

untuk kalian yang membaca entry kali ini, aku harap korang dapatlah idea utk decorate bilik korang okeng?

okeng ?
okeng?

okenggggg lahh!

sumpah annoying!Happy ramadhan gais :)

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.