Review Travelog : Namastee India, Siti Noridah Ab. Rahaman

Saturday, August 27, 2016





Aku baru saja selesai membaca Nasmastee India, sebuah travelog yang di tulis oleh seorang wanita berani dan kental, Siti Noridah Ab. Rahaman, atau pun aku sendiri memangil dengan panggilan Kak Et. Yeay!Sebagai permulaan, travelog ini diterbitkan oleh kak ET sendiri, dengan harga RM 25.00 / RM 28.00. Dan travelog mengandungi 184 muka surat. 

"Travelog ini mengisahkan tentang pengorbanan Siti Noridah Ab. Rahaman di India pada tahun 2014 dan 2015. Mengembara di India telah mengajar beliau banyak perkara tentang kehidupan secara umumnya. Malah Sepanjang tempoh pengembaraan solonya di sana, belia sering diuji
ketahanannya dari segi mental dan juga fizikal. Sebenarnya, bukan perkara yang mudah untuk mengembara seorang diri sebagai seorang wanita di India.

Beliau yang sememangnya gemarkan pengembaraanpenuh cabaran telah menjelajah ke daerah yang berhampiran dengan sempadan Tibet yang memerlukan permit khas untuk ke sana. Keunikan budaya, adat resam dan sejarah di India juga adalah sesuatu yang tidak kurang hebatnya..."


---

Aku mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan travelog kak et kali ini. Mungkin disebabkan penulisan yang agak mendatar. Tapi itu bukan satu masalah besar kerana yang aku mahu kan adalah pengalaman beliau yang travel secara solo ke india. dan beliau itu wnaita. Itu paling penting.

Kali ini aku mengikuti perjalanan kak et di India ini  dengan suatu perasaan yang sedikit berbeza. Kalau dulu membaca kembara afghanistan, dari awal hingga akhir, perasaan berdebar-debar, takut, gementar, rasa ingin tahu kuat mendatangi aku. Tapi kali ini, aku bisa tenang menikmati jalan perjalannya.

Terlalu banyak negeri ( aku tak pasti term yang paling sesuai)  yang di lawati oleh kak Et di India sehingga aku sendiri keliru untuk membeza kan antara satu sama lain. Tapi cukup untuk mendedahkan aku, sedikit sebanyak mengenai, satu-satu daerah,  local behaviour, makanan tradisi, dan banyak lagi.

---

Terkadang aku menggeleng kepala apabila membaca insiden-insiden yang berlaku kepada kak Et sepanjang pengembaraan beliau, antaranya yang aku ingat ialah, tambang auto-rishka yang tidak masuk akal, dan hampir tertipu dengan local " jadual kereta api lewat 10 jam'!

dan sepanjang pembacaan juga, aku paling tertarik dengan Jaisalmer kerana aktiviti 'camel safari' selama 2 hari 1 malam  yang aku kira kalau dapat melakukan aktviti tersebut, pasti menarik! Dan juga aku sukan Jaipur yang memiliki Amber fort yang terkenal dengaan keseniannya.

---

Walaupun agak mustahil untuk aku backpackers ke sana dalam masa beberapa tahun ini, aku fikir tiada salahnya untuk terus bercita-cita. haha. Insya-Allah, suatu hari nanti. Aku akan sampai India.

"Hidup Tanpa Cabaran, Bukan Hidup Namanya..." - et


p/s: Bagi sesiapa yang belum membacanya, mohon dapatkan di bookstore berhampiran! :) 

11.55 Malam,
27 Ogos 2016, Kuala Lumpur. 




No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.