Jogjakarta : Aktiviti Jeep Merapi yang best gila!

Sunday, September 11, 2016


Rancangan asalnya, aku berniat untuk explore dan survive sendiri ke tempat-tempat yang dah di listkan dengan menggunakan public transport seperti bas. Seperti hari pertama. Tapi bila memikirkan ketepatan masa public transport, kondisi trafik dan juga risiko
untuk aku sesat (haha), sayang pula kalau aku sesat tak sempat nak pergi tempat seharusnya aku pergi. sudah lah datang empat hari saja kan, makanya aku mengambil perkhidmatan supir yang di rekemen kan oleh dibot. (member usim yang dah ke Jogja dua bula lepas)

Aku deal dengan mas Eco tentang bayaran transportasi. Untuk dua hari perjalanan, bermula jam 6 pagi hingga 8 malam, harganya 1 Juta IDR. Kalau bertiga, seorang akan bayar, 334 000 IDR.  Aku rasa dah cukup murah.

--

Hari kedua, jam 6 pagi, supir (Mas Agung) ambil kami dan gerak ke Merapi. Dari Edu Hostel ke Merapi mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan tu, aku tak tidur. kahkah. Tapi seronok tengok kiri kanan yang ada macam-macam pemandangan kampung.

Tiba di main stop Merapi, akan jumpa beberapa kedai yang menawarkan perkhidmatan jeep ke merapi. Jadi aku boleh suggestkan kedai yang didalam gambar ini. Jeep pula berpakej. Pakej termasuk supir, penerangan tentang Merapi dan juga beberapa check point. Semakin banyak check point, semakin mahal.

Pakej A = 350 000 IDR
Pakej B = 450 000 IDR
Pakej C = 550 000 IDR

Jadi aku pilih Pakej A je sudah. Walaupun pakej C nampak menarik dan lebih mencabar, sebab kena redah air bagai. Tapi memandangkan bajet aku memang 350 000 IDR/ jeep, jd seorg akan keluarkan belanja117 000 IDR. Yang penting pengalaman dan pengetahuan tentang Merapi itu sampai pada kita.


Dan kalau korang boleh request supir, cari lah supir nama Mas Bege. Mas Bege dalam gambar, yang bertopi merah. Kenapa aku suka mas Bege sebagai supir?

1. Dia memang local yang tidak berkira. Dalam perjalanan ke merapi, Kalau kau nak dia drive lagi mencabar, kau cakap je. Jalan ke Merapi itu tak lurus. Kita guna bekas jalan Lava merapi.
2. Penerangan dia buat mudah dan jelas. Apa saja yang kita tanya, dia akan jawab.
3. Dia seorang photographer yang bagus. Kalau korang datang sorang, tak jadi hal, sebab gambar yang dia ambil ada value.

 gambar selepas turun dari merapi. Naik dan turun Merapi, ambik masa 1 jam setengah.


Geduk geduk doh jalan diaaaa. Haha. 



Checkpoint 1, Omahku Memoriku 

Mengikut Mas Bege, 26 Oktober 2010, letupan yang pertama menyebabkan kematian seramai 39 orang. dan paling teruk pada 5 November 2010. Letupan dari puncak ke lereng sepanjang 17 km.
selepas dua minggu, baru boleh tengok mangsa mangsa keadaan. Letupan kedua menyebabkan kematian seratus orang lebih. Rumah ini  mempunyai kesan atau tinggalan dari letusan Merapi.

Dan kalau kita baca di internet, ada yang menjaga Merapi ini yang bernama mbah Maridjan. Kalau ikut kata Mas Bege, sebelum letusan 2010 yang teruk, ada pihak yang mengeluarkan amaran supaya local berpindah ke tempat yang lebih selamat, tapi Mbah Maridjan menolak. Dan akhirnya, menjadi mangsa letusan.

Boleh baca : Mbah Maridjan




Mas Bege sedang memberikan penerangan kepada Zek. 



Checkpoint 2, Batu Alien. 


Sebenarnya, Batu alien ini nama asalnya batu alian. Alian itu dalam bahasa Jawab bawa maksud dia berpindah. Semasa letusan Merapi  2010, Batu tersebut jatuh dari puncak ke kawasan ini, jadi namanya batu alian. Dan nak dijadikan cerita juga, sebelah batu itu ada menyerupai wajah orang, so diorang tukar alian kepada alien. Kalau kita tengok batu tu saja saja memang tak nampak. Tapi kalau kita teliti dari mata sampai ke mulut, memang sebelah batu itu menyerupai muka orang. 






Best view untuk dapat kan Merapi 

(sebenarnya, masa naik jeep merapi ini aku macam cuak juga. sebab sehari sebelum sampai Jogja, aku ada baca dekat internet, yang 2105 dan 2016 adalah tahun untuk berlakunya letusan. Tapi alhamdulillah. semuanya selamat :)


checkpoint 3, 4 KM dari Puncak. 

Checkpoint ini memang wajib sebab kalau nak ambil gambar background merapi. Dekat sini paling cun sekali. 




Checkpoint 5, Bunker Kaliadem. 






bunker itu, Ruang bawak tanah yang sejuk. Tempat untuk local dari panasnya lahar. Sebelum 2010, setiap kali letusan, kalau masuk dalam bunker ini , masih selamat tapi letusan pada 2010 yang paling teruk, 

mengikut mas Bege, tahun 2010, ada dua sukarelawan yang masuk kedalam bunker tersebut untuk selamatkan diri tapi tetap terkena lahar seperti (ruangan oven) 

masa Mas Bege cerita itu, perkataan Allah je yang terkeluar dari mulut masing-masing. 

perasaan yang timbul itu bercampur baur. sedih, takut, kasihan,aku tak tahu, tapi cuba bayangkan macam mana dua sukarelawan  yang berusaha untuk cuba selamatkan diri, masuk dalam bunker tersebut tapi tak dapat. Sudahnya mayat dua orang sukarelawan di jumpa di dalam bilik air, dan juga penjuru bunker. Seingat aku, 2 orang sukarelawan itu muslim. 


beberapa cerita yang boleh di baca : Suara Tangisan dari bunker 
                                                         : bukti kebesaran ilahi 
                                                         : 6 Kejadian Penuh Misteri 






Selain menikmati keindahan semula jadi, batu batu yang jatuh dari puncak, pasir putih, view yang menghijau, jalan-jalan yang geduk geduk, sepanjang perjalanan jeep Merapi ni, banyak ibrah yang aku dapat. setiap moment akan tersimpan rapi dalam ingatan aku sendiri. Jadikan pedoman, panduan. Menginsafi. Tak sia-sia aku datang sini, walaupun orang kata kalau setakat nak tahu cerita, baca dekat internet pun boleh tapi serius, baca saja tanpa melihat tempat kejadian depan mata tu sangat berbeza.

Yang pasti setiap kejadian yang berlaku itu, di iringi dengan pelbagai hikmah. Menurut Mas Bege, selepas letusan 2010 yang teruk, lereng lereng gunung dan sekitarnya makin subur dan akhirnya menjadi tempat untuk local mencari rezeki. 

Sampai ke hari ini pun, local bekerja, lori bawa pasir-pasir untuk di jadikan bahan binaan masih berjalan. Merapi di jadikan tempat wisata. Dan lereng-lereng gunung itu subur dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan. 

--


"Kau tidak melihat sekali-kali pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah, sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?" (Surah Al-Mulk, ayat 3)






No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.