Review Novel : Edelweiss, Amany

Wednesday, August 15, 2018

"I've been waiting for him for three years, Dona. I keep on hoping that one day he'll find me and realise that I'm no longer there. But he did not..."




"One day, 
you're going to miss the little text messages I give you. You're going to miss how I use to worry about you when you're out too late. You're going to miss my annoyingness
.
One day, when I'm gone, 
You're going to miss how you actually had someone that actually wanted to you. And when I'm not there, you're going to miss me
.
I hope one day you'll realise that I'm no longer there."
.
#bookreview | Edelweiss antara novel yang aku nanti-nantikan supaya aku boleh baca waktu cuti semester. Aku excited nak tahu the whole story bila aku dah baca beberapa bab awal di wattpad zis Amany. Aku punya layan baca pasal thaqif dan ijah ni siap baca sambil dengar lagu dari sam smith la yang stay with me tu. Layan betul. feel habis. haha
.
Siapa yang pernah baca kisah Banie dan Isyraf, Ahnaf dan Dona mesti tak nak rasa ketinggalan untuk menyelusuri kisah cinta Ijah dan thaqif pula! Kalau kisah Banie dan Isyraf lebih kepada lawak, kisah ahnaf dan Dona dia haru sikit tapi kisah thaqif dan Ijah ni lebih beremosi, lebih konflik, melankolik
.
Plot edelweiss ni ada sikit berbeza walaupun tak lari dari tema yang selalu di gunakan oleh penulis. Cara penulis pilih konflik yang penting-penting yang perlu di highlightkan itu yang aku rasa bagi bonus pada edelweiss. Cuma aku rasa kisah thaqif dan ijah ni boleh dihadam dengan santai walaupun dia lebih beremosi tapi tak la sampai serabut
.
Dari segi watak dan perwatakan, Ijah dan thaqif, bagi aku tak nampak banyak perbezaan dengan watak-watak yang diketengahkan sebelum ni. Nampak sama dan sedikit mendatar. Tapi kalau aku boleh kongsikan watak sampingan iaitu Mel, ex- girlfriend Thaqif. Aku suka garapan untuk watak Mel. Ada kelas tersendiri. Di lihat sebagai satu watak antagonis pada awalnya, tapi perkembangan watak Mel jd sebaliknya. Positive. Dengan cara berhemah dia bila dia jumpa Ijah untuk settle everything antara mereka bertiga. Sangat firm dengan keputusan utk move on❤️
.
Overall aku suka kisah thaqif dan ijah ni. sweet sweet sejahtera aku panggil. haha 🌻 menepati expectation aku :')

Tajuk: Edelweiss
Penulis: Amany 
Penerbitan: Teratak Kasih 
Harga: Rm28  (SM/SS)
Mss: 414 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.