Review Buku: Miss Amerikano, Rin Ahmad


" Life is hard in different ways and we just need to be happy with so little."



Sejujurnya, bila aku dapat parcel dan tengok fizikal Miss Amerikano ni, aku sedikit kecewa? Sebab, ketebalannya sedikit nipis dari novel-novel Rin Ahmad yang lepas.Tapi. Bila dah selesai baca semalaman, kecewa itu digantikan dengan perasaan yang sukar dimengertikan. Lebih kepada wow, mind-blowing! Kalau pernah baca Love Lila, Juhd dan team yang memanipulasi teknologi, Juhd dan vCJD, aku rasa korang akan suka Miss Amerikano. Aku boleh katakan, Level up! Boleh dikatakan, dalam banyak koleksi Rin Ahmad yang aku ada, Miss Amerikano ni a bit complicated tapi dah menjuarai carta ehe Tidak dapat menolak sekali lagi naskhah Rin Ahmad tidak mengecewakan!

Kulit buku saja sudah menterjemahkan secara tidak langsung sisi-sisi watak utama yang ingin ditonjolkan. Ceritanya tidak straight forward, dan kali ini Rin Ahmad mengajak pembaca untuk lebih kritis sepanjang menghayati konflik antara Hana dan TETAA.


You either want something or you don't
You either love someone or you don't 

Aku suka dengan dominan dan firmnya TETAA untuk setiap keputusan yang dia buat, dan aku suka dengan keberanian, optimistik dan fleksibelnya Hana Raisa dalam memastikan apa yang dia mahu dia akan dapat, kedua-duanya tahu apa yang mereka perlu buat untuk saling melengkapi. Aku suka dengan garapan dan olahan penulis terhadap perkembangan watak dan juga dialognya- perkembangan watak-watak lain, Hannah & Tan Sri Abdul Hadi. Pada aku watak Tan Sri Abdul Hadi juga memainkan peranan besar dalam Miss Amerikano

Lebih menarik lagi, cerita ini berlatarbelakangkan Vegas-Malaysia-Singapura-Prague dan Timeline cerita ini bergerak seiring dengan kekuatan dan kematangan jalan cerita, dan konflik yang diketengahkan oleh Rin Ahmad iaitu family dinamics, relationship & marriage, isu politik dan pembuatan senjata api yang melibatkan Malaysia-Singapura & Prague & rejuvenisasi spiritual

Gaya penulisan yang matang, penggunaan unsur suspens dan flashback dalam Miss Amerikano yang kemas meninggalkan tanda tanya sehingga beberapa kali tebakan terhadap apa yang akan berlaku jarang mengena, emosi aku turut libang libu dalam menantikan jawapan kepada tanda tanya, apabila nak tahu tapi tak sanggup nak habiskan sebab jalan ceritanya yang sangat menarik ! Cukup rencah, penuh dengan mesej kehidupan dan ilmu-ilmu baru. plus, aku tak rasa research yang dibuat oleh penulis tentang isu pembuatan senjata api kali ini sesuatu yang mudah tetapi tetap mampu menjadikan fiksi Miss Amerikano padat, sangat bermanfaat dan bernyawa!

Tahniah Rin Ahmad untuk novel yang ke-9! Semoga terus menghasilkan karya yang berkualiti. 💕 Korang boleh dapatkan naskhah Rin Ahmad di karangkraf mall!   

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.