Review Buku: Dia Tetap Sempurna, Anjell
Aku boleh cakap yang Dia Tetap Sempurna ini menghiburkan aku since aku pun dah lama tak baca fiction. ehe. jadi bila dapat baca novel dari Anjell, aku memang rasa teruja sebab jarang-jarang sekali buku Anjell tidak meninggalkan rasa berbunga-bunga di hati.
Aku boleh katakan yang aku enjoy dengan novel kali ini. Kisah Es & Dara ini melibatkan dinamik kekeluargaan & percintaan. Dialog menghiburkan aku, scene demi scene mengagumkan aku terutama sekali waktu diatas cruise, & konflik antara keluarga juga membuatkan cerita ini mempunyai emosi & kesinambungan antara bab memang tak payah cakap, kita akan ralit.
Cuma, aku kurang berpuas hati dengan konflik ketidaksemupanaan Es tu. Ia nampak seperti terlalu lambat untuk muncul & terlalu cepat untuk diselesaikan. Mungkin, mesej penulis untuk menyatakan bahawa sesiapa yang berada di tempat Es boleh berubah. Betul. Cuma aku khuatir ya adik-adik yang membaca, sesiapa yang mempunyai ketidaksempurnaan seperti Es, ia memerlukan masa yang agak lama untuk berubah & selagi kita boleh elak (ia dipersilakan elak). Aku pasti, cerita ini di garap bukan untuk diromantiskan.
dan Dara sebagai isteri, merupakan isteri yang matang dan mempunyai hikmah dalam memberi sokongan kepada Es. Ini scene yang harus dipuji. Overall, aku suka ja membaca Dia Tetap Sempurna kecuali ketidaksemurnaan Es. Itu saja.
No comments:
Thank you!