Banner sebagai pembakar semangat boleh ?

Thursday, March 22, 2012
Assalamualaikum :)

Isnin yang baru lepas beberapa hari,aku ke smkap .Ada hal . Around 12 ,aku terpacak kat luar untuk balik ke rumah semula. dan aku sangat terkejut . Pheww! ada banner stpm dowh ! 
mau tak  terkejut.Itupun sebab member aku bagitahu.Masa aku masuk pagi tadi tak perasan pulak.Adeh ! aku memang tidak peka.

Ingatan berlalu seketika (caption dibwah aku letak dalam facebook) :

Bila tengok muka dan nama akak akak senior yang terpampang di banner suatu ketika dahulu.Tahun 2010.

-Pernah cakap dengan Syafiqah Najib my bestfriend ,Nanti result 2012 akan ada muka dan nama kita .

2012-Berjaya menempatkan nama di atas banner yang ditempah khas oleh pihak smkap dan pibg.Alhamdulillah. 

Walaupun terpaksa menghadapi anggapan yang tersangatlaaa negatif tentang form six.
Tetap nekad untuk berjaya.

Kejayaan akan datang kalau dalaman kita kuat.AdikAdik yang amik STPM tahun 2012.
All the best :)

Bukan untuk bermegah-megah tapi sebagai pembakar semangat buat adik adik stpm 2012

Banner stpm .
Akhirnya ape yg pernah menjadi impian kecil ku .Tercapai jugak.
sebak.sobss sosbss

Masa aku nak balik tu ,aku tenung lama banner ni.Sampai ada rasa nak menangis.Sebak.
Sampai ada yang lalu lalang area jalan sekolah aku pon buat muka pelik sbb tgk aku terpacak depan banner .Mcam ada sesuatu yang menarik. Padahal hanya terbentang banner yang terukir nama pelajar cemerlang dan pointer.Bagi orang yang lalu lalang empat puluh lima kali depan sekolah aku yang tak mengalami memang akan memandang banner ni penuh dengan rasa kekosongan.Macam pandang kertas lukisan yang putih tu.Kosong !

Mesti ada orang tanya,ada apa dengan banner ? Sampai rasa nak sebak bagai.
Yaaa.Ramai orang tanya.Apedehal dowh nak sebak bagai banner je pon. Itu orang yang tak mengalami pengalaman bergelar pelajar tingkatan ENAM. Kalau nak tahu best ke tak pelajar tingkatan enam .Klik here -> Stpm tak mudah dan tak sukar Aku rasa dah sampai masanya,
Orang buka mata besar-besar dan ubah persepsi tentang tingkatan enam.Hmm, ada unsur unsur nak promote tingkatan enam.Memang ponnnn.HAHA.

Banner tu sebenarnya mengingatkan aku tentang impian kecil aku bersama best friend aku (pikah)suatu ketika dahulu ketika tahun 2010.Dan kalau nak lebih detail lagi 10 Mei 2010.
First time jejak tanah untuk daftar tingkatan enam dan kebetulan.Ada banner senior aku yang dapat result cemerlang.So terpampang la muka muka mereka.Makanya. Aku dan bestfriend aku ni pernah duduk depan banner senior kami dan buat azam sendiri.Walaupun bukan la matlamat sebenar dalam mencapai kejayaan .Tapi ia boleh menjadi pembakar semangat buat kita.

" Result 2012 ,nanti ada muka kita berdua ." Tanam azam dan semangat sungguh sungguh.

*********

Dan akhirnya,Alhamdulillah.Allah kabulkan permintaan kecil hambanya ini.Buat sujud syukur sekali lagi.Tapi aku tak pasti kenapa aku menangis teresak esak.Sedangkan time dapat result hari tu aku nangis juga tapi tak dek la macam tengok banner ni.Saat ini , aku terfikir .
Ya Allah,Allah mendengar semua doa hambanya.
Beruntunglah hambanya yang sentiasa berdoa.
Allah Maha Mendengar dan Maha Memahami dan Maha mengetahui.

Honestly,bila pengalaman datang setiap saat aku semakin yakin dengan kata kata

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya..
 :)

Tapi aku tak pernah lupa.Setiap kurniaan atau kejayaan yang diberikan-Nya juga merupakan ujian buat kita.Yaaa!Aku sentiasa ingat.INsya-Allah.Harus sentiasa beristighfar saat manusia memuji kita.Sentiasa berdoa supaya jauhkan diri kita  dari segala godaan syaitan yang akan menyebabkan kita riak,sombong takkabur dan sifat negatif yang lain.Nauzubillahiminzalik.
Aku mengharapkan kejayaan kecil ni sebagai permulaan untuk aku meneruskan misi menggali ilmu di peringkat seterusnya.

2 comments:

  1. likelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelike !

    ReplyDelete
  2. #NadyaHyun92 : peneraju like ! hikhik

    ReplyDelete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.