Cinta Dari jauh 5

Tuesday, March 27, 2012
Baju Melayu Johor berwarna turquoise itu dipadankan dengan slack hitam beserta samping songket.Songkok tinggi ditepuk berkali-kali supaya habuk dinyahkan.Tali Canon 550 D di kalungkan kelehernya.Haidi Audahal menuju ke arah meja beradab.Gambar abang dan kakak iparnya disnap.Banyak kali.Aksi-aksi yang lucu,tersipu dan macam -macam lagi.Candid Semua ada.Kakak iparnya,Kak Melly masih nampak malu-malu.Tidak seperti abangnya yang lepas laku.


Kemudian,Haidi ke khemah yang menempatkan ramai tetamu.Gambar diambil dari pelbagai sudut.Seketika kemudian,dia bersandar di tiang khemah.Melepaskan lelah seketika.Panas.Kelihatan kak Min sedang sibuk melayan tetamu.Papa dan mummynya turut sibuk dengan tetamu yang datang yang terdiri dari kenalan dekat mahupun yang jauh.Berjabat tangan.Berikan senyuman.Intipati untuk hari ni.


Tangannya ligat menekan punat-punat kecil pada kamera tersebut.Melihat beberapa gambar yang telah di snap.Ada yang terpaksa di delete kerana kabur dan tidak jelas dan ada yang dismpan.Ni la masalah orang yang jadi cameraman.Gambar sendiri dah sah sah tak de.Gumam Haidi sendiri.Leka dengan gambar-gambar tersebut tiba-tiba,


Beep beep. Terasa poket seluarnya bergegar.Lekas tangannya membawa keluar telefon bimbitnya.Imej envelop terpampang di skrin telefonnya.Segera di buka.


-Mumy panggil- Kak Min.


Kepalanya di angkat.Kelibat kak Min yang sedang melambai-lambai tangan kearahnya kelihatan.Dengan langkah yang tersusun,dia menuju kearah mummy dan kak Min. Ruangan rehat ini di sediakan untuk tetamu keluarganya yang datang dari jauh.
Meja bulat kayu ditepi pergola itu dihampiri.Haidi segera bersalam dengan lelaki yang duduk di pergola milik keluarganya.Senyuman diberikan.Encik Ridhuan membalas senyuman.


" Haidi ni la yang bongsu." ujar Datin Junita.Ketika itu Haidi sudah berada di sebelah mummynya. Haidi Audahal hanya mampu tersenyum  sambil menundukkan kepalanya sedikit ke arah Puan Indah.Tanda hormat.


"Masa kak Ita pindah dari perlis tu Haidi tak dek la gi kan?Nampak sangat kita dah lama tak berjumpa.Itu yang Indah tak ingat sangat.Indah ingat si abang dengan Min je" Ujar Puan Indah.Datin Junita tersenyum cuma.Wajah anak lelakinya nampak seperti keliru dengan situasi ini cepat -cepat memintas kata-kata Puan Indah.


"Haidi,auntie indah ni kawan lama mummy masa kita duduk Perlis dulu.Masa tu kamu pun tak lahir lagi." Jelas Datin Junita. Haidi terangguk-agguk.Baru faham situasi sebenar.
Puan Indah tersenyum manis.Soal Puan Indah "Sekarang buat apa? " 


" Kerja auntie." Ringkas jawapan Haidi.
"hmm, kerja dengan architectural firm area sini Indah. kak Ita tak bagi dia kerja jauh-jauh.Senang nak berkumpul." Datin Junita mencelah.Haidi tersenyum.


Matanya di pandang kearah dua gadis yang duduk disebelah kanan Puan Indah.Kenapa dia rasa dia pernah nampak,pernah jumpa.Kalau pernah jumpa ,dimana yek?Entah. Masa sekarang bukan masa yang sesuai untuk dia mengingati semula.Lama di tenung wajah gadis di hadapannya sebelum meminta diri. 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.