Reviu Novel : Stigma, Muharikah

Friday, September 14, 2018
“You are not alone in this struggle. And if you are not struggling, help someone who is”


Jarang jarang aku jatuh cinta dengan cover novel dulu baru sinopsis haha tapi kali ni aku pilih cover berbanding sinopsis di belakang. Siapa saja yang buat cover ni patut rasa bangga, sebab ia simple tapi punya masksud tersirat ❤️
.
Stigma- Entah novel yang ke berapa untuk tahun ini yang buat aku tak mahu habiskan cepat cepat - ada level tersendiri dalam mengetengahkan isu LGBT. Sedikit sebanyak kisah Dr Iman dan Dr Faris membawa aku untuk lebih memahami apa itu LGBT dan apa yg sebenarnya mereka hadapi
.
Kisah kisah yg ditulis menggambarkan keadaan ketika mereka terjebak, keadaan mereka percaya bahawa itu yang terbaik, keadaan mereka saat tersedar dan kegigihan serta kekuatan mereka untuk melawan.

Yang pasti, Stigma mampu membuka mata dan minda aku menyantuni mereka dan tidak terus bersifat menghukum
.
Highly recommended buat sesiapa yg rasa nak baca isu yg agak berat tapi dengan garapan yang santai
.
Ayat demi ayat disusun satu persatu, teratur memudahkan pembaca yg zero knowledge, mudah faham dengan term term medical, LGBT
.
Tahniah buat penulis, Dr. Muharikah kerana telah menghasilkan Stigma 🌷
.
P/s: Korang boleh dapatkan di Iman Publication. ✌

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.