orang-orang kuat dari belakang

Sunday, March 18, 2012

Assalamualaikum :)

Hye warga pembaca blog yang tegar mahupun tidak.Selamat malam diucapkan.
Dah nak tidur ke ? Kalau nak tidur ,sila baca doa :) 
Malam-malam begini,hatiku terasa ingin melarikan jari jemariku diatas key-board untuk berkongsi dgn warga pembaca sekalian mengenai
'siapakan pendorong utama -untuk aku jejak ke tingkatan enam-Siapa?


**********
Alkisahnya bermula apabila aku gagal menempatkan diriku ke salah sebuah ipta/matrik/mahupun maktab.*Dulu mmg tergila-gilakan maktab* Tak tipu.Ya .Sesiapa sahaja yang berada ditempat aku maka akan merasai kekecewaan yang sangat mendalam.Lagi kecewa daripada remaja girl girl  yang baru lepas clash dengan remaja boy boy teww.*konon cinta MONKEY la kan?*

Entah.Mungkin sudah tersurat untuk aku memanjangkan zaman persekolahan sehingga 7 tahun.Tapi sebelum buat keputusan tu,jenuh jugak aku berfikir segoreng-gorengnya.Dan kebetulan aku ada satu pilihan lagi iaitu ipts.Bukan nak kata ibu/ayah terlebih sumber kewangan.Tapi mampu laa.Maka ketika ini aku banyak bertanya.Semua orang aku tanya.Ibu/ayah.Pak cik/makcik belah ibu/ayah .Sepupu-sepupu.guru-guru dan kawan-kawan.
Buntu.Sebab tak pernah terfikir benda sebegini akan tejadi Tapi bila mengenangkan hidup seorang hamba ini bergantung pada takdir-Nya .Ya aku reda.

Bila bertanya.For sure orang akan bagi jawapan.50-50.Ada yang kata masuk laaa form six bagus.Ada yang kata masuklaaa dip kat ipts.Bagus juga.Bila semua dah bagus.Aku?lagikk la super duper konfius.Banyak sangat yang memberikan pendapat yang bernas.Okay.Aku ucapkan terima kasih kepada semua orang yang bg jawapan -yang-aku -dah -soal-pasal form six-dua-tahun-lepas.Thank youuu :)

*********

Rentetan dari hal semua-nya-bagus.Maka aku kuatkan hati untuk solat istikharah.Alhamdulillah.Gambarannya mungkin masih samar-samar.Tapi hati aku semakin nekad untuk meneruskan form six.Mungkin itu salah satu gambaran yang ditunjukkan oleh Allah.Who knows ? :) Bersyukur disaat aku dilanda kekeliruan aku dibantu-Nya.

Teruskan pembacaan ya  warga pembaca blog yang baik baik :)

"ibu percaya tak kalau along sambung tingkatan enam?"
Soalan nilaaa yang aku ajukan pada ibu pada suatu masa ,dua tahun lepas.Mengakui bahawa tingkatan enam satu medium pembelajaran yang agak sukar.Tambahan aku ni pelajar yang sederhana.Takut STPM sebenarnya sbb selalu dgr rumor mengatakan yang exam ni tersangatlaa susah.Maka aku memerlukan sokongan yang padu.

Ibu angguk sambil usap tubuhku perlahan-lahan.
"ibu percaya along boleh buat untuk stpm" Masa itu,air mata bergenang.Atas kepercayaan yang diberikan oleh ibu.Aku berusaha sebaik mungkin.Sehingga keputusan yang keluar minggu lepas.Rasa berbaloi baloi.Masa tengok keputusan itu,ingatan terus melayang mengingati dialog diatas.Terima kasih atas sokongan ibu.Along sayang ibu.

oh btw.semua cerita pasal ibu.Untuk pengetahuan warga pembaca.
Ayah aku seorang yang sangat tidak kisah anak-anaknya belajar dimana.Janji nak belajar
.Nak masuk form six pon aku tanya dan jawapan beliau.
"Along yang nak belajar ayah tahu along boleh buat".
Selalunya ayah akan cakap macam tu.Tak kira la masa nak sembang ke,ayah selalu text msg doakan supaya aku berjaya buat apa sahaja dalam bidang yg aku ceburi. :)Terima kasih ayah.
Tapi dalam hati tiada siapa yang tahu kan?Mana ada ayah/ibu tak nak tengok anak-anak sambung study di peringkat Uni kan?

Seorang manusia lagi yang menyokong aku amik form six ialah sepupu aku yang bergelar doktor.Doktor ayuni akak kak long.Hye kak long. if u read this entry .Please smile okay :)
hmm, aku tanya kak long , okay tak amik form six.Banyak soalan yg aku tanya dan aku juga cakap yang aku -takut- kalau- tak- boleh- bawak-form-six-sbb-org-ckp-susah-
Makanya ."ko teruskan je form six.Kak long sokong dan kak long tahu ko boleh buat.Tak payah nak takut sebab kalau ko tak try kau tak tau."
lebih kurang macam tu laaa.Thanks kak long ! :D


Well,itu laa sedikit sebanyak tentang orang-orang yang support aku amik form six.Kepada semua sepupu-sepupu aku juga thankss ya ats sokongan dan kata-kata semangat korang.Kawan-kawan dan guru-guru serta pakcik/makcik jazakallah hukhairan katsira .Tiada apa yang mampu kuberi , hanya ucapan terima kasih kerana percaya bahawa aku mampu buat.


So untuk junior-junior smkap khasnya.Stpm ni tak susah dan tak senang.Kalau fokus dr awal dan tak banyak main main sembang-mengumpat.Insya-Allah.so buanglaa ayat"stpm tu susah" buang jauh jauh okay.Lagi pulak starting next year dah pakai sistem medular yang baru kan.
So lebih mudah hendaknya.Terima kasih kerana sudi baca.


p/s: Keputusan yang dibuat oleh seorang diri tidak sebaik keputusan yang dibuat dengan mengambil kira pendapat orang lain :D.

2 comments:

  1. motivasi diri.. menaikkann semangat yang ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. #SH NAZIRAH : mudah-mudahan :)
      share utk junior2 yg takut stpm. hikhik

      Delete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.