Kasih Abeer - 10

Saturday, June 23, 2012
"Kenapa kau nangis ni Abeer?Cerita pada aku.Aku tak suka tengok kau sedih-sedih macam ni." cemas saja suara Eja.Dari tadi dia mendengar Abeer menangis di telefon sebelum dia mengambil keputusan untuk bergegas ke rumah teman baiknya.

Pelik!Abeer tidak pernah mengalirkan air mata hanya untuk perkara remeh- temeh.Dia pasti ada perkara yang benar-benar membuatkan hati milik teman baiknya terluka.

Abeer yang sedang bersandar di sofa terus-menerus mengesat airmatanya dengan hujung lengan t-shirtnya.Sejak pulang dari bertemu dengan Rafa tadi,dia sendiri tidak tahu kenapa dengan dirinya.Menangis mengalahkan kematian suami lagaknya.Meja kopi yang dipenuhi dengan majalah-majalah wanita ditenung sebelum melepaskan keluhan.

"Mengeluh pulak.Cuba cerita.Kau mengeluh bertan-tan pun tak guna tahu!"tegur Eja.Tangan Abeer digenggam perlahan sambil mengusap-usap lembut.Dia tidak betah melihat Abeer terus-terusan mengalirkan air mata tanpa sebab.Dia harus mencari tahu.

"Aku jumpa Rafa"Tanpa sedar,Abeer meluahkan kata-kata.Eja mengerutkan dahinya.Siapa pulak Rafa ni.Tidak pernah pun si Abeer ni bercerita pasal Rafa.

"Okay.Kau jumpa Rafa.So?"Abeer dipandang sepi.

"Aku nak tidur dulu.Thanks for your concern" Ujar Abeer tiba-tiba.Abeer segera menaiki tangga berlalu ke biliknya.Meninggalkan Eja terpinga-pinga.'Eh,dia tinggal aku macam ni aje?Bertuah punya kawan'.Beginilah Abeer yang dia kenal sejak dulu,Unpredictable.

Eja menggeleng-gelengkan kepalanya.Memandangkan jam sudah mencecah jam 12 malam,tidak mungkin dia akan balik kerumah keluarganya.Lalu dia menghantar pesanan ringkas kepada mama.Dia akan bermalam disini.Melihat keadaan Abeer tadi,dia tidak tergamak meninggalkan teman baiknya sendirian.Eja ke bilik belakang,bersebelahan dengan dapur.Bilik itu sudah menjadi seperti biliknya sendiri sekiranya dia datang ke rumah Abeer.

*****

Abeer yang masih berbaju tidur menuruni tangga.Bau nescafe kuat menerjah kehidungnya.Bunyi televisyen terpasang.'Siapa pulak yang ada didalam rumahnya ini' desis hatinya.Di ruang tamu,tiada siapa-siapa walaupun televisyennya terpasang.Kelihatan comforter dan dua biji bantal bersepah diatas sofa di ruang tamu.

Kemudian,di atas meja makan,terhidang maggi goreng bersama nescafe.Dua biji pinggan dan dua biji cawan sudah tersedia.Abeer perlahan-lahan ke ruangan dapur terkejut melihat Eja membasuh pinggan-pinggan kotor.

"Eja! kau buat ape kat rumah aku?" jerit kecilnya.Eja tersenyum sinis.Pelupa punya kawan.

"Dah.Kau tak payah nak terkejut sangat tengok aku.Tak ingat ke semalam.?" soal Eja sebelum berlalu mengambil tempat di hujung meja makan.

Abeer buat-buat muka pelik.Masih berdiri tegak.

"Tercegat apa! Duduklah.Aku goreng maggi je sebab dekat dapur kau ada stok maggi je."
Tangan Eja laju menyuap maggi goreng kedalam mulutnya tanpa mempedulikan Abeer yang masih mamai.

"Kau tak balik rumah semalam?" tanya Abeer perlahan.

"Gila! Pukul 12 malam suruh aku balik rumah,kalau ada teman tak pe jugak.Ni sorang-sorang.Idaklah aku.Payah-payah baik aku buat rumah kau macam rumah aku."jawab Eja selamba.

"Memang ni rumah kau pun." lirih saja suara Abeer.Sememangnya ini rumah milik keluarga Eja tapi setelah berbincang bersama Eja,Abeer diberi keizinan untuk menyewa.Eja mula serba salah.Terlajak perahu boleh undur,terlajak kata buruk padahnya.

"Dah lah,aku tak maksudkan apa-apa pun.Sekarang makan."arah Eja.Seketika dia terasa hari ini dia terlebih tegas dengan teman baiknya sedangkan kalau ikut level yang sebenarnya dia lebih manja dan lembut berbanding Abeer.

Abeer menghirup nescafe yang  masih panas perlahan-lahan sebelum menyudu maggi goreng ke mulutnya.Dikunyah tanpa perasaan.Matanya bengkak dek menangis semalaman.Wajah Eja dikerling sekilas sebelum mengambil  keputusan untuk naik ke bilik semula.Abeer berdiri serta merta

"Abeer....." keluh Eja.Lemah dia macam ni.Payah kalau bercakap dengan orang yang kurang berperasaan dan selalu nak pendam masalah dalam hati.

"Siapa Rafa?Apa cerita ni?" Abeer yang sudah berdiri ,duduk semula.Melihat wajah Eja yang kepinginkan jawapan dan prihatin terhadap masalahnya,dia mula menongkat dagu.Memikirkan sama ada perlu bercerita atau tidak.

"Aku tak suruh kau tongkat dagu.Aku suruh kau cerita"

"Ye.Kejaplah" rungut Abeer.Geram pula bila dipaksa-paksa

"Rafa kawan baik aku.Jumpa balik, lepas tujuh tahun tak jumpa." Ringkas.Tapi masih belum jelas buat Eja.Eja angguk-angguk sebelum memaksa dia meneruskan cerita.Abeer melepaskan keluhan seketika sebelum meluahkan segala yang terpendam didalam hatinya.

"Jadinya,kau menangis sebab kau tahu dia dah kahwin?Bukan sebab kau dah lama tak jumpa dia kan?" teka Eja.Muka Eja yang putih bersih itu dipandang Abeer.Abeer mengangguk-angguk sebagai  jawapan kepada soalan Eja.

"Kau boleh bayangkan tak,aku tak pernah mengharapkan lelaki lain dalam hidup aku kecuali Rafa.Sebab dia sorang je yang aku kenal dari kecik sampai kitaorang masuk universiti.Aku cintakan dia sebab dia sorang yang tahu segala-galanya tentang aku.Walaupun kitaorang terpisah tujuh tahun disebabkan masalah keluarganya tapi aku tetap yakin dia untuk aku.Tapi aku tak sangka,dia dah berpunya."

Seusai Abeer mula meluahkan isi hatinya,dia menekup mukanya denga kedua-dua belah tangannya.Eja termangu-mangu seketika.Dia terlihat ada air mata yang bergenang di mata Abeer.Eja tidak pernah perasan yang teman baiknya ini memendam perasaan terhadap seseorang yang sudah dikenalinya lama dulu.

Yang Eja pasti,sejak dulu di universiti,Abeer akan cuba elak dari dikenenkan dengan mana-mana lelaki.Sudahnya dia sering keseorangan apabila kemana-mana.Tidak seperti sesetengah perempuan,yang bila masuk universiti pasti akan mencari teman istimewa.

"Kalau dia tahu apa yang aku rasa,mesti dia gelakkan aku kan Eja?Mana aku nak letak muka?Malu!"Abeer sudah meninggalkan meja makan.Kini,dia beralih ke ruang tamu.Dihenyakkan tubuhnya ke sofa berangkai tiga.Eja membuntuti teman baiknya.Duduk disebelah Abeer.Tubuh Abeer ditarik kedalam pelukannya.

"Abeer,dia tahu tak perasaan kau?" Kepala Abeer mula kekiri dan kekanan.

Eja tersenyum seketika. "So buat apa kau nak malu? "soal Eja lembut.Memujuk hati yang sedang retak ini memerlukan teknik yang betul.Kalau tidak lagi retak jadinya.

"Apa yang patut aku buat,kalau dia ajak aku jumpa?" Abeer bagaikan dungu.Bertanya soalan yang relevannya tidak tahu dimana.

"Jumpa sajalah.Buat macam biasa.Kalau betul kau anggap dia kawan baik kau yang kau kenal sejak kecil,mesti kau tak sampai hati tak jumpa dengan dia kan?"Panjang lebar jawapan Eja.Sesekali Eja mengesat air mata yang jatuh dipipi teman baiknya.

"Kau akan jumpa dia kan?Kau tak kan jadi pengecut kan?" Eja tersenyum saat soalan itu ditujukan kepada Abeer.Abeer mengangguk bersemangat. Seketika kemudian,Abeer merungkaikan pelukan Eja.

"kenapa kau peluk aku?" Eja tersengih.

"Sebab kau kawan aku.Kawan yang hatinya sedang retak berjuta.Cinta yang tidak kesampaian" ketika itu Eja sudah tergelak kuat.Muka Abeer merah.Sebelum ini,dia tak pernah lemah dihadapan Eja.Selalunya Eja yang akan mencarinya untuk meluahkan apa-apa masalah,tidak kali ini dia pulak yang memerlukan Eja sebagai kaunselor cintanya yang tidak kesampaian.

"Bila aku bercinta?Mana ada retak berjuta pun.Ciss" ujar Abeer sambil menjelirkan lidahnya kearah Eja.Kemudian,Abeer tergelak sama apabila memikirkan dia cuba menafikan apa yang sudah menjadi kenyataan.

"Tak payah nak menidakkan kenyataan okey.Kalau tak,tak deknya orang tu menangis sehari semalam.Kerja gila!" usik Eja.Muka Abeer yang makin merah itu di pandang sebelum sempat dia mengusik lagi,telefon bimbitnya berbunyi kuat.

Telefon diatas meja kopi itu diangkat segera.

"Hmm,ada kat rumah Abeer lagi."

"Ye lah kejap lagi orang balik."

"Cakap dekat mama,orang balik tengah hari nanti.Bye."

Diletak semula telefonnya di atas meja kopi. "Siapa?Ben?"

"Ben?Banyak lah.Dia dah sah-sah tengah terbang.Abang aku" jelas Eja.

"Ouh.Eja thanks eh?" Masing-masing tersenyum manis.

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.