Hari pendaftaran

Sunday, June 24, 2012


Hari ini hari pertama pendaftaran tingkatan enam rendah bagi setiap sekolah yang memiliki aliran tingkatan enam.Pendaftaran yang tidak diketahuinya mula pada pukul berapa.Opie masih terbaring diatas katil sambil merenung syiling putih di bilik tidurnya yang bercat hijau muda.Dibiarkan jam dindingnya bergerak mengejar saat dan minit.

"Tuk..Tuk.."Bunyi pintu biliknya diketuk berkali-kali sebelum suara ibunya kedengaran.

"Opie..Cepatlah bangun..!!.Hari ni ada pendaftaran kan?" Kemudian suara itu senyap.

Opie bangun dari pembaringan dengan perasaan yang sungguh malas.Menapak kearah bilik air yang bertentangan dengan bilik tidurnya.

Seusai membersihkan dirinya dan menunaikan solat subuh,dia menyarungkan baju kurung putih ketubuhnya bersama kain berwana biru lambat-lambat.Dipandang lama wajahnya yang suram sebelum menyarungkan pula tudung putih tanpa lencana dan tanda nama.

Muka Opie yang jelas kelihatan muram,menyebabkan ibunya menggosokan kepala anak perempuan sulungnya perlahan-lahan.Babah hanya memerhati seketika sebelum menyudu mee goreng masakan ibu.Opie yang sedari tadi hanya memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku di sekolah nanti,tiba-tiba sahaja air matanya jatuh perlahan-lahan.Ketika itu babah sudah masuk semula kebiliknya untuk bersiap sedia ke tempat kerjanya.

"Ibu percaya ke Opie boleh buat tingkatan enam?" Lirih sahaja suara Opie.Tiada semangat.Ibunya hanya tersenyum cuma.

Matanya mula merah.Apabila memikirkan dia anak sulung yang sepatutnya menjadi contoh kepada adik-adiknya yang ada tiga orang,gagal melajutkan pelajaran ke universiti setelah tamat tingkatan lima,dia jadi sedih yang teramat sangat.

Nampak yang dirinya ialah kakak yang  tidak berguna.Opie tidak pernah menjangkakan yang dia akan menyambung pelajaran di tingkatan enam.Tapi inilah yang dikatakan takdir.

Ibu mengangguk perlahan-lahan. "Ibu tahu Opie boleh buat." Kata-kata ibu seperti meresap kedalam hati Opie.Sehingga dia merasakan dia mula mendapat semangat yang luar biasa.

Ibu begitu yakin dengan dirinya tapi dia?Opie sentiasa memikirkan baik buruk memilih tingkatan enam.Opie yakin kata-kata ibunya itu suatu doa yang akan dimakbulkan oleh Allah.

Sebelum ini,dia sering di lemparkan dengan persepsi bahawa tingkatan enam ini satu medium yang sangat susah dari segi pembelajarannya mahupun peperiksaan.Selain itu,Opie juga terpaksa menadah telinga dengan kata-kata orang yang mengatakan tingkatan enam ini lekeh,lambat sambung ijazah sarjana muda,terpaksa pakai pakaian seragam sekolah dan lain-lain apabila dia mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di tingkatan enam.

Opie pernah juga terfikir  untuk menyambung pelajarannya di kolej swasta ,kerana babahnya lebih dari mampu untuk menanggungnya.Namun begitu,setelah menunaikan solat istikharah beberapa kali,hatinya kuat untuk sambung ke tingkatan enam.

Selain itu,keputusan yang dibuatnya kini juga diambil atas nasihat kaunselornya disekolah lama,nasihat dari pakcik dan makcik nya serta sokongan sepupu-sepupu rapatnya,akhirnya dia mengambil keputusan ini walaupun pada hakikatnya Opie sendiri terasa berat hati.

"Sudahlah tu,everything will be fine young lady" pujuk Ibu sambil mengusap belakang tubuhnya perlahan-lahan.Opie mengangguk tanpa ada perasaan teruja sikitpun.

Aku mula mengenakan kasut hitam.Seketika kemudian Perdana hitam meluncur keluar dari pagar.

                                                                                              ********* 

Opie mula tercangak-cangak dihadapan pagar sekolah lamanya.Di tinjau-tinjau kedalam,melihat persekitaran sekolahnya yang agak tenang.Dia mula melangkah dengan lafaz bismillah.Di Anjung Az-zahra,kelibat Paie sedang melambai-lambai kearahnya.

Opie membalas lambaian tersebut sebelum berlari anak ke anjung tersebut.
Paie merupakan sahabat Opie sejak tingkatan dua sehingga kini nasib mereka sama.Mendapat keputusan SPM 6A tapi tetap tiada rezeki untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti mahupun maktab.

Rezeki mereka tiada disana.Yang ada rezeki mereka berdua di sekolah ini.Di tingkatan enam.

"So dah ready?"Paie kelihatan selamba duduk di kerusi plastik hijau dan beg galas hitam kuning yang diatas meja bersaiz sederhana panjang itu ditepuk berkali-kali.

Opie mengeluh perlahan. "Ready atau tidak.Ni saja pilihan yanh kita ada kan?"

"Jom lah" ajak Paie.Mereka berdua bangun serentak.Menuruni dua anak tangga,mereka berdua terserempak dengan pelajar-pelajar tingkatan enam dari sekolah lain.

Opie dan Paie hanya mengangguk tanda meraikan kedatangan mereka kesekolah kami berdua.

Paie dan Opie menuju ke dewan Syarahan dengan langkah yang lambat. "kau dah kenapa weh?" 

Opie hairan melihat tingkah Paie yang tiba-tiba sahaja sudah menundukan pandangan ke jalan.

"Kau tak nampak ke junior-junior tu pandang kita semacam je?" Opie mengalihkan pandangan kearah sekumpulan pelajar-pelajar yang berselesih dengan mereka.Ada yang mengangguk tanda menghormati senior.Ada juga yang tersenyum sinis.

Tapi tak semua junior begitu hanya sesetengah.Mungkin mereka yang sentap lebih-lebih tapi realitinya memang ada.Suasana disekolah mereka memang ada persepsi yang negatif untuk pelajar tingkatan enam.
Sekolah lain tidak pulak diketahuinya.

"Nampak.Tapi nak buat macam mana.Dah memang macam tu.Nanti kalau kena dekat diorang juga,baru tahu rasa" balas Opie selamba.

Paie tergelak kuat.Melihat tingkah adik-adik itu sudah cukup untuk menggambarkan bahawa tingkatan enam ini berada di tahap paling bawah.Agaknya tahap perhambaan kot.Kalau ikut kasta,entah-entah jatuh kelas sudra.Hmm.

"Jahat kau,doakan diorang macam tu" Paie terkekeh.

Opie mengangkat kening.Tipulah kalau dia tidak terasa dengan pandangan sinis junior-junior ala-ala macam mereka berdua bekas banduan yang baru tamat tempoh pemulihan atau telah selesai menjalani hukuman.
Yelah tingkatan enam ini kan masih bernaung di sekolah.

Apa lah yang bestnya?Kena pakai baju sekolah.Ikut peraturan sekolah.Tidak segah bergelar pelajar Matrik,asasi atau pun pelajar maktab.Kenyataan ini bukanlah berunsurkan perasaan cemburu cuma inilah yang benar-benar terjadi.Persepsi sesetengah manusia yang tidak langsung cuba untuk membuka minda.

Dan bohonglahlah,kalau mereka kata mereka tidak malu bergelar pelajar tingkatan enam.Hakikatnya,memang ada perasaan malu di lebihan hatinya.Tapi malu tu nak bawa ke mana?

"Mesti dalam hati junior-junior tu ada juga yang cakap,eh-eh kak tu pon masuk form six" tekaku sekilas mengerling Paie yang masih setia berjalan dengannya.Paie tergelak.Kuat.Opie angguk-angguk lambat-lambat.

"Kau ni ada-ada je.Mana kau tahu?Jangan weh nanti kau berdosa sebab tuduh-tuduh" balas Paie perlahan.

"Aku tahulah sebab dulu hati aku pernah terdetik cakap macam tu juga dengan sorang senior kita" jujur Opie.

Paie membulatkan matanya."Biar betul,senior kita yang mana? Aku kenal tak?" soal Paie bertalu-talu.
Opie membetulkan letak cermin matanya.Tangan kanannya dimasukan kedalam poket baju kurung.

Dewan syarahan sudah berada di depan mereka.
Kelihatan dewan tersebut sudah dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang berlatarkan sekolah yang berbeza.

"kak Ely.Hati aku ni pernah la terdetik,cewah, eh kak ni pon masuk form six sebab masa tu aku rasa result spm dia power juga" sekali lagi aku berlaku jujur dengan menceritakan hal yang sebenar.

Kak Ely senior mereka berdua.Senior yang tidaklah begitu rapat,cuma bertemu sekiranya ada perjumpaan kelab mahupun persatuan.Ketika Opie dan Paie berada di tingkatan lima,kak Ely di tingkatan enam atas.
"Ouh.Mujur aku takde kata kata siapa-siapa" perli Paie.Opie hanya membuat muka selamba.

"Moral of the story,kalau ada yang mengata kita macam tu memang masaklah diorang.Sekarang Allah bayar cash tau" gelak Opie.

Opie dan Paie sudahpun masuk kedalam dewan syarahan yang masih belum lengkap dengan langsir.Hanya ada kerusi dan meja.
Cikgu Fakharuddin sudah tersenyum memangdang kearah kami.Opie dan Paie hanya memalas senyuman cikgu tersebut tanpa perasaan.

"Ada bawak slip?" soal cikgu Fakhruddin sambil tangannya ligat menulis sesuatu diatas helaian kertas A4.
Slip kemasukan tingkatan enam Opie hulurkan kepada cikgu yang padanya kacak.Cikgu Fakhruddin pernah mengajarnya dan Paie ketika mereka ditingkatan dua,mengajar mata pelajaran sejarah.Sekarang bertemu semula dan nampak gayanya cikgu yang mukanya sentiasa awet muda ini akan mengajar mereka subjek pengajian am pula.

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.