Exam

Tuesday, July 10, 2012
Beberapa hari selepas iftar dijalankan, semua pelajar tingkatan enam terpaksa berhadapan dengan peperiksaan akhir tahun.Walaupun peperiksaan kali pertama ini tidak mengikut struktur soalan yang sebenar tapi masih memerlukan mereka semua mengulangkaji seperti peperiksaan sebenar.

Malangnya,mereka masih samar-samar.Tidak tahu mahu mengulangkaji bab mana,cara yang bagaimana.Argghhh.stressnya!

“Exam kita tinggal dua hari je lagi kan,sebelum kita cuti untuk raya?” soal Wa yang ditangannya masih kejap dengan  tatabahasa dewan yang berwarna hijau petronas itu.Masih membelek-belek bab-bab awal.

Paie terangguk-angguk walaupun matanya terpejam menghafal beberapa kata kunci bagi memudahkan dia menjawab soalan sebentar sahaja lagi.Opie dan yang lain-lain juga sudah mula membelek tatabahasa dewan seperti membaca majalah Ujang tatkala ingin menghilangan tekanan.Main selak-selak sahaja.

“Eh !! aku tanya ni.Jawablah.”desak Wa.

Paie yang dari tadi terpejam membulatkan matanya sebelum berpaling kebelakang kearah Paie. ‘Minah ni la,buat aku stress sungguh’detik hati Paie.Meja Wa dibelakang meja Paie.

“Eh tadikan aku dah jawab”Paie menutup tatabahasa dewannya.

“Bila masa kau jawab.?”

“Tadi aku angguk-anguk.Kau tak nampak?” Jawab paie tegas.

“angguk-angguk kau tu bukan jawapan tau.Lagipun aku mana nampak,aku duk belek-belek kamus tebal nih.” Lawan Wa.

Wa dengan Paie memang suka lawan mulut.Paie suka cari pasal,Wa cengeng macam budak-budak.

“Kau pun nak tanya tak kena masa tau! tengok semua duk berbuih-buih mulut hafal kata majmuk  mantap.”dengus Paie.Opie masih sibuk menghafal.Min buat tak nampak perbalahan tersebut.

“Sekarang kau dah taukan jawapan dia?Cuba try test tengok kata majmuk mantap tu ada berapa?Sibuk sangat nak cuti!” sergah Paie.

Wa mencebik geram.Tapi kepalanya masih bergerak atas ke bawah.

“Sekejap,aku ingat balik.”

Sambil mulutnya terjuih-juih dia menyambung kata 

“ Dalam arena antarabangsa ,terdapat bumiputera yang merupakan ahli jawatankuasa mencari kakitangan untuk dapatkan warganegara dalam  bidang olahraga.

Pesuruhjaya polis meminta setiausahanya secara sukarela supaya beritahu anggota suruhanjaya untuk dapatkan tandatangan orang ramai bagi bertanggugjawab terhadap matahari.Sekian terima kasih” 

Wa menamatkan kata-katanya sambil menundukan kepalanya sedikit.Konon-kononnya baru selesai buat konsert.Cis.

Opie mengangkat kepala “Gila!Cerekarama versi apa kau buat tu Wa?” Min dari tadi diam mula tersenyum .Paie bagaikan terpanar melihat kecekapan Wa membuat kata-kata majmuk menjadi cerita.Nad yang baru masuk ke tingkatan enam sebulan lalu juga  mempamirkan riak teruja.Wa tersenyum bangga.

“Itu sebuah cerita cinta klasik si bumiputera yang nak tackle matahari”

Ketawa Paie mula bergema. Nad menutup mulut.Tidak mahu masuk campur. Opie ketawa kecil‘Si Paie ni kejap lagi ada kena makan tangan ni.’ Bisik hati opie

Dengan sepantas kilat,Wa mengambil tatabahasa dewan lalu menghayun ke lengan Paie. 

“Pap!”

“Awww!! Ohoooo.sakitlah.Betul la apa aku cakap.Tak betul ke?”tanya Paie sambil memandang kearah Opie,Nad dan Min satu persatu.Masing-masing buat tak tahu tanda malas mahu campur tangan.

Paie yang mahu membalas perbuatan Wa terhenti dengan tiba-tiba.Cikgu Siti masuk ke kelas dengan membawa kertas bahasa melayu satu yang mampu membuatkan semua pelajar menelan liur.Tidak tahu bentuk soalan.Tidak tahu jawapan yang bagaimana perlu diberikan.

Paie masih memandang wajah Wa.Sakit ditangan masih terasa.Ni kalau teruk ni mau Parkinson.Dah Parkinson aku nak jawab soalan macam mana.Menggeletar je tangan.Tunggu kau.Wa menjelirkan lidah. ‘Paie membuat muka.Jelir lidah dekat aku?childish sungguh’ bentak hati Paie.

*****

“Kelas, masa menjawab tinggal lagi 15 minit”suara nyaring cikgu Norizan kedengaran.Jari-jemari Opie masih laju mengarang  jawapan dalam bentuk essei,menghabiskan aat-ayat terakhir sebelum cikgu Norizan mengutip kertas jawapan bagi subjek syariah itu.

15 minit kemudian,cikgu Norizan sudahpun mengutip dan mengumpul kertas jawapan tersebut. ‘Tawakal tawakal’ bisik hati Opie.Ketika kaki cikgu Norizan sudahpun melangkah meninggalkan kelas ,suara bising sudah mula kedengaran.'Tu tak lain tak bukan, bincang pasal jawapan tadi la tuh.'keluh Opie.

Seorang demi soerang meninggalkan kelas,Opie mengelek buku syariah dan failnya.Paie datang kearahnya sambil menolong dirinya menutup tingkap ditepinya. 

“Soalan tadi okey?” Muka Opie dipandang.

“Soalan tadi memang okey.Yang tak okeynya jawapan aku” jawab Opie tanpa nada.Paie mengangkat bahu sambil beriringan dengan Opie meninggalkan kelas.

 “Dah la tak payah fikir,jum balik study untuk esok pulak! Hooray hooray” Opie memandang pelik. ‘happy je si Paie ni.Tak faham aku’ Mereka sudahpun menuruni anak-anak tangga sebelum kedengaran suara halus di belakangnya bertanya

“eh soalan tadi jawapan dia macam mana eh?” Muka Wa nampak selamba saat melontarkan soalan tersebut.Paie dan Opie mengangkat bahu. ‘Masalah betul kalau jumpa manusia yang suka bincang jawapan nih’ kutuk Paie.

Min dan Nad seperti ingin mengetahui jawapan yang sebenarnya.Opie terfikir sesuatu lalu bertanya kepada Wa.

“Wa,soalan tanggungjawab ketua keluarga tu kena jawab macam mana?” Terasa bahunya ditolak perlahan oleh Paie. “Tadi macam tak nak bincang sangat.”peril Paie.

“Aku tanya nak jawab macam mana?bukan jawapan dia apa”

Kekeliruan ini harus ditanya sekarang kalau tidak,memang kusut.Ada dua hari lagi exam yang memaksa mereka menjawab dalam essei.

Wa yang sejak tadi menjadi pemerhati menjawab “ hmm,markah dia 12 so,ada 6 isi,setiap satu isi ada satu huraian lengkap.Tapi tak dek pendahuluan ,tak dek penutup.Lebih kurang satu soalan, satu muka surat”

Opie menepuk dahinya kuat seraya berkata “Aduh!” Kalau diikutkan tadi,jawapan dia separuh muka surat je.Hancur kertas syariah aku.

“Alamak!” jerit Nad dan Min serentak.Paie mengerutkan dahinya.’Apa-apa jelah diorang ni’

“Kau jawab macam mana Opie?” Opie sudahpun menggaru-garukan kepalanya

“err.. 6 isi.”

“Sama dengan aku” jelas Nad dan Min serentak sekali lagi.

“okeylah tu.”sampuk Paie.

“Perli aku  la tu! 6 isi tak dek huraian.faham?” Paie menolak dahi Opie perlahan.

“Kau ingat ,kau jawab soalan spm ke apa?” Marah Paie.Apa sahaja la yang difikirkan oleh teman baiknya.Bukan dia tidak mendengar bagaiman ustazah Maznah menjelaskan cara-cara menjawab.Sah-sah fikiran menerawang jauh ni.

Opie termenung memikirkan jawapan tadi.Aduh,ranap kertas syariah aku.Paie yang sedai tadi disisinya menepuk perlahan bahunya " dah la tak payah fikir sangat.First time kan? Biasalah tu.Jom kita balik.Bantal menunggu aku." 

"Jom" balas Opie.

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.