Ramadhan : Sifat-Sifat Ar-Rabbaniyah

Thursday, July 26, 2012
Salam Alaik!

Ramadhan Enam.Alhamdulillah.
Semoga dipermudahkan dan ibadat kita diterima-Nya.




Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya



Apa itu Rabbani?

Rabbani itu ialah hamba yang berilmu yang mengabdikan dirnya kepda Allah.Hamba yang selalu mentaati Allah sama ada dalam keadaan tersembunyi atau terang.Beriltizam dengan manhaj Allah pada diri ,keluarga dan masyarakat.Rabbani juga merupakan hidup seseorang yang baik dan berusaha memperbaiki diri dan orang lain.

Apakah ciri-ciri dan amalan-amalan pelaksanaan sifat-sifat Rabbani?

  1. Niat yang ikhlas dalam setiap gerak kerja
  2. Sentiasa muraqabah (mendekatkan diri kepada)Allah sama ada tersembunyi ataupun terang
  3. Menjaga waktu solat Subuh dan dan tunaikannya secara berjemaah
  4. Memelihara waktu solat-solat fardhu yang tertentu dan laksanakannya dengan berjemaah
  5. Menunaikan solat-solat sunat Rawatib (122 rakaat) sebelum atau sesudah (qabliah dan ba'diah)
  6. Cuba melakukan solat sunat Dhuha setiap hari
  7. Berqiyamulail setiap malam sekurang-kurangnya solat sunat dua rakaat
  8. Solat Witir setiap malam
  9. Solat sunat Tasbih sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan
  10. Beri'tikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan sekurang-kurangnya tiga hari setiap tahun
  11. Al-quran dibaca ,1 juzu setiap hari
  12. Berzikir dengan cara yang mutlak (1000 kali)
  13. Bermujahadah apabila melakukan kesalahan
  14. Mensucikan jiwa,berpuasa sunat 
  15. Berusaha untuk jujur dan tidak berbohong
  16. Berbelanja dengan berhemah
  17. Buat baik dengan ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia
  18. Hubungan kekeluargaan dijaga
  19. Amanah dengan kerja yang kita lakukan
  20. Bagi suami,prihatin dengan perhubungan antara suami isteri supaya dapat mendidik anak-anak dengan asas-asas islam
  21. Berakhlak mulia dan menjaga pergaulan sesama sahabat dan jiran tetangga
  22. Berazaam untuk sentiasa berdakwah dan melakukannya sepenuh fikrah
  23. Menyertai program-program dakwah yang efektif
  24. Berinfaq di jalan Allah
  25. Mendoakan sahabta-sahabat dan pemimpin dari jauh.Sesungguhnya doa itu senjata orang Muslim

Checklist diBulan Ramadhan

Kalau masih belum ada checklist semasa Ramadhan,so boleh jadikan ia sebagai senarai semak Ramadhan anda!Jom raikan Ramadhan kali ini dengan melipat kaligandakan amalan kita.Kalau tak boleh buat semua,apa kata kita buat sikit-sikit dulu.Tapi biarlah secara istiqamah(berterusan) kerana yang sedikit itu yang akan membanyakkan amalan kita.

Sikit-sikit lama jadi bukit?Hmm

Mudah-mudahan kita mampu menjadi hamba yang bersifat Rabbani.Menjadikan Ramadhan tahun ini lebih bercahaya dari Ramadhan sebelumnya.
Mana tahu, Ramadhan akan datang tiada rezeki kita untuk berdepan dengannya.

Salam Ramadhan.
Take care.

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.