Book Haul : Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
"You are reader, and therefore a thinker, an observer,
a living soul who wants more out of this human experiences" - Salil Jha
Aku nak berkongsi book haul aku sempena Perintah Kawalan Pergerakan. Sebenarnya Hujung bulan Mac hari itu, aku ada pre-order buku dari Iman Publications. Aku pilih untuk order yang 4 - RM100. 4 buah buku tersebut ialah Dilema (Muharikah), Sky (Fiy Suri), Pendiam ( Aiman Amri & Aqila Masri) dan Sedetik Lagi (Auni Zainal). Kalau ikutkan parcel akan mula di hantar pada 20 April tapi memandangkan tempoh PKP di lanjutkan, jadi emel yang aku terima beberapa hari lepas, parcel akan mula di hantar pada 1 Mei disebabkan isu percetakan. Tapi aku tak berharap sangat lah. Boleh jadi, extend lagi kalau tengok keadaan semasa.
untuk itu, aku mula cari novel yang boleh delivery time PKP ni. so end up, aku order buku-buku di bawah melalui Shopee Malaysia. 4 buah novel itu sebenarnya aku dah lama nak beli tapi, aku hold sebab aku ada je buku yang unread. Tapi disebabkan mood untuk aku baca buku unread tidak kunjung tiba, aku decide untuk beli yang lain. ehe.
Aku beli Miss Amerikano disebabkan penulisnya. Aku ada expectation yang tinggi untuk Miss Amerikano tapi once novel ni sampai aku macam a bit frustrated sebab novel dia nipis. Aku sangat yakin Miss Amerikano tak akan mengecewakan aku seperti novel novel Rin Ahmad yang lain. Apa apa pun, nanti aku updtae review once aku dah selesai baca ok.
Lily buat Najah aku beli sebab sebelum ni aku ada tanya dekat athirah_bookstagram, novel paling sedih yang kawan-kawan bookstagram aku pernah baca, aku boleh katakan kebanyakkan jawapan waktu itu ialah Lily Buat Najah. So aku beli dan aku nak merasai kesedihan yang orang lain rasa. haha
Bunga Api? Aku beli sebab tema utama dia berkaitan dengan mental illness. Something yang aku nak tahu tentang Bunga Api, aku nak tengok olahan mental illness tu bagaimana, apa yang penulis cuba nak jelaskan. Apa yang penulis nak ketengahkan, sama ada tanda-tanda mental illness, rawatan, atau isu tentang pengabaian dari beberapa faktor-
Seterusnya, Jagakan Aku, aku beli sebab penulis juga. Kalau perasan, aku ada review dua buah novel yang ditulis oleh Syu Ariani, iaitu Anastasia dan 100 hari mengenal cinta. Disebabkan aku suka dengan cara Syu Ariani mengolah cerita, aku decide untuk jadikan novel Syu Ariani sebagai koleksi peribadi.
Salam Kembara Pakistan, aku beli sebab penulis juga. Haha. Aku dah ada Kembara Afghanistan, dan Namastee India. Jadi aku beli Salam Kembara Pakistan yang ditulis oleh Siti Noridah atau lebih familiar dengan panggilan kak ET. Aku beli untuk cukupkan koleksi peribadi dan juga nak travel ke Pakistan. ehe. Sempena PKP ni elok kiranya kita travel melalui buku aje lah ya.
Di atas ini pula merupakan e-buku yang aku beli melalui E-sentral. Sebenarnya ini kali pertama aku beli e-buku melalui e-sentral. Aku baru saja berjinak-jinak dengan pembacaan melalui e-buku. haha. Aku juga dah lama tak membaca buku dari Buku Fixi. Tapi lately, aku baca review buku fixi, aku jadi teringin nak baca. So untuk cubaan pertama selepas beberapa tahun meningalkan buku fixi, aku beli Kota dan Algojo. Kota aku beli sebab Kamalia merupakan penulis jemari seni dulu. dan Algojo aku beli sebab aku terbaca review yang menarik hati yang di tulis oleh E.H. Nathasia. Hehe.
.
Aku harap cukup lah beberapa buah buku yang dah ada ni termasuk (expecting buku-buku dari Iman Publication) nanti untuk aku hilangkan kebosanan, sepanjang PKP berlangsung. Semoga keadaan kembali seperti sedia kala. Stay safe everyone & thank you for reading my blog!
.
P/s: aku sedang baca Jilbab Traveler: Love sparks in Korea, tapi aku rasa aku kena hold dulu sebab aku nak mula baca Helo It's me yang ditulis oleh Anna Lee. Reason dia sebab aku pinjam e-buku dari Perpustakaan Negara Malaysia. Aku kena baca sebelum tarikh pemulangan pada 16 April 2016.
No comments:
Thank you!