UM - Pilihan Kedua

Monday, July 16, 2012
Salam alaik!




Terima kasih Allah.
Terima kasih pihak UM

Seperti gambar yang tertera di atas,adalah ini dengan sukacitanya aku memaklumkan kepada semua mengenali diri ini,bahawa aku diterima oleh UM.Alhamdulillah.Terima kasih ya Ilahi atas rezeki-Mu ini.Rezeki yang masih dipanjangkan oleh Allah dan semestinya yang terbaik buat aku dan juga kawan-kawan seperjuangan STPM SMKAP khususnya dan yang lain-lain

Berita ini mampu buatkan parents aku tersenyum manis setelah sekian lama menunggu, bilalah anak diorang nak sambung study dekat U kan?Hikhikhik.Alhamdulilah bila parents aku happy,aku pun happy la juga.Cuma aku terkejut bila,ayah tanya "okay ke dapat UM?"

Aku tak sure kenapa ayah tanya,mungkin sebab sebelum ini aku target UKM,tapi perancangan Allah itu adalah yang terbaik dengan menempatkan aku di UM,so aku redha.
Redha yang sungguh2nya redha bukan hanya mainan bibir semata-mata.

Aku banyak belajar,masa aku bergelar pelajar tingkatan enam,setiap yang terjadi itu ada hikmah yang tersembunyi.So aku tak dek lah rasa nak down ke apa ke malah bersyukur ya amat sangat sebab di beri kesempatan untuk sambung belajar.

Masih ada lagi diluar sana sedang menunggu2 peluang ni,so yang mana dah dapat tu,bersyukurlah.

Sekarang mungkin tak nampak,Insya-Allah suatu hari,kita akan nampak dan rasa sendiri hikmah dari-Nya.

Oh btw,Um pilihan kedua masa aku isi upu online bulan empat hari itu,kos usuluddin-dakwah dan pembangunan insan.Alhamdulillah,aku dapat kos yang aku pilih.Bersyukur lagi sekali sebab ada juga yang dapat bukan dari kos yang dicita-cita oleh empunya badan.

Kejayaan dikongsi bersama-sama

Aku gembira dan bersyukur sampai tiada kata-kata yang dapat mencerminkan perasaan tika ini.Gembira dengan diri sendiri dan kawan-kawan lain.Majoriti kawan-kawan aku semua dapat sambung belajar ke universiti2 tertentu.*syukur pada Allah sebab panjangkan rezeki kita semua*

Kalau boleh aku senaraikan kawan-kawan aku yang berjaya ditempatkan di U,Insya-Allah:

i love 6 atas 1/6 atas 2

Nadia-ukm syariah
hani-ukm syariah
azwa-ukm syariah
pikah-usim syariah dan undang-undang.
cekma-upm literature english
nadiah-um syariah
syafinar -ukm syariah
wana-uum-muamalat
melin-uum muamalat
atikah-ump pengurusan teknologi industri
tasya-ump pengurusan teknologi industri
hidayah -ukm
umniyah-uitm
syud-uitm pengajian bahasa melayu
maisarah-uum multimedia
natasya-uitm mass comm n public relation
eka-usm pengajian sastera
lina-unisza antropologi dan dakwah


*yang tu yang aku tahu buat setakat ni.

Siapa tak happy kan,bila kawan-kawan yang dulunya sama-sama bergelumang dengan segala bagai benda,homework,group discussion hampir setiap petang,siap jadi guru muda untuk setiap satu subjek,sabtu ahad-prepare kelas tambahan.Bila cuti,kena sacrificekan cuti untuk sama-sama study*Masa ni fikir U je.

Tambah pula,dengan dugaan macam-macam.Kalau fikir balik,mau sakit otak.Haha.tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Dan pengorbanan itu bertambah manis bila disoroti dengan kejayaan demi kejayaan yang dapat dikongsi bersama-sama :')

Berpisah itu tak cool kan?

Berpisah dengan kawan baik memang tak cool sesangat,
bila aku di UM insya-Allah,makna kata aku terpaksa berpisah dengan bestfriend aku since tingkatan dua,pikah.Dia dapat usim-syariah dan undang-undang.Tahniah pikah! Walaupun dulu,cita-cita nak masuk UKM sekali,tapi apa yang berlaku sebaliknya,terpisah jauh tuuu.huhu.cabaran la juga.Sebab aku dengan dia satu kapal.

Well,aku anggap ini salah satu cara untuk aku mematangkan diri bila terpisah jauh.Mencari pengalaman yang pastinya berbeza dari yang lain.Cuma mengharapkan yang pikah akan terus kalungkan doa untuk aku :')

Akhir kata,masa sekarang kena sediakan fizikal,mental dan rohani lorh.All the best la untuk semua.Semoga kita terus dirahmati-Nya,Insya-Allah.
Yang muslim,andai kata kita terpilih ditempatkan di U,sudahkan kita sujud syukur ?
Kalau sudah,alhamdulillah,kalau belum,jum wudhu' dan tunaikan sujud syukur.
Belum terlambat dan tak dek istilah lambat dalam melakukan amalan yang baik kan? :)

Take care.
Salam.

6 comments:

  1. semoga kejayaan mengiringi kita semua:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @syuhada : Insya-Allah :')Amin.Btw tahniah utk syud.

      Delete
  2. tahniah akak2 senior saya. one step closer mencapai kejayaan. semoga hidup sentiasa diberkati =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks fatinnnn ;)
      Insya-Allah.
      Mohon doa dr adik badar ^^
      Allahumma amin.

      Delete
  3. Salam. Nama saya Laila (profile:https://plus.google.com/app/plus/mp/333/#~loop:a=g%3A103862077556693845065&view=profile) Saya wakil senior untuk UM. Please email saya kalau ada apa2 k? Email: laila.zar89@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm :)
      hye kak laila.
      thanks yaaa sbb sudi jenguk blog ni
      Insya-Allah.

      Delete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.