AMARAH

Wednesday, February 26, 2014

Amarah. 

Apa itu amarah?

Ama.Adik kita?
Ara.Kawan kita?


Amarah itu sudah semestinya bukan sejenis nama manusia. kehkeh 
*euwww pincang samgot :3



Tetapi amarah itu dapat didefinisikan sebagai marah : tidak dapat menahan nafsu. Definisi nampak bernas. Sudah semestinya. Hal ini kerana aku merujuk kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ketiga.

Kah!

Siapa tidak pernah marah?Memarahi orang? 

Kamu ?(yang sedang membaca)  Ya kamulah.Bagus.(angguk kepala)  Itu tandanya kamu normal. 

Siapa yang tidak pernah ada rasa marah?

Kamu lagi? Bagus juga.
Itu tandanya kamu abnormal.

TAP TAP TAP! *petikan jari jemari yang kurang runcing.aha*

Aku yang dulu , seorang yang cepat rasa nak marah.Pantang je ada yang tak kena, siap kau bedebah,akan ku jahanmkan kau serta merta! Ciss kek betol.

Itu dulu. Masa itu aku rasa aku je yang betul.Masa itu aku rasa orang lain seme salah.Masa itu aku tak masuk kelas psikologi, masa tu aku tengah berdarah muda? Sekarang aku  berdarah tua kah? Oh tidak,aku masih berdarah awet muda.Haaaaaah gitewww.

Tapi sekarang aku sudah cool,datang lah topan katerina,kafeteria?Eh itu tempat aku makan bila marah,Datanglah caci maki saja dirimu, lagu shiela on 7, aku sudah mampu tersenyum dan tergelak kecil sambil berkata pada diri sendiri

" Istighfar istighfar. "

Cubalah tanya diri sendiri, siapa yang tak pernah marah?Kau? 

Jangan nak menipu. Tolong jangan sok suci berdebu sangat. Orang yang kengkononnya claim diri dia tak pernah marah, tu kemungkinan dia ada perasaan marah cuma dia mampu untuk "all is well.All is well.(sambil tepuk dada sendiri* " Dalam erti kata yang lain, dia mampu mengawal rasa amarah tu)

Disebabkan semua orang berhak untuk rasa marah tapi dalam kadar ataupun dos yang tertentu, rata rata manusia mencari formula untuk elakkan dari berkata-kata yang menyakitkan, termasuklah aku.

Dan aku telah menjumpai satu produk baru untuk kita stay cool walaupun masih terselit rasa marah tersebut, dia tak mau keluaq dalam diri, nak buat gena?

Caranya.

log in apa-apa sahaja jenis app, seperti fesbuk,tuiter,belog,wecat,wasap dan seangkatan dengannya.

dan cuba tulis apa sahaja menggunakan bahasa inggeris. Dan tips ini hanya berjaya untuk manusia yang kurang fasih atau kurang vocab dalam bahasa inggeris.

Cuba ye kawan-kawan.Cuba dulu. Tips ini for free. Dan ia mempunyai estrek. 

Not everytime, our question have their own answers.

Exp : how come, snake can drive sport bmw?

Setiap soalan tak semestinya mempunya jawapan yang tersendiri.
Contohnya: Bagai mana ular boleh memandu bmw sport?




Kerana pulut santan binasa

Kerana mulut badan binasa.

Kita cuba nak tulis dalam bahasa inggeris perumpamaan ni, dan kita sibuk mencari cari perkataan, pulut dalam bhs inggeris, santan, binasaa? Haaa disaster. Eh??

Mau dekat setengah jam cari perkataan inggeris tak ke hilang rasa marah??


(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

[Ali Imran : 134]







No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.