Last entry : Singapore.

Wednesday, September 03, 2014





Nak pergi Singapore bajet berapa?

Walaupun aku pergi Singapore, lepak rumah Syahidah tapi sebelum itu pon, memang dah plan bajet berapa berapa. Anggaran kitaorang dekat singapore  memerlukan  (RM800- Rm 1000)  termasuk lah, MRT ticket
( 10 sg dollar ) Makan-makan, USS ( 74 sg dollar ). Gardens by the bay ( 18 Sg dollar), Shopping, Emergency. Nak peri Singapore banyak cara. Ticket flight, carilah dekat Air Asia  ke tiger airways ke ( carilah yang murah- murah. ) Tak pon cari bas dari Bangsar ke Singapore pon ada. Tak pon KTM ada juga, rasanya. So aku habis Rm 1500 termasuk (ticket flight alor star ke klia,klia ke singapore, singapore ke klia,ktm ke arau, ticket klia transit) 

Penginapan tak termasuk. Kalau korang nak pergi Singapore ( if tak dek kenalan)  bolehlah google dekat sini www.tripadvisor.com.my Aku selalu juga cari apa-apa yang berkaitan dekat sini plus korang kena rajin baca review tempat yang korang rasa best nak melawat. Itu je kot, yang boleh aku share setakat ni. Aku pun baru je belajar nak travel & survive sendiri. (selama ni ayah aku yang buat semua)Haha.yang penting kena plan bajet/tempat. So marilah kita belajar untuk berdikari mentadabbur alam dan berfikir! XD* apa yang aku share ni berdasarkan pengalaman aku yang tak sebarapa. A newbreed kata orang. Kalau korang ada plan bajet lagi best lagi muuuuurah lagi gempak boleh ahh share. 

 Okay.


******


Last entry untuk #travelforlife di Singapore dua minggu lepas. Alhamdulillah. and thank you banyak banyak buat syahidah,kak nadiah,cik kamariah & cik hanafi sebab menerima kaedatangan kitaorang. Raikan kitaorang, bawak jalan-jalan malam. Belanja/ bagi makan (even dekat rumah pun, macam -macam kitaorang makan) and bagi souviner and semua lahh. Rasa malu itu malu la jugak, tapi orang kata rezeki jangan ditolak kan? :) Orang berbudi kita berbahasa. Ihi.Tak lupa jugak pada Aisya yang temankan kitaorang dekat USS.Sumpah cool gila dapat kenal denga geng Uia. ;) 

Terlalu banyaklah kenangan yang sempat dirakam dekat sana. Pergi sana, bukan cuti-cuti biasa saja, dapat tengok tempat orang , tambah kenalan, rapatkan ukhwah. macam dapat family angkat pon ye gak. Haha. *okay over la kan* Semua benda pon aku dah cerita dekat entry entry lepas. So rasanya dah takde yang tinggal. 

First time cuti sendiri-sendiri dengan kengkawan aku thanks pikah,farah ( mesti lagi best kalau edah, fath,tikah ada sekali!) #travelforlife  next trip insya-allah akan diteruskan juga tapi depends on budget la kan? Jumpa cuti sem nanti pulak la. Ahakahakahak :p 

Dekat rumah Toa Payoh.Gambar sesama sebelum gerak ke Changi airport. 

Singapore kata pergi, Malaysia kata mari.Eheh.

Dengan cik kamariah,
Aku tak paham,kenapa pikah kena lentok macam tew? Sakit tengkok mungkin.Ahaha!


Toa payoh memang takkan luput  dari ingatan gua!


berjalan dan bermusafirlah.. melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurnia-Nya, nilai agama, iman dan taqwa, bagi hamba yang setia kepada-Nya. [ Himah Kembara : Mirwana ]


No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.